Sabri.me, Inside Out

A-Type Geek, All Around Family Man

Month: January 2010

Apa Yang Lebih Best Dari Berjalan-Jalan Dengan Duit Sendiri?

Saya baru pulang dari Miri semalam setelah menghabiskan hujung minggu di sana. Ia seperti satu sesi retreat. Di samping melakukan brainstorming and mini-bootcamp untuk rakan-rakan saya, kami juga berjalan-jalan sedikit. Kami membincangkan banyak perkara, dari aspek nilai kehidupan, perancangan masa depan dan termasuklah perniagaan.

A very good and informative sharing session.

Dalam perjalanan pulang, saya terfikir. Dapat berjalan-jalan ini best. Cuma yang tak bestnya, satu sahaja. Saya berjalan-jalan dengan duit sendiri. Jika orang lain boleh berjalan-jalan dan “claim” sana-sini, saya pula setiap sen yang dikeluarkan adalah dari poket sendiri.

Best berjalan tu, tetapi pada masa yang sama, jikalah ada orang yang tolong membayarkan, mesti lagi best. 🙂

Tetapi apabila saya berfikir lebih dalam lagi,

“Hmm… kalau berjalan dengan duit orang, pasti aturcara pun orang yang tetapkan. Tidak bebas sepertimana berjalan dengan duit sendiri. Berjalan dengan duit sendiri boleh balik hotel bila penat, boleh ambil teksi bila nak cepat. Tak perlu menunggu atau ditunggu. Boleh shopping di mana-mana yang disukai dan bila-bila disukai.”

Lagi pun bila claim-claim sesuka hati nanti, boleh jatuh tahap haram pula. Makan sesuatu yang bukan milik kita.

Akhirnya saya berkata kepada diri sendiri. Ahh, kalau begini aku bersyukur berjalan guna duit sendiri. Walaupun terasa sayang untuk berpisah dengan duit, tetapi sekurang-kurangnya pemikiran ketika berjalan aman-damai. Bukankah itu tujuannya berjalan-jalan. 🙂

Oh, 3 minggu lagi kemungkinan besar saya akan menghadiri kursus memasak Nasi Ayam Penyet. Awesome! 🙂

Sabri

Cloning Me

About 6 months ago, the HR person in my company said to me, “One of your task now is to clone yourself. You have to train the new people that will come to be as awesome as you.”

At that moment, I realize that it will be a complicated task. I can control how I react and respond, but I can’t control other people and what they decided to do. It is almost an impossible task.

But today, I am proud to say as a team we have done tremendously well. My team members are not my clone per se, but we share the same passion and I can say that we are equally competent at a similar level. I think I did quite well in managing and in the same time training them to be competent at the job. It gave me the utmost satisfaction seeing them progress and becoming a better and better person every day.

They are the guinea pig in my experiment to hone my leadership skill (so you can trust my leadership tips, they are all tried and tested). 😉

Two things I learned in these process:

  1. As a leader, it is not always about you. Sometimes you need to let the people you lead to shine. Give them space to grow and grow they will be. Inspire them. When they grow bigger, you will become bigger as well.
  2. Nothing is impossible if you are passionate and determined in accomplishing that impossible task.

Have an Awesome 2010! 🙂

Sabri

Bagaimana Untuk Mengetahui Anda Berada di Landasan Yang Betul Dalam Hidup?

Apabila rakan-rakan anda hari ini lebih baik dari rakan-rakan anda tiga tahun yang lepas.

Bagaimana pula untuk mengetahui bahawa anda berada di dalam jalan perlahan ke arah pilihan yang salah?

Apabila rakan-rakan anda tiga tahun lepas lebih baik dari hari ini.

Rakan-rakan kita adalah cerminan diri kita. Perkara ini selalu diulang-ulang kepada kita. Bahkan ada juga sabda Nabi yang bermaksud kepada sesuatu yang hampir sama maknanya. Namun, apakah maksudnya?

Saya mendapat jawapannya hujung minggu lepas.

