Sabri.me, Inside Out

A-Type Geek, All Around Family Man

Dr. Sheikh Muszaphar Secrets Revealed

The title of this post was so cheesy. But I couldn’t help it. :p

Just finished reading, Journey to Space, a Memoir of Malaysia’s First Angkasawan by Dr Sheikh Muszhaphar (Dr SMS). The book confirmed what I suspect all along about him (click here for further reading).

Ramai orang menyangka superhero tidak mempunyai masalah dan jika mereka ada pun masalah mereka kecil dan tidak merunsingkan. Apa tidaknya, saban hari mereka menghadap orang awam dan orang-orang yang terhampir dengan muka yang manis dan ceria.

Kita juga menyangka yang superhero (mungkin terlampau extreme untuk kategorikan Dr SMS as superhero, but you got my point) mempunyai kekuatan luar biasa dan kita tidak akan dapat menjadi seperti mereka, tetapi sebenarnya tidak. Mereka dan kita sebenarnya sama sahaja. Yang membezakan kita dan mereka adalah mereka telah break through self limiting belief mereka. Mereka tidak bercerita dan percaya kepada bisikan-bisikan karut yang menyatakan mereka tidak mampu berbuat sesuatu.

Tahu atau tidak, berat Dr SMS adalah 98kg 2 years before he went for the space flight. He admit he was overweight due to the sedentary lifestyle he lead at that time. Heck, he might be a little bit taller than me, but I am not 98kg. So, who knows two year from now I might be on the moon pulak. It happened for Dr SMS, it might happened to me. :p

Ya, ya, saya tahu yang saya kurang sikit handsome dari beliau, tetapi umur saya baru 25. When Dr SMS applied to be an astronaut, he is 36. Dah tua sikit kan? So, balance la markah kan? ๐Ÿ™‚

He is officially one of my idol now. To future doctors yang merasakan diri mereka selalu dihambat masa, ketahuilah bahawa selain dari menjadi doktor, Dr SMS juga adalah part time model, pemilik restoran, dan juga pelajar tahun akhir (Master in Ortophaedic) ketika masih bertugas sebagai doktor.

Beliau ada menulis bahawa beliau juga mengalami kesibukan seperti yang dialami oleh doktor-doktor lain. Tetapi beliau percaya, what the mind believe, the body can achieve. It’s all in the mind. Kesibukan itu adalah kekangan atau self limiting belief yang diimposekan oleh diri kita sendiri. Di samping sibuk dengan aktiviti-aktiviti di atas, Dr SMS juga masih sempat mengikuti program-program Mercy Malaysia sebagai sukarelawan (sebelum dia menjadi angkasawan ya).

Jadi, jika Dr SMS dengan berat 98kg sebelum dia menjadi angkasawan boleh buat semua yang di atas, anda juga mesti boleh ya rakan-rakanku doktor-doktor sekalian. ๐Ÿ™‚

Dr SMS Seorang Yang Emosional

Berdasarkan laporan psikologi yang dibuat oleh pakar perubatan Rusia, mereka melaporkan yang Dr SMS (masukkan adjektif yang baik-baik~banyak saya dah lupa), tetapi beliau emosional. Walaupun saya tidak mengenali beliau secara peribadi tetapi dari penulisan beliau saya dapat rasakan yang pakar psikologi tersebut betul.

Berikut adalah quote beliau:

I knew I was different when I was growing up. I believed I was born for a purpose, to contribute something to the world. But I didn’t know what it was and I didn’t know how to go about doing it and when I should do it. But I knew I didn’t want to just get married, have kids and live normal life. At least not until I found out what I supposed to do. -Dr Sheikh Muszaphar

Dr SMS mahu kahwin, mahu ada anak dan mahu hidup normal seperti orang lain (baik VIOS, Honda CRV atau kereta-kereta cantik lain), tetapi itu bukanlah satu-satunya tujuan beliau untuk hidup. Beliau mahu menyumbang sesuatu yang bermakna kepada dunia. Dan beliau emosional dalam pencarian beliau.

Adakalanya beliau bertanya kepada diri sendiri, sama ada betulkah jalan yang beliau pilih ini? (ketika sebelum dan selepas menjadi angkasawan) Namun setiap kali beliau berfikiran demikian, beliau akan cepat-cepat menghapuskan fikiran tersebut dan dengan penuh yakin dan azam beliau berkata kepada diri sendiri, “Ya, I was destined for something bigger”. Walaupun beliau ketika itu belum menjadi angkasawan dan negara kita belum pun mempunyai program angkasawan lagi, tetapi dalam hati beliau, beliau tahu dan memang yakin, he was destined to contribute something meaningful in life.

He does not allow other people limiting belief got to his mind either.

A Health Scare

Membaca memoir Dr SMS di mana beliau meluahkan inner thoughtnya, memahami semangat dan keazamannya (determination) membuatkan saya rasa yang beliau dan saya hampir sama. Jika anda lihat gambar-gambar beliau ketika kecil, beliau kelihatan seperti sedikit pemalu (dibandingkan dengan abang-abangnya). Namun beliau mempunyai keazaman untuk berjaya yang sangat membara.

