Sabri.me, Inside Out

A-Type Geek, All Around Family Man

Month: April 2010 (Page 1 of 2)

Why “Study ABC Because It Has a Lot of Job Opportunities” is Bull***t

This time I will not force you to read my own views. I will let Dr Hsu Dar Ren, a medical doctor who runs a private clinic Β put into words and lend some credibility to the dire situation teenagers (in this country at least), face. You can read his article, “A Doctor too Many” here:

In summary:

Many parents do not know about the actual situation and still encourage their children to take up medicine. They are not told of the actual situation. The day will come when there are simply so many doctors that none are adequately trained. There will come a day when a doctor graduating from a medical school cannot even be placed in a houseman position.

And that day is actually very near.

Actually you can see this happening with engineers already. There are good engineering graduates, produced by the more discerning institutions, and there are also thousands of unemployable engineering graduates produced by degree mills around the country.

My point:

Stop doing something because society want you to be in a certain way, possess certain things and agree to the same views. Don’t afraid to be different, to be right. Don’t sell your soul and futureΒ to society just to feed your ego.

Good luck!

Sabri

p/s: Btw, why I am very persistent with this message? Because I believe that I am in the best position and have the opportunity to advocate it. I have been there, done that. And tired of it. Also became a victim because of it. I know what it feels. If I haven’t went through what I have been through, I will be just another angry young man. And nobody want to listen to an angry young man.

Giving 100% or Just Keeping Score?

Saya terbaca sebuah buku yang mempunyai point yang sangat bernas. Seorang kaunselor rumahtangga sering bertanya kepada pasangan yang beliau kaunselingkan, dalam sesebuah relationship yang sempurna (100%), berapa peratuskah yang setiap pasangan perlu beri untuk menjadikannya berjaya?

Jika soalan ini ditanya kepada anda, apakah jawapan anda?

..

.

Jawab dulu. Sekejap aja! πŸ™‚

Jawapan yang sering beliau terima berbeza-beza. Dari (25/75), seorang beri 25%, seorang lagi beri 75%, sehinggalah kepada (50/50). Namun tidak ada satupun dari jawapan tersebut yang betul. Jawapan yang sebenarnya adalah 100/100. Setiap pasangan perlu memberi 100%. Tidak hairanlah pasangan-pasangan yang menemui kanselor tersebut semuanya mempunyai masalah rumah tangga!

Dilema 100%

Kaunselor tersebut menambah lagi, ada pasangan yang menemuinya bertanya. Bagaimana pula jika seorang dari pasangan sahaja yang memberikan 100%, sedangkan yang seorang lagi tidak. Tidakkah ini akan mengakibatkan pasangan yang memberi 100% tadi rasa seperti digunakan dan lama-lama akan “burn-out“. Persoalan ini sudah tentunya banyak bermain di fikiran kita bukan? Bagaimana jika pasangan kita tidak sekomited kita? Tidakkah kita akan geram dan menyampah?

Kaunselor tadi menjelaskan, jika kita mempunyai perasaan demikian kita bukanlah memberi 100% dalam perhubungan, sebenarnya kita sekadar “keeping score” (berkira). Itu bukanlah memberi 100%, tetapi lebih kepada 50%-50% sahaja. Kita hanya akan memberi setakat kita merasakan pemberian kita itu menerima pembalasan yang setimpal. Apabila kita merasakan kita tidak mendapat balasan yang setimpal, kita akan mula mengurangkan peratus pemberian kita.

Kaunselor tadi menambah, kita harus faham yang 50% + 50% does not equal 100%. 50% pada satu-satu pasangan bermaksud, ada 50/50 chance yang hubungan tersebut akan gagal (seperti melambung syiling). Bagaimana pula jika kedua-dua pasangan tadi sama-sama melambung syiling? Bukankah kebarangkalian untuk gagal tadi akan bertambah teruk?