Artikel ini ditulis di Singapura, saya sedang bercuti untuk beberapa hari bersama teman serumah saya di sini sempena Tahun Baru. Dalam percutian ini saya berpeluang berfikir dan muhasabah sedikit mengenai apa yang telah saya lalui pada 2009 dan bagaimana saya akan menghadapi 2010 dengan lebih berjaya. Ketika itu saya menyedari dan bersyukur mempunyai rakan-rakan yang saya miliki pada hari ini. Mereka banyak membentuk dan mempengaruhi saya untuk menjadi lebih baik dalam cara mereka yang tersendiri.

Rakan yang baik sentiasa mahukan yang terbaik untuk rakannya. Rakan yang baik tidak jemu menasihati, prodding (mengalakkan secara perlahan) dan mahu melihat rakannya merealisasikan impian dan potensi diri rakannya itu tadi. Kadang-kadang apa yang mereka katakan itu mungkin menyakitkan dan bukan apa yang kita mahu dengar, tetapi mereka jujur dan tanpa jemu mengulang kepada kita apa yang kita mungkin terlepas pandang.

Apabila kita berkawan dengan rakan yang baik seperti ini, bukan sahaja rakan ini yang cemerlang bahkan kita turut cemerlang. Kecemerlangan itu berjangkit kerana tanpa sedar kita dapati cara hidup kita menjadi lebih baik, minda kita jadi lebih terbuka dan sikap kita jadi lebih positif.

Namun, jika hari ini kita dikelilingi oleh rakan yang suka bergosip, menonton Cerekarama, mengikuti drama Nur Kasih tanpa jemu, menonton Melodi, membaca akhbar Metro, memandu Toyota VIOS (kerana ia kereta yang paling mahal rakan tadi mampu ~dibiayai oleh pinjaman bank bertahun-tahun), secara perlahan-lahan ia juga akan memamah masa depan dan kehidupan kita kerana kita akan dipengaruhi.

Drama-drama dan rakan-rakan tadi akan membentuk pemikiran kita secara tidak disedari. Ruang lingkup pandangan hidup kita akan menjadi lebih kecil dan hidup kita akan mula menjadi rutin.

Apabila hidup anda mulai menjadi rutin, dan anda tidak belajar perkara baru dan tidak berkembang, ketahuilah bahawa anda sedang mati secara perlahan-lahan. Passion, keinginan dan keghairahan untuk hidup, belajar benda baru dan menjadi manusia yang lebih baik akan perlahan-lahan padam dari diri anda.

If you are not growing, you are dying. Definitely.

Bukan maksud saya untuk mengatakan menonton drama Cerekarama dan drama Melayu itu salah.

Tetapi jika 3 tahun lepas, rakan-rakan anda ketika itu tidak menontonnya secara kerap dan rakan-rakan anda hari ini tidak pernah tertinggal satu episod pun, ketahuilah bahawa rakan-rakan anda tiga tahun lepas adalah lebih baik dari rakan-rakan anda hari ini. Mungkin anda boleh mengatakan saya prejudis kerana saya tidak mengenali rakan-rakan anda, tetapi soalan ini wajar anda jawab sendiri.

Secara jujur kerana anda tidak perlu berbohong kepada diri anda sendiri;

Bilakah anda merasa anda menjadi manusia yang lebih baik dalam merealisasikan potensi anda, dengan kawan-kawan 3 tahun dahulukah? Atau dengan kawan-kawan sekarang?

Adakah Kita Perlu Sentiasa Mencari Kawan Lebih Baik Setiap 3 Tahun?

Tidak sama sekali! Kawan yang baik juga akan sentiasa berkembang. Pengetahuan dan pengalaman mereka bertambah. Tiga tahun dari sekarang mereka adalah manusia yang lebih baik dari mereka tiga tahun lepas. Secara tidak langsung anda turut menjadi lebih baik kerana mereka sudah semestinya akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman yang mereka lalui dalam proses menjadi baik itu.

Siapa Pula Yang Akan Berkawan Dengan Orang Yang Tidak Baik? Kenapa Perlu Memilih Kawan? Diskriminasi?

