Sabri.me, Inside Out

A-Type Geek, All Around Family Man

Nasihat Berniat Baik Lebih Berbahaya Dan Sukar Ditangani Dari Kritikan

Jika kita dikritik, mudah bagi kita untuk menilai kritikan tersebut. Jika kritikan tersebut membina, ada sesuatu yang kita boleh ambil dari kritikan tersebut, kita boleh “note” dan anggap ia sebagai satu pengajaran untuk diingati. Jika kritikan tersebut sebaliknya pula, amat mudah untuk kita membakul sampahkan kritikan tersebut. Ia langsung tidak meninggalkan bekas di hati.

Namun tidak begitu mudah untuk kita menangani “nasihat” ataupun pendapat dari mereka yang berniat baik di sekeliling kita. Biasanya nasihat ataupun pendapat ini diberikan percuma (seriously!). Dari pengalaman saya yang terhad ini, kualiti nasihat biasanya akan meningkat sedikit (sedikit sahaja!) jika ia ada sedikit unsur kos (termasuklah jika membelanja orang tersebut, atau kita membayar bil telefon untuk membuat panggilan). Nasihat yang percuma? Ada yang sangat bernilai dan ada yang sangat berbahaya, anda perlu nilai sendiri. 🙂

Sebelum kita lihat bagaimana cara terbaik untuk kita menangani nasihat “berniat baik” ini, baik kita fahamkan dahulu apa nasihat berniat baik ini dan kenapa ia berbahaya.

Saya beri satu contoh nasihat berniat baik yang berniat baik, tetapi berbahaya;

1. Susah hendak import eksport barang ni. Kena deal dengan cukai, kastam, cari kapal, risiko kapal karam, insurans dan sebagainya. Lagi-lagi ko nak import barang dari China, orang kat China suka tipu jual barangan tiruan. First shipment je dia hantar barang betul, 2nd shipment bila kita order lagi banyak dia dah start buat cincai.

Kenapa dia berniat baik: Walaupun orang yang memberi nasihat tersebut tidak pernah melakukannya sendiri, tetapi beliau banyak mendengar dari cerita orang. Dan apa yang beliau katakan itu betul!

Kenapa nasihat ini berbahaya: Sebab walaupun susah, sukar dan komplikated, ia tidak bermaksud ia tidak boleh dilakukan. Tambahan pula, sukar tidak bermaksud anda tidak boleh melakukannya!


Sukar cuma bermaksud anda perlu bersiap sedia lebih untuk menghadapi segala kemungkinan. Strategi anda perlu lebih menyeluruh dan anda perlu lebih tenang dan yakin dengan persiapan dan kebolehan anda. Lebih-lebih lagi anda perlu tahu, apabila kita keluar dari zon selesa (comfort zone) kita, reward atau habuan yang menanti kita biasanya lebih lumayan.

Lebih hebat dari itu, anda akan keluar dari situasi tersebut sebagai manusia yang lebih baik.

Dan biar saya berkongsi satu rahsia: Biasanya membuat sesuatu itu tidak sesusah seperti yang ramai orang sangkakan. Stick with something longer, cover all possibilities, have contigency plan, biasanya anda pasti berjaya.

Satu lagi habit yang ingin saya kongsi: Apabila berhadapan dengan situasi sukar seperti ini, saya tidak pernah membayangkan atau terfikir yang saya akan gagal. Saya seratus peratus fokus kepada situasi tersebut dan “overclocking” minda saya, jika ada kesilapan atau masalah berlaku bagaimana untuk mengembalikan usaha tersebut ke landasan asal ke arah kejayaan. You can conjure miracles when you realize you have no other options. I have failures in my life sure, but I think my accomplishments are more abundance and frequent. Kalau gagal, no big deal. Learn from it. But most often than not this habit help me deliver miracles more often.

No point preparing for failure when you have not yet exhausted all your emergency plans. Better you focus that mind-share to make it work!

It’s not arrogance, fool hardiness nor over confidence. It is common sense.

Sebagai contoh, pilot tidak bawa kapal terbang dengan perasaan yang ia akan terhempas. Tetapi juruterbang mempunyai persediaan bagaimana untuk menghadapi situasi sukar dalam penerbangan. Jadi, apabila kapal terbang tersebut menghadapi turbulence ataupun cuaca buruk, pilot bersedia dan mempunya pelan bagaimana untuk mengatasi situasi tersebut.

Bahkan mereka mempunyai plan A, plan B, plan C dan kemungkinan lebih lagi. Jika plan A gagal, pilot tadi tidak akan kecewa dan membayangkan mereka akan terhempas dan berhenti berusaha. Sebaliknya dengan cepat beliau akan mengaktifkan plan B dan berusaha sedaya upaya untuk memastikan plan B berjaya.

