Sabri.me, Inside Out

A-Type Geek, All Around Family Man

Hari Ini Aku Menutup Lembaran Lama

Hari ini secara rasminya aku menutup satu lembaran dalam hidup aku. (penggunaan aku sebab sedang bermonolog)

Buat beberapa ketika buku ini adalah buku kegemaranku yang ditatang dan dijaga dengan penuh kasih sayang, penghormatan dan penghargaan. Namun buat beberapa bulan kebelakangan ini, krisis ibarat krisis perlembagaan Perak berlaku.

Biarlah sejarah tahu yang aku tidak pernah cuba untuk menutup lembaran ini. Biarlah sejarah merakamkan bahawa aku telah mencuba sedaya upaya aku untuk meletakkan buku ini di satu tempat mulia dalam hidupku. Biarlah juga sejarah merekodkan, betapa pihak yang benar tidak semestinya menang. Seperti dalam krisis perlembagaan Perak (walau siapa pun yang dikatakan benar, satu akan kalah di mahkamah dunia dan satu telah kalah di mahkamah rakyat).

Bak kata Azizi Ali, the moment you go to court, you already lose.

Kedua-dua pihak telah kalah. Aku kalah kerana aku tidak dapat mempertahankan lembaran itu.

Di akhirnya, aku boleh katakan aku telah mencuba yang terbaik. I have give my all.

Setelah tiga tahun, dan tambahan beberapa bulan aku telah cuba memberikan khidmat yang terbaik untuk menjaga lembaran ini namun semuanya itu tidak diambil kira. Semua rekod pencapaian cemerlangku tidak bermakna, tidak bermakna langsung walaupun aku merayu supaya kontrak ku disambung setahun. Dan juga tidak bermakna, tidak cukup untuk supaya diadakan pertemuan akhir meraikan lembaran yang akan ditutup dalam keadaan terhormat.

Maka oleh itu, memandangkan apa yang telah kulakukan tiga tahun lapan bulan dianggap tidak mencukupi, biarlah kubakar rekod lama tersebut. Sebab aku melakukannya bukan untuk diriku, tetapi untuk lembaran tersebut semata-mata. Jika rekod tersebut tidak bermakna untuk lembaran itu, maka ia tiada makna disisiku.

Hari ini aku menutup lembaran lamaku dengan tuntas. Bukan sikap aku untuk hipokrit. Biarlah sejarah mengetahui yang aku menutupnya tanpa rasa sesal. Benarlah kata pujangga, masa menyembuh segala.

Esok lusa, aku mungkin akan membuka lembaran baru. Semoga pengalamanku dengan lembaran baru lebih bahagia.

Previous

Bahana Kanak-Kanak Menonton Drama Indonesia

Next

Nasi Ayam Penyet & Milo Dinosour

6 Comments

  1. yeah, buku terbaik adalah al-Quran..
    (tiba-tiba menyampuk)

    *lari dengan cepat ke page orang lain pulak kerana jawapan yg sedikit poyo di atas*

  2. asmaa

    adakah kerana itu tiada post baru di saifulsham?

  3. admin

    Asma: Eh, saya tak campur professional+private life. 🙂

    SaifulSham tu sbb saya takde feel untuk menulis something related dengan business lagi. Masih dalam sentimental mode. Tu yang post kat sini tak kat sana.

    Tapi one post coming soon kt SS. 🙂

    Apa2 yang kat blog ni semuanya takde kaitan ngan bisnes… hehe..

    Sabri

  4. orang tanya je sabri ~ jgn ambik hati ok. peace..

  5. admin

    taknya.. don’t worry. Peace V 🙂

  6. euwww… kenapa ada peace camtu. hippies!
    peace out!

    *hahaha. nak jgk*

Leave a Reply

Powered by WordPress & Theme by Anders Norén