Lebih parah lagi apabila peratusan sumbangan dan penyertaan dalam sesebuah hubungan tersebut adalah subjektif. Ia ditentukan oleh minda dan persepsi kita yang seringkali silap. Acapkali walaupun pasangan kita boleh dianggap sempurna, kadangkala pasangan yang satu lagi tidak nampak perkara ini (vice-versa). Ini berlaku kerana minda kita mengukur sesuatu secara relatif. (baca artikel Nothing has Meaning except for untuk kupasan lanjut mengenai perkara ini)

Jadi bagaimana? πŸ™‚

Kita tidak akan dapat mengubah pasangan kita. Kita juga tidak akan dapat mengubah hubungan kita. Tetapi kita sentiasa dapat mengubah diri kita. Dan bagaimana diri kita melihat dunia, adalah sekadar persepsi. Dan persepsi boleh diubah apabila kita berubah.

Give 100%.

Itu Mustahil

Mungkin akan timbul pula difikiran kita, ia mustahil untuk dilakukan. Tidak ada orang ataupun manusia di dunia yang macam malaikat yang boleh jadi baik 100% of the time. Tepat sekali.

Saya pun begitu. Saya pun tidak sempurna. Tetapi saya tahu jika saya sentiasa diingatkan (atau teringat sendiri) mengenai pandangan ini, sekurang-kurangnya pada waktu tersebut I will behave at my best. Sebab itu saya mahu mencari wanita yang walaupun dia tahu tidak sempurna, tetapi dia boleh jadi sempurna apabila ketika-ketikanya muncul.

Saya dikejutkan dengan satu perkara. Kebelakangan ini saya kerap bertemu dengan orang-orang yang baik. Ada juga orang yang saya dah kenal lama, tetapi baru tau mereka baik. (atau baru berubah kot…) πŸ™‚ Saya baru sedar, persepsi saya bahawa tidak ada “orang yang baik sangat” di dunia ini salah. “Orang yang baik sangat” ini wujud. Mereka tidak sempurna, tetapi mereka wujud. Saya rasa bertuah dikelilingi mereka ini.

Dengar Ini Dengar Ini Jika Anda Tidak Melihat Mereka

Anda, adalah cerminan diri orang-orang yang rapat dengan anda. Satu penyataan yang selalu diulang-ulang. Apa maknanya?

Saya baru mendapat maknanya. Selama ini saya dikelilingi oleh orang yang hidup dalam satu kepompong mentaliti yang cuba untuk “keep up” with the Jones. Mereka mahu menjadi seperti orang lain di sekeliling mereka. Orang ada Vios, mereka pun mahu Vios. Buat apa sahaja asalkan pandangan orang terhadap mereka baik-baik sahaja.

Namun, sejak berbulan-bulan kebelakangan ini, hidup saya mengalami proses evolusi. Saya semakin meninggalkan kepompong tersebut. Saya banyak belajar perkara baru dan bertemu dengan rakan-rakan baru yang lebih baik (seperti dalam artikel ini saya ada jelaskan, rakan-rakan kita yang baik akan turut menjadi lebih baik apabila kita menjadi lebih baik – klik di sini untuk pembacaan tambahan).

Saya menyedari yang perkara ini bukan lagi mustahil. Saya bertemu dengan lebih ramai rakan-rakan dan manusia yang willing untuk memberi 100%. Pelik, kerana sebelum ini saya tidak berjumpa dengan seorang pun!

Jadi jika anda merasakan ia mustahil untuk menjadi pasangan yang memberi 100% dalam perhubungan mereka, anda menghidap satu dari 3 penyakit ini (atau ketiga-tiganya sekali).

1. Pertama, anda mempunyai self-limiting belief dalam aspek perhubungan.
Anda meletakkan terlalu banyak syarat yang bukan-bukan kepada diri anda sendiri. Self limiting belief ini adalah kepercayaan mengarut yang anda kerap ceritakan kepada diri anda sendiri sehingga anda percaya (Eg: Tidur tak boleh banyak bantal). Jika anda ada naluri enquisitive lebih sedikit, anda akan dapat breakthrough kepercayaan mengarut ini.

2. Kedua, anda berkawan (orang disekeliling anda) dengan mereka yang sub-standard juga
Rakan-rakan anda adalah cerminan diri anda. Jika orang-orang yang rapat dengan anda mempunyai satu persepsi yang tertentu, anda juga akan turut mempunyai persepsi demikian. Ini berlaku kepada saya sendiri. Apabila saya berkongsi apa yang saya tahu dengan rakan-rakan saya, dan juga menukar (atau terpaksa tukar) kawan-kawan yang biasa ini kepada kawan-kawan yang lebih baik, saya melihat perspektif saya berbeza. Saya berjumpa dengan lebih ramai orang yang baik yang sebelum ini saya tidak sangka mereka wujud.