Bukan setakat itu, ย untuk menjadi angkasawan juga, seseorang itu diwajibkan mempunyai tahap kesihatan sempurna (dalam ayat Dr SMS, ini kerana mereka tidak mahulah terpaksa bawa seseorang angkasawan itu turun dari stesen angkasa semata-mata kerana angkasawan tersebut sakit gigi kan.. Membazir minyak pulak nanti. hehe). Jika Dr SMS di dapati tidak mempunyai tahap kesihatan yang bagus, beliau tidak boleh mengikuti ekspedisi angkasa itu nanti. Jadi pemeriksaan kesihatan ini penting untuk beliau lepasi.

Ketika dalam ujian perubatan untuk menjadi angkasawan, dalam satu ujian, air kencing Dr SMS di dapati mempunyai sedikit masalah.ย Di sebabkan sebelumnya beliau mengambil madu dan Diet Coke, air kencingnya pada ujian tersebut mempunyai sedikit masalah. Beliau di minta untuk membuat ujian sekali lagi keesokannya. Jadi seharian, Dr SMS tidak makan apa-apa dan beliau minum air masak sebanyak mungkin. Di sini saya teringat pengalaman saya bulan lepas. hehe… Apa yang saya boleh katakan, great minds think alike. :p

Ingatkan saya seorang sahaja yang berfikir macam tu. Dr SMS pun fikir macam tu, not bad lah. hehe. ๐Ÿ™‚

Keesokannya, bila diuji semula air kencing beliau, ia normal kembali. Tetapi disebabkan doktor yang memeriksa beliau lebih pakar, beliau kantoi. Jadi Dr SMS disuruh minum air glukos dan diuji semula 2 jam selepas itu. Nasib baik, ia normal. Terselamatlah beliau. ๐Ÿ™‚

Saya hanya memetik satu dari detik-detik mencemaskan beliau. Saya pilih yang di atas sebab it,s something that I can relate to.

Dr SMS, Truly Malaysian

Dalam satu kejadian lagi, tahukah anda bahawa Dr SMS hampir dibuang dari latihan kerana menyimpan dokumen rahsia kerajaan Rusia mengenai roket Soyus. Pihak Rusia menyangka yang Dr SMS adalah perisik yang mahu mencuri maklumat mereka. Kejadian ini berlaku kerana semangat ingin belajar dan berjaya yang tinggi dalam diri beliau. Disebabkan perasaan ingin belajar ini kuat, beliau telah meminta beberapa dokumen dari rakan-rakan beliau dari Rusia mengenai Soyuz kerana beliau ingin mendalaminya. Rakan-rakan Rusia ini pun berilah.

Suatu hari komputer beliau diperiksa dan dokumen tersebut dijumpai di komputer beliau.

Beliau menerangkan yang beliau cuma ingin belajar mengenai Soyuz. Sebab itulah dokumen tersebut ada dalam komputer tersebut. Tambah beliau lagi, memandangkan dokumen tersebut dalam bahasa Russia, jadi beliau tidak faham pun isi kandungan dokumen tersebut. Jadi tak apa lah, beliau biarkanlah dan tak delete lah.

Now, isn’t that Malaysian way of thinking? hehe…

Sebab pihak Russia pula berkata, jika beliau bukan perisik dan jika beliau tidak faham dan tidak dapat membaca dokumen tersebut, bukankah lebih logik jika beliau delete sahaja dokumen tersebut? Buat apa simpan sedangkan beliau tidak faham?

See perbezaan cara orang Malaysia berfikir (tak apa lah attitude) dan orang luar berfikir? Kita pun selalu buat macam tu kan? ๐Ÿ™‚

This book is a very good read. Dr SMS is officially one of my idol now. Not because of his popularity nor his handsome face but for his inner strength. I admire him for his ability to break through his own self limiting belief and be able to communicate that clearly.

One interesting fact, he repeatedly mention in the book that if he can inspire even one person, he will consider himself ย a success. And Dr SMS, I hereby declare you a success! ๐Ÿ™‚

Well Done Dr.

Sabri

p/s: Gambar pilihan, Dr SMS dan bakal isteri beliau. Untuk menjadi angkasawan rupanya sangat banyak dan sangat besar pengorbanan yang mereka berdua terpaksa tempuhi rupanya. Tahniah atas ketabahan anda berdua!

Previous

Why “Study ABC Because It Has a Lot of Job Opportunities” is Bull***t

Next

Pesanan Untuk Adik: Sebelum Memilih Calon Suami

1 Comment

  1. loving it!
    kakak pun tiba-tiba rasa terinspire segala!

    what the mind believe, the body can achieve, baik mulakan latihan sekarang! ๐Ÿ˜‰

Leave a Reply

Powered by WordPress & Theme by Anders Norén