Dan itulah sebabnya kapal terbang adalah kenderaan yang mempunyai rekod keselamatan yang tinggi.

Ada kapal terbang terhempas? Ada.
Tetapi lebih banyak kapal terbang yang selamat dan berjaya mengatasi masalah dalam penerbangannya.

Ada kapal terbang yang plan A nya gagal? Sudah pasti.
Ada kapal terbang yang plan B nya berjaya? Sudah pasti lebih banyak.

Jika anda menaiki sebuah kapal terbang yang sedang dalam situasi kritikal setelah plan A gagal, adakah anda mahu juruterbang tersebut panik dan berhenti mencuba atau anda mahu pilot tersebut fokus, jangan panik dan berusaha sedaya upaya untuk menjadikan plan B berjaya?

Jadi jangan berjudi dengan kehidupan anda. Diri dan kehidupan anda adalah kapal terbang tersebut, anda adalah pemandunya. Act appropriately.

Berbalik kepada cerita mengimport barang dari China tadi;

Memang sukar, tetapi ia berjaya dilakukan.

Kami ke China cuma tahu apa yang hendak dibeli. Kami tidak tahu dimana kedainya dan kami tidak tahu bagaimana untuk mengeksportnya dari China dan prosedur import setibanya barang tersebut di Malaysia.

Dan pada minggu hadapannya kami telah membuat bayaran komitmen untuk membuat jualan di sebuah shopping complex di Borneo (jika gagal menjual pada tarikh tersebut, boleh dikenakan penalti). Dan mengimport barang ke Pelabuhan Klang sudah susah, apatah lagi kemudiannya mahu menghantarnya ke Borneo (bukan seperti pos surat).

Walaupun kami tidak tahu, tetapi itu tidak bermaksud kami tidak bersedia. Kami study from the limited informations yang kami perolehi, nasihat yang kami terima (dengar tetapi tidak 100% percaya), devise beberapa emergency plans untuk kemungkinan yang terjadi, rehat secukupnya dan mentally prepared supaya di China nanti kami tidak panik.

Dan anda perlu tahu, orang di China 90% tidak boleh cakap Inggeris dengan baik ataupun tidak boleh cakap Inggeris langsung. Termasuklah usahawan-usahawannya. Penduduknya suka menjerit dan bandarnya sangat besar. Langsung tidak ada huruf English di papan tanda.

Dan saya pula tidak boleh berbahasa Mandarin atau Kantonis langsung, kecuali mungkin “Wo Ai Nee”… hehe… :p

Dan masalah pertama kami hadapi ketika belum pergi pun. Sepatutnya destinasi saya adalah Quanzhou, tetapi saya membeli tiket ke Guangzhou. Saya ingatkan ia tempat yang sama, cuma berbeza ejaan tempatan dan antarabangsa (seperti Wilayah Persekutuan KL dan KL), rupa-rupanya ia 9 jam perjalan jaraknya dengan keretapi!

Nahas!

Namun kami cepat-cepat fokus bagaimana untuk mengatasi masalah ini. Kami tidak sanggup untuk burn tiket (mahal!) dan tidak ada cara lain yang membolehkan kami ke Quanzhou. Kami berazam untuk cuba sedaya upaya di Guangzhou dulu dan worst case scenario kami akan flight dari Guangzhou ke Quanzhou. Nasib baik tidak perlu.

Itu cuma satu setback la, tetapi yang lebih penting misi tersebut berjaya dengan cemerlang. 🙂

Kami pergi semula ke Guangzhou tiga bulan kemudiannya.

It’s a thrilling journey and experience, but it is well worth it.

Berbalik kepada tajuk asal kita, nasihat baik yang susah ditangani. Contoh-contoh nasihat berniat baik tetapi berbahaya yang lain adalah, kita kena cari pengalaman sebelum memulakan perniagaan, kita pergi terlalu laju (bukan memandu), kita pergi terlalu perlahan, buat kerja ni susah, buat kerja ni senang, kita terlalu muda, kita terlalu tua dan etc.

Know this: Apa yang mereka katakan itu mungkin betul, tetapi ia tidak bermaksud yang kita tidak boleh melakukannya dengan jaya.

Saya pernah terbaca satu analogi yang saya amat bersetuju;

Ketika kita kecil, ibu bapa kita selalu berpesan. Jangan ikut orang lain sangat. Jika orang lain membuat sesuatu yang merbahaya (terjun dalam sungai, terjun bagunan), kita jangan ikut sama lakukannya. Tetapi apabila kita sudah dewasa, masyarakat expect kita untuk melakukan seperti apa yang orang lain lakukan. Jika semua orang terjun bangunan, jika kita tidak terjun kita akan dipandang pelik.