3. Anda perasan hebat.
Ya, jika anda merasakan ia mustahil dan tidak boleh melakukannya, anda bercakap dari pengalaman dan pengetahuan anda sendiri sahaja. Ia tidak bermaksud orang lain tidak boleh. Anda mungkin hanya belum berjumpa dengan orang yang boleh. Anda tidak boleh assume orang lain mempunyai kekangan yang sama seperti anda. Impossible is temporary. It is just a matter of perspective. πŸ™‚

Jadi, ia tidak lagi mustahil! πŸ™‚ Saya telah berjumpa dengan orang-orang yang lebih baik yang sebelum ini saya tidak sangka langsung wujudnya. Jika anda mengubah self-limiting belief anda, meluangkan lebih masa dengan orang-orang yang berkualiti, anda juga akan turut menemui orang-orang yang lebih baik! πŸ™‚

Cakap Banyak Pula

Diri sendiri pun tidak kahwin-kahwin lagi. Cakap banyak pula. Apalah yang saya tahu mengenai rumah tangga ya tak?

Sebab itulah saya banyak membaca dan belajar dengan orang yang tahu. Lagipun bukankah sudah banyak kali saya katakan, saya hanya akan kahwin dengan wanita yang betul. Saya rela menjadi single seumur hidup dari diikat oleh wanita yang masih suka hidup dibawah kepompong self-limiting belief mereka.

Tetapi saya nampak perubahan-perubahan ketara dalam hidup saya. Saya rasa penantian itu tidak akan lama lagi. Saya bertemu dengan semakin banyak manusia-manusia (wanita) yang baik yang saya rasakan tidak wujud sebelum ini. Saya rasa tidak lama lagi sebelum saya bertemu dengan orang yang tepat. Good News! πŸ™‚

Sabri
Keen Learner

Nothing Has Meaning Except For

the meaning we attach to it.

Really. Everything that happened in this world can be either positive or negative, it’s up to you. You have a flu when you are having a lots of work, it’s either means a nuisance or also an excuse not to give your best.

It depends on what stories did you tell yourself? You tell yourself enlightening stories, you will be enlightened. You tell yourself that you are a victim, you are.

Most often than not I succumb to this plague as well, but now I try my best to keep reminding myself to steer away from the negative habit of telling myself only “stories” that I want to hear.

So that you can understand well the message, let me tell you a story;

In December last year, I told you I went to Sky Trex. Before doing the flying fox, I have to climb a ladder 30m high (ladder not stairs). As the climbing was already strenous, I consider the flying fox just a breeze. It took me just seconds to make the leap of faith. I am not afraid of the height at all.

Early January this year, you know I went to Singapore. What I don’t tell you yet, I went for a flying fox as well. Touted as the longest in Asia (does not matter it was not as high as in sky trex)

However because it is relatively easier to climb up to the platform (they have stairs) I don’t feel tired at all. And although the platform is lower than the one in Sky Trex which is a breeze for me, this should be easier right?

Wrong!

It took me minutes to gather enough courage to do it.

See how the same thing were perceive differently by the same brain?

It’s the story we told ourselves made the differences.

In Sky Trex, my mind perceive the flying fox as the lesser of two evils and it direct my brain to come to terms with it. In Singapore, the flying fox is the only devil (albeit lesser than the lesser evil in Sky Trex), so it does not compromise.

So, what stories are you telling yourself today? Is it empowering, or is it killing you? πŸ˜‰

Sabri

My List of Values & Life’s Statement Complete! :)

After procrastinating for about 10 months (MONTHS mind you!), finally I have completed my list of values and life statement’s. From time to time, it might change but I think the core of what I am about was captured beautifully in it.

Life’s statement is your summary guide to make sure that you stay on track. Whenever you are down or happy, this document can be the tool you use to get out of the rut or to keep your feet grounded. It gives clarity to your life so you will know exactly your direction, not a vague one.

