Sabri.me, Inside Out

A-Type Geek, All Around Family Man

Lessons on Love

My mom always remind us (my siblings) this:

“Bercinta boleh, tetapi jangan beri 100% hati kita sebab nanti kalau tak jadi, merana.”

Saya tahu kata-kata seorang ibu itu ada kebenarannya, lebih-lebih lagi memandangkan beliau lebih dulu makan garam dari kita. Dan, memang terbukti kebenarannya pun kerana saya turut mengalaminya.

Walaupun begitu, saya tetap tidak bersetuju 100% dengan kenyataan di atas.

Pada saya jika seseorang itu wanita, ya. Saya amat cadangkan supaya wanita tidak memberikan hatinya dan apa sahaja sekali pun secara 100% kepada mana-mana lelaki sebelum berkahwin. (because my sis is reading. Tak sure dia nak mumayyiz ke belum, jadi kena guna statement camnih.. ahaxz)

Namun, bagi seseorang lelaki saya percaya mereka perlu memberikan 100% hati mereka.

Dan walaupun saya katakan tidak apa untuk mereka (wanita) tidak memberikan 100% dari hati mereka, tetapi mereka wajar memberi 100% usaha dan komitmen untuk menjayakan hubungan mereka.

Here why:

Saya khuatir, jika kita tidak memberi 100% kepada hubungan tersebut kerana bimbang hubungan tersebut akan berakhir, hubungan tersebut akan betul-betul berakhir kerana kita tidak memberi 100%!

Agak berbelit, tetapi cuba anda fahamkan betul-betul.

  • Supaya cinta itu kekal, kita perlu beri komitmen yang tinggi.
  • Jika kita tidak memberi komitmen yang tinggi, cinta pasti tidak akan kekal.
  • Tetapi kita tidak mahu pula memberi komitmen yang tinggi selagi kita tidak yakin cinta itu akan kekal.

It’s a catch 22 situation.

Pada saya, I give my all in a relationship. I don’t care if the other person will stay or not. Apa yang penting, jika ada sesuatu yang terjadi kemudian hari dalam hidup saya, saya boleh berpaling kembali dan berkata,

“Saya tidak menyesal because I have given it my all. ”

Saya tidak mahu nanti saya masih menyimpan harapan, dan isteri saya pada ketika itu tersiksa sebab suaminya masih simpan harapan pada kekasih lama sebab asyik terfikir, “Kalau lah.. Kalau lah”.

Pada saya, kalau ada lelaki yang tidak memberi sepenuh komitmen dalam perhubungan, lebih baik stay single. Sebab ia akan  menyusahkan dan melukakan hati orang lain yang tidak bersalah.

Jika wanita, saya dapat terima. Mereka lebih fragile dan hati mereka lebih emosional. Jadi mereka dimaafkan jika tidak dapat memberi 100%

Hernan Cortes membakar kapalnya supaya tenteranya yang kecil tidak berfikir untuk berundur dan akhirnya dapat menewaskan bala tentera Montezuma yang lebih jauh besar dan dikatakan kebal. Itu mindset untuk berjaya dalam apa juga yang kita buat dalam hidup.

Kalau kita banyak beri alasan dalam hidup, selamanya lah kita jadi average. Mungkin ada orang yang tidak kisah jadi average. But its pathetic actually. Tuhan jadikan kita sebagai khalifah di dunia sebab Dia nak kita jadi hebat. Sebab itu dia jadikan kita Khalifah. Kalau dia nak kita jadi biasa, average, dia akan jadikan kita salah satu pokok di hutan. Good is the enemy of great. Bukan semua orang perlu jadi Perdana Menteri. Bukan semua orang perlu jadi angkasawan. Bukan semua orang perlu panjat gunung Everest. Tetapi semua orang perlu jadi hebat in their own little way. Semua orang perlu step up to the plate and do something.

Living is a team sport. In team sport, everybody need to participate. Tidak ada pasukan yang boleh menang jika ada ahli pasukannya yang jadi penumpang dan hanya melihat. Ketamadunan manusia tidak akan berkembang jika semua kita hanya mahu jadi average.

Lelaki, kita mungkin dikecewakan juga tetapi, “So what? Big deal.”.  Bukannya kita tidak ada kekuatan untuk bangun balik. Tambahan pula, saya lelaki. Saya tahu bagaimana dan apa yang lelaki fikirkan. Women should be wary of guys who did not give 100%, especially among the younger ones. There are no reason not to.

Maybe, I was hurt once.

Maybe, my mom is true.

But I knew deep inside. What I believe is right. There’s no joy in receiving without giving, at least for me. Maybe that’s because I have a lot to give.  

To punish others for one ungrateful person,  for me its not fair. I know the world is full of wonderful people. 

I will still give my all.

 

Gracefully Written,

His Awesomeness Sabri,

Previous

Kenangan Silam (Yang Manis)

Next

My Sister(s) Have a Weird Habit

3 Comments

  1. Bro.. Dont worry.. There are always a greener field outside there…

    Its just a matter of time for you to realize it 🙂

  2. admin

    Irwan Dahnil: Alamak bro! Mana jumpa link nih? 🙂

  3. Shazzy_Anna

    Awsome..yup..he’s very awsome INDEED!!..:)

Leave a Reply

Powered by WordPress & Theme by Anders Norén