Sekarang saya berada di dalam LRT untuk pulang ke rumah. Satu perkara yang saya suka mengenai menaiki LRT adalah saya boleh menggunakan masa di dalam perjalanan untuk membaca. Dan saya dapat menjimatkan banyak wang sekadar membiarkan kereta di parking. Ketika di UTP setiap hari kereta saya bergerak. Di KL ia lebih banyak berehat. Sekadar dengan membaca di dalam LRT sebulan saya mampu menghabiskan 3 buah buku. Ia telah menjadi tabiat sejak bulan pertama saya di KL lagi.

Namun petang ini saya tidak berapa ada mood untuk membaca. Banyak perkara yang berlaku hari ini, semestinya salah satu hari yang paling produktif dalam hidup saya.

Esok booth perniagaan kami akan dibuka di Sarawak. Semuanya telah sedia, kecuali produknya. Produk yang dihantar menggunakan kapal baru tiba semalam dan dilepaskan kastam hari ini. Harapnya esok ia boleh tiba ke booth dan tidak perlu menunggu lama di gudang.

Jika anda berada di tempat saya, apakah yang anda akan buat?

Anda bukan sahaja berkemungkinan rugi tidak dapat menjual, tetapi juga rugi terpaksa membayar sewa dan denda oleh pusat membeli-belah kerana tidak beroperasi on time.

Namun, surprisingly saya melalui detik-detik ini dengan tenang. Saya tidak tahu kenapa, tetapi mungkin kerana kami masih mempunyai Plan B yang boleh memberi sedikit “cushion”. Tambahan pula secara tidak sedar apa yang terjadi sebenarnya mempunyai hikmah keuntungan disebaliknya.

Tuhan tidak menguji hambanya dengan sesuatu yang tidak mampu ditanggung oleh hambaNya. Bahkan cabaran-cabaran seperti ini memberi thrill yang mengujakan kepada saya. Ketika inilah kemampuan bernegosiasi untuk menyelesaikan masalah, kemahiran marah-marah secara berhemat untuk memastikan segalanya berjalan lancar dilatih untuk menjadikan kita insan lebih baik.

Sesetengah orang mungkin resah dan mengaku kalah, namun ini yang membezakan darjah kaliber manusia. Saya juga bersyukur yang saya mempunyai partner yang turut mempunyai sikap GTD (get things done) dan tidak mudah menyerah Dan melatah.

Bercakap mengenai cabaran, salah sebuah website Kami juga telah digodam. Sejak semalam saya berusaha menanganinya, akhirnya tengahhari tadi ia berjaya di atasi. Tidak ada sebarang kecederaan kepada data di laman web.

Sukses! Momentum sukses ini yang sebenarnya menjadi pembakar semangat usahawan sejati (ya, Wang juga). Tetapi sebenarnya tanpa cabaran-cabaran seperti ini, hidupku akan bosan.

Don’t sweat the small stuff, challenges are opportunities in disguise. I know it by experience and it was emphasized again to me, today.

Good luck!

Sabri