I have the excel version, which I print and put on my work table, and I also like to share the digital version here on this blog with you. Click Here to read it. (or check under “About Me>Values and Rules”)

And if you too create your own, share with me! I will give feedback. πŸ™‚

Tribute to all my mentors who guide me on how to come up with this one and my colleague, Evan for sharing with me his so that I have an idea for my own.

A New Beginning, A New Purpose

Sejak minggu lepas sehingga semalam, terlalu banyak perkara yang berlaku dalam hidup saya. Saya akan kongsikan dengan lebih lanjut apa yang berlaku. πŸ™‚ Sementara itu saya ingin brief anda dengan rupa terbaru blog ini.

Design Baru Blog Ini

Saya suka dengan design baru ini, walaupun kalau boleh saya mahu design yang completelah berbeza, yang lebih natural dan bertemakan alam semulajadi. Namun disebabkan banyak tweak yang telah saya lakukan kepada template sebelum ini, kebanyakan template lain tidak sesuai dengan perubahan tersebut. Jadi, template dengan latar belakang rumput hijau ini yang menjadi pilihan saya.

Saya pilih alam semulajadi dan kehijauan sebagai tema kerana saya mahu lebih grounded, going forward. Lebih membumi dalam Bahasa Melayunya. Jangan salah sangka, sebelum ini pun saya jenis orang yang praktikal, sentiasa berpijak di bumi nyata. Namun kali ini saya bukan sahaja berpijak di bumi nyata, tetapi pada masa yang sama menikmati sepenuhnya perkara-perkara mudah yang ada di bumi ini.

Latar belakang awan pula menunjukkan bahawa walaupun saya mahu lebih membumi, tetapi saya masih tidak hilang aspirasi dan cita-cita saya yang melangit tinggi. Menjadi rapat dengan alam semulajadi dan bumi tidak bermaksud mengorbankan cita-cita. Langit dan awan juga adalah sebahagian dari alam, sama darjahnya dengan rumput di bumi.

Kita boleh berjaya mencapai awan, dan pada masa yang sama hidup bahagia dengan rumput di bumi. Itu yang saya ingin buktikan dan lalui.

Emak Saya Sudah Pulih!

Yay! Walaupun saya sudah beritahu sebelum ini, tetapi saya mahu beritahu sekali lagi di sini. πŸ™‚ Lega dan bersyukurnya saya emak sudah pulih seperti biasa. Emak tidak lagi sakit-sakit dan lemah-lemah. Apabila emak memberitahu saya beliau geram kerana tidak dapat menjerit seperti sebelum operation, I know that my old mom, the iron lady is back! hehe…

Walaupun emak saya garang dan waktu kecil-kecil dulu selalu rasa seperti hendak lari dari rumah, saya lebih suka beliau garang dari tak garang. :p

Emak juga kata saya mewarisi kegarangan dari beliau. Ketika di hospital saya “menghalau” pelawat-pelawat yang tak faham-faham emak perlu berehat sepenuhnya. Walaupun pelawat tersebut adalah bapa kepada bos emak. Tidak hairanlah emak mendapat lebih banyak pelawat ketika saya balik rumah sekejap dari ketika saya berada di sana.

Saya memang tak kisah. Hanya ahli keluarga terdekat dan kawan-kawan emak sejak muda sahaja yang saya benarkan duduk lama-lama, sebab saya tahu emak gembira mereka datang dan dapat berbual-bual. Jika kenalan-kenalan yang baru ataupun yang tidak dikenalkan kepada saya sekurang-kurangnya 10 tahun yang lepas, memang saya tidak suka berlama-lama melawat emak. Saya juga menutup handphone emak supaya emak tidak perlu bercakap banyak-banyak. Bahkan adik-adik saya pun saya tak benarkan call emak pada hari pertama dan kedua selepas pembedahan.

Ya, saya memang garang dan tegas. Saya memang sangat garang. Dan sesungguhnya saya tidak kisah menjadi garang. Dulu, sekarang atau bila-bila sekali pun saya memang tidak kisah menjadi garang. Tak luak pun. Tetapi saya tidaklah tengking. Saya cuma beritahu mereka supaya berborak di luar sebab emak hendak tidur (lawat emak, tetapi berborak sesama sendiri).