Ironi sungguh. Fikir-fikirkan.

Jadi bagaimana untuk kita menangani idea berniat baik ini: Take note of their advices, tetapi jangan jadikan ia sebagai panduan agung. Jangan jadikan ia penghalang untuk kita bergerak ke depan, sebaliknya gunakan ia sebagai sempadan di kiri kanan untuk memastikan kita sentiasa di laluan yang betul.

Tetapi, always be smart about it dan jangan jadi bodoh sombong.

Feel the fear, and do it anyway! 🙂

Sabri
Adventurer

Previous

My First Property Purchase

Next

Bagaimana Untuk Hidup Senang Dan Gembira

3 Comments

  1. Assalamualaikum Tuan Sabri.
    Saya begitu tertarik dengan penulisan ini. Pengalaman saya sendiri, selalu sahaja ‘nasihat baik berniat baik’ ini membantutkan niat dan usaha saya untuk memajukan diri dan memajukan kerja-kerja saya. Bila disebut ‘memajukan diri’, maka ‘pembaharuan’ dan ‘penghijarahan’ itu merupakan pemangkin kepada kemajuan diri dan sesuatu pekerjaan. Gila namanya jika saya melakukan perkara yang sama dalam usaha untuk mendapatkan hasil yang berbeza, bukan?
    ”Nasihat baik berniat baik’ ini biasanya berdasarkan PENGALAMAN atau HEARSAY yang didengari si pemberi nasihat, dan PENGALAMAN2 ITU DIANGGAP NORMAL adalah UNIK bagi SETIAP INDIVIDU. Mungkin dari kaca mata si pemberi nasihat pengalaman itu menakutkan dan merugikan, namun bagi individu lain mungkin ianya adalah cabaran yang memberi pendedahan untuk lebih tahu dan lebih bijak di masa hadapan. Mungkin bagi si pemberi nasihat MENJAGA AIR MUKA lebih penting daripada mencapai matlamat, tetapi bagi orang lain adalah MATLAMAT TERCAPAI dengan apa cara sekalipun (mudah2an cara yang halal lah)
    Secara fitrahnya, ramai individu selesa dan complacent berada di dalam situasi yang NORMAL dan tentunya situasi tidak normal atau ABNORMAL mengundang rasa kurang selesa dan janggal. Namun, apakah KENORMALAN pada suatu-suatu perkara itu adalah TERBAIK dalam hidupnya, keluarga atau masyarakat mahupun ummah?
    Selalunya, manusia-manusia yang berjaya adalah manusia yang ‘ABNORMAL’ dari erti kata KELUAR DARI KEPOMPONG. Lihat sahaja Rasulullah SAW yang dipandang aneh, pelik dan jelek oleh masyarakat jahiliah kerana membahawa pembaharuan. Tuan faham maksud saya bukan?
    Namun cabaran, bagi mujaddid (pembawa pembaharuan) di mana-mana lapangan adalah untuk menadah telinga mendengar ‘nasihat baik bermaksud baik’ yang belum tentu betul salahnya ini. 🙂
    Dalam mendengar nasihat atau kritikan apa-apa pun, nasihat saya untuk diri saya dan semua, jangan terlalu merujuk kepada ‘KENORMALAN’ atau ‘KEBIASAAN’ orang, sebaiknya BETULKAN YANG BIASA (NORMAL) dan BIASAKAN (NORMALKAN) YANG BETUL.
    Namun, ia bukan usaha mudah!

  2. ana

    hehe..boleh tanye?nasihat dan kritikan itu berbeza x?

  3. Waalaikumsalam,

    Kak Faeeza, well said! 🙂

    Ana, nasihat itu berbeza dengan kritikan bergantung kepada niat pemberinya;

    Niat 1: Mahu penerima berubah
    Niat 2: Mahu memberi nasihat

    Seringkali apabila niat kita mahu memberi nasihat, kita sering cenderung untuk mengkritik.

    Sebaliknya apabila kita mahu penerima berubah, cara kita memberi “nasihat” tadi berubah dan ia boleh diterima serta tidak menjadi kritikan.

    Untuk mengubah ataupun menunjukkan teladan kepada orang, tidak perlu sangat kepada kritikan atau nasihat sebenarnya. Ada cara yang lebih berkesan. 🙂

    Ini berdasarkan kepada pengalaman terhad saya. Pengalaman Ana dan rakan-rakan lain mungkin berbeza. Boleh kongsikan. 🙂

    Terima kasih

    Sabri

Leave a Reply

Powered by WordPress & Theme by Anders Norén