Ini bukan soal diskriminasi.

Setiap orang ada regunya yang tersendiri. Setiap orang akan ada rakan baik untuknya. Bahkan perompak sekalipun, ada perompak yang ganas, perompak yang kurang ganas dan Robin Hood. Tetapi pokoknya, kita tidak downgrade rakan-rakan kita. Kita tidak membuang rakan-rakan yang baik untuk rakan-rakan yang tidak. Kita tidak memutuskan perhubungan dengan rakan-rakan yang baik (mungkin kerana kita tidak mahu diingatkan supaya menjadi manusia yang lebih baik) dan mengekalkan perhubungan dengan rakan-rakan yang seperti kita sahaja (bukan lebih baik)

Setiap insan ada kebaikan dalam diri mereka. Bezanya cuma banyak atau sedikit.

Berkawan itu tidak salah, tetapi membiarkan rakan-rakan yang suka bergosip mencemarkan minda kita dan menutup pintu untuk rakan-rakan yang baik tadi dari menjadikan kita manusia yang lebih baik adalah salah.

Itu adalah pembaziran hidup.

Anda mungkin tidak kisah mensia-siakan hidup anda, tetapi rakan-rakan anda yang baik kisah.

Pertama, mereka mahu anda menjadi lebih baik supaya mereka juga akan menjadi lebih baik.

Kedua, kerana mereka betul-betul sayangkan anda dan potensi anda. Mereka tidak selfish mahukan persahabatan anda untuk hari ini walaupun ia akan mengorbankan anda pada masa hadapan seperti rakan-rakan anda yang seperti anda hari ini.

Mungkin mereka tidak jemu untuk mengingatkan anda mengenai fakta dan kebenaran, anda mungkin menganggap mereka cuba untuk bermain psikologi dengan anda sahaja.

Tetapi itu adalah kata-kata mereka yang tidak memahami dirinya sendiri.

Begitu juga pengertian rakan karib dan rakan baik. Ia hampir sama tetapi bezanya seperti langit dan bumi. Rakan karib tidak semestinya rakan baik anda.

Hidup ini adalah seperti cerita Superman.

Semua penonton tahu bahawa Clark Kent adalah Superman. Tinggi mereka sama, apabila mereka tidak memakai cermin mata mereka kelihatan sama, kecuali…

Kecuali mereka yang berada di dalam cerita tersebut!

Di sinilah kepentingan rakan-rakan yang baik. Mereka memberi kita perspektif dalam hidup.

Untuk tidak berbuat sesuatu dan mengikut sahaja status quo adalah mudah dalam hidup ini. Kita hanya perlu hidup dalam auto-pilot. Tetapi segala pencapaian dan break-through hanya akan datang apabila kita keluar dari comfort zone kita dan melakukan sesuatu yang mencabar kita.

Belum terlambat untuk keluar melakukan sesuatu yang betul dan mengubah keputusan yang salah yang telah kita ambil walau di mana pun sekali kita berada. Segala halangan dan limitasi yang kita fikirkan cuma ada di minda kita.

Ibu kita tidak akan menangis apabila kita membuat keputusan yang betul. Beliau menangis apabila kita mensesiakan hidup kita.

Jangan jadi seperti salah seorang dalam cerita “Superman”. Biarkan rakan-rakan anda yang baik memberi anda perspektif yang betul dalam hidup anda.

Pastikan rakan-rakan dalam hidup anda hari ini MESTI lebih baik dari rakan-rakan tiga tahun lepas. Jika tidak, dapatkan kembali rakan-rakan tersebut.

Sedetik anda bertangguh, sedekad akan berlalu sebelum anda menyesal.

Ingatlah bahawa setiap penyesalan itu adalah siri kesilapan-kesilapan kecil yang kita tidak mahu akui dan perbetulkan. Baiki sebelum terlewat.

Keep your friends close and your good friends closer,

Sabri
Good Friend

Powered by WordPress & Theme by Anders Norén