Lebih baik menjadi garang dari emak hilang suara kelak (ataupun lambat pulih).

Pertukaran Kerjaya

Syarikat tempat saya bekerja sekarang banyak membantu saya berkembang dari segala segi. Sayu untuk saya meninggalkannya namun pada masa yang sama saya teruja dengan pengalaman dan pengembaraan baru yang saya akan alami.

Saya sekarang ini seolah-olah seperti pelajar tadika yang akan masuk darjah satu. Takut tetapi excited juga.

Sepatutnya saya bermula esok (16 April), tetapi saya menangguhkannya sebulan. Saya mahu memastikan semua tugas-tugas saya diserahkan kepada ahli pasukan saya dengan tertib dan teratur dan pasukan saya bersedia sepenuhnya apabila saya tiada kelak.

Walaupun pada mulanya, bahkan sehingga kira-kira sebulan yang lepas saya tidak enthusiastic dengan pertukaran ini tetapi saya menyedari bahawa ramai manusia di luar sana yang berebut-rebut untuk berada di tempat saya membuatkan saya bersyukur. Saya mengubah fikiran. Saya ingin berjaya di sini bagi pihak mereka di luar sana yang tidak berpeluang untuk mengecapi apa yang saya akan kecapi. Saya benar-benar ingin berjaya bagi pihak mereka. Bila saya katakan saya mahu “membumi”, inilah yang saya maksudkan.

Sebenarnya saya tidak akan mendapat banyak dari pertukaran kerjaya ini dari segi gaji, kebebasan dan kepuasan bekerja. Syarikat saya yang sekarang ini sudah agak best dan memang sudah dapat menandingi P*t**s jika tidak lebih baik. Cuma di P*t**s saya lebih teruja kerana saya akan lebih berpeluang untuk berjumpa lebih ramai orang (Para skeptik akan membacanya sebagai peluang mencari isteri..hehe). Tetapi harus diingat, dalam surat tawaran saya memang sudah siap-siap tertulis saya tidak boleh berkahwin dengan rakan sejawat! Adusss! πŸ™‚

Dan saya tahu, ibu bapa saya sebenarnya suka saya menerima tawaran ini. Walaupun mereka tidak cakap, tetapi saya tahu dan saya dapat rasakan. Jadi biarlah mereka gembira kejap, manalah tahu mereka dengan ini akan termotivasi untuk mencari calon menantu seperti yang saya ingini. :p (oops!)

Here to all the great people I will be meeting! πŸ™‚

Oh dan walaupun saya akan bertukar tempat kerja, namun cita-cita keusahawanan dan perniagaan saya tidak akan padam sama sekali. Saya mempunyai cita-cita yang luar biasa yang memerlukan saya membuat sesuatu di luar kebiasaan. Sekadar mempunyai sebuah perniagaan bukanlah cita-cita saya. Saya sudah boleh dan telah melakukannya sejak bertahun-tahun dahulu. Saya mahu perniagaan saya menjadi satu legasi saya. Jadi saya perlu bertindak sewajarnya dan inilah langkah-langkah saya dalam merealisasikannya. πŸ™‚

Percutian 2 Minggu

Saya rasa seperti hot stuff. πŸ™‚ Dari semester akhir saya di UTP sehinggalah sekarang, saya tidak pernah tidak terikat. Hari Khamis kertas peperiksaan terakhir saya, hari Isnin saya sudah mulakan sesi internship saya. Di bulan kedua dalam tempoh tersebut, saya telah menjadi the highest paid intern in the country dan bulan ketiga sesi praktikal saya, saya telah dianggap sebagai staff dan dibayar seperti mana seorang pekerja tetap setara di (multi national companies) MNC lain.

Ketika pensyarah saya datang untuk pembentangan, saya telah pun mempunyai pasukan saya sendiri. Habis tempoh praktikal 8 bulan saya terus bekerja seperti biasa. Sehinggalah sekarang.

Bahkan jika boleh, sekarang P*t**s mahu saya bermula secepat mungkin, esok.

Tetapi saya rasa saya mahu berehat seketika. Sekurang-kurangnya 2 minggu. Sebab itulah saya memohon untuk hanya melapor diri pada pertengahan Mei. Saya belum memutuskan untuk ke mana dan bagaimana. Tetapi saya dapat membayangkan yang saya mahu ke pantai. Pantai yang mana, belum pasti. Target saya adalah untuk habis menulis 2 buah buku (menulis adalah terapi saya). Salah satunya adalah “mini” autobiografi saya. hehe… πŸ™‚

Aspirasi Hidup Saya Yang Baru

Ramai manusia berubah setelah mengalami pengalaman menghampiri kematian. Mereka digoncang untuk menilai kembali prioriti dalam hidup mereka. Yang mana yang penting.

Walaupun saya tidaklah mengalami pengalaman “mati hidup kembali”, sepanjang minggu lepas saya berpeluang untuk menilai kembali prioriti hidup saya. Lebih-lebih lagi setelah menonton sebuah filem “Dave” (kisah seorang orang biasa berpeluang menjadi presiden US). Beliau ditanya, “If you can still be president for another day, what you will do”. Dan “Dave” menceritakan cita-citanya.

Saya menjadi excited dan dapat relate dengan “Dave”.

Saya juga mendapat “hidup baru” dan bermula dari situlah saya menanam azam untuk hidup “membumi”. Hidup dengan penuh makna bagi pihak mereka yang tidak berpeluang berada di tempat saya.

Saya rasa itu sahaja update dari saya, semoga hidup anda juga penuh makna! πŸ™‚
Sabri

Update ! Update!

1. Emak sudah baik separuh. (Masih belum boleh aktif sangat, tetapi sudah hampir okay)

2. Akhirnya setelah menanti dengan penuh sabar selama lebih 2 tahun, saham-saham saya yang saya simpan sekian lama telah naik harga melebihi harga beli! Yay! Saya ingat duit saya dah burn. Setelah melihat kenaikan tersebut, saya terus jual. Tak banyak, sekadar dalam 5-10% sahaja -2 syarikat. Tetapi saya tak mahu duit saya beku macam tu lagi. Jadi sementara harga dah ngam, saya jual sahaja. πŸ™‚

3. Bad news and good news. Bad news, RM 1000 terbang dengan senang-senang dalam tempoh 2 hari untuk membuat scan-scan yang patut dan yang tak patut. Pengalaman pertama buat CT scan dan ultrasound. Good news, saya sihat 100%! ~tuan punya badan pun tak sangka. hehe… πŸ™‚

4. Saya kemungkinan besar akan mula serve my bond secara rasmi mid-May. Means saya akan ada 2 minggu untuk percutian yang dah lama saya deserve. Saya bercadang untuk menggunakan 2 minggu tersebut untuk menulis. πŸ™‚

5. 2 minggu ini minggu yang sungguh busy pada saya. Sangat-sangat sibuk. Hopefully life akan masuk gear normal balik asap.

Itu sahaja update dari saya! πŸ™‚

Sabri

Doa Seorang Anak

Saat ini saya sedang berada di sisi katil emak. Emak baru lepas menjalani pembedahan membuang kelenjar tiroidnya. Malam ini dan malam besok saya akan menemani emak di hospital.

Dalam hidup keluarga kami, emak adalah tonggaknya. Ayah selalu dimanjakan tok, jadi ayah mempunyai semangat yang rendah sedikit. Tetapi tidak emak. Jika perlu berenang tujuh lautan sekalipun supaya anak-anaknya pandai, saya yakin beliau akan melakukannya.

Dulu emak bangun jam empat pagi setiap hari untuk membuat nasi lemak. Selepas itu jam 8 hingga 5 beliau akan pejabat. Pulang dari pejabat beliau akan memasak Dan menyediakan bahan-bahan untuk membuat nasi lemak keesokan harinya. Begitulah setianya emak kepada ayah Dan dedikasi emak kepada keluarga.

Saya tidak bercadang untuk hidup Dalam kehidupan yang telah emak lalui. Saya tahu saya mungkin tidak setabah emak. Namun, saya sangat bersyukur jika dikurniakan seorang isteri setabah dan sesetia emak. Ada perempuan yang tidak sanggup pun mendengar kisah emak kerana sangkakan saya mahu hidup begitu. Semoga saya dijauhkan Dari perempuan demikian.

Apabila emak sihat, emak dirasakan seperti boleh membengkokkan besi dengan semangatnya sahaja. Namun apabila emak terlantar, semangatnya sirna. Hati saya dirundung sayu. Saya hanya mampu menggosok tangan emak memberi kekuatan sambil berdoa kepada Tuhan agar Dia cepat-cepat mengembalikan kekuatan dan kesihatan emak.

Saya mungkin tidak mampu memanjakan emak seperti mana emak memanjakan saya. Maafkan ayie mak. Tetapi ayie harap mak boleh merasai kehadiran ayie, tabah dan cepat pulih. Ayie harap sebagaimana emak mengajar kami menahan sakit supaya cepat pulih, emak juga dapat lakukan.

Dalam tempoh 2 tahun ini, saya lebih rapat dengan emak dan keluarga. Setiap bulan saya akan pulang ke kampung, adakalanya beberapa kali. Saya juga dapat merasakan kehangatan dan kemesraan berada bersama keluaga itu.

Ia tidak selalunya begitu. 3 tahun lepas saya diberi amaran pertama. Emak dimasukkan ke hospital kerana denggi yang kronik. Saya sangkakan emak demam biasa sahaja, biasanya emak masih boleh bekerja kuat. Itu pengalaman pertama saya melihat emak terlantar.

Walaupun telah pernah menonton tv, membaca buku motivasi mengenainya sebelum ini, perasaan apabila melihat sendiri kesakitan emak tidak apa yang dapat menyediakan saya untuk menghadapinya. Namun Tuhan masih sayangkan kami sekeluarga. Emak pulih dalam masa hampir sebulan.

Saya yang terpana ketika emak sakit rupanya cuma insaf sekejap. Setelah beberapa bulan, saya renggang semula.

Setahun selepas itu saya diberi amaran kedua. Hubungan cinta yang saya bina selama 3 tahun lebih sebelum itu musnah tanpa kerelaan saya. Emak dan keluarga saya menjadi sumber kekuatan saya untuk meneruskan perjuangan hidup.

Sejak itu saya benar-benar insaf. Saya menjadi lebih rapat dengan keluarga dan emak. Benar-benar rapat. Di dalam hati saya, saya sering mengesyaki yang hikmah disebalik perpisahan saya sebenarnya adalah kerana Allah mahu saya lebih menghargai dan rapat dengan keluara. Message understood ya Allah.

Walaupun saya tidak suka mengorbankan mana-mana orang yang saya sayang untuk orang lain yang saya sayang, saya tidak percaya pada konsep begitu. Saya percaya we can have our cake and eat it too. Namun dalam kes ini jika itulah sebabnya maka saya redha. It’s painful but well worth it.

Namun 2 tahun selepas itu, emak ke hospital lagi. Sekarang. Saya rasa Allah mahu memberitahu saya bukanlah saya berpisah kerana Allah mahu saya memahami kepentingan keluarga. Bertemu dan berpisah adalah kehendak dan akibat dari perbuatan manusia. Sebaliknya Dia mahu memberi saya peluang berbakti kepada emak dan supaya emak dapat merasakan kasih sayang anaknya pula tanpa perlu ada sad ending. πŸ™‚

Saya yakin emak akan pulih. Dari saya mula menulis sehingga apabila saya habis ini, ukuran darah emak sudah dua kali diambil (pkl 10 & 12 mlm. Nurse ini pun, tidak ada masa lainkah. Emak nak tidur, emak makin pening jika tidurnya diganggu).

Tekanan darah emak normal. Cuma emak kerap terbangun. Satu sebab nurse sering menggangu tidur emak. Namun selepas ini Nurse tadi mengatakan waktu ubat seterusnya adalah jam 8 pagi. Saya harap emak dapat tidur dengan dengan aman dan nyenyak selepas ini.

Ya Allah, kuatkanlah semangat emak menghadapi ujianMu dan pulihkanlah kesihatannya semula secepat mungkin. Engkaulah yang maha pengampun lagi maha penyayang.

Page 1 of 2

Powered by WordPress & Theme by Anders Norén