Sabri.me, Inside Out

A-Type Geek, All Around Family Man

Pembahas Menangis

Hari ini saya akan berkongsi satu rahsia.

Ummar menghubungi saya sehari dua ini kerana beliau terpilih untuk mewakili sekolahnya dalam pertandingan bahas. Jadi beliau meminta beberapa tips dan strategi yang boleh digunakan. Dan saya pun memberikannya. Dan memang strategi-strategi saya mujarab. hehe… Oh ya, jangan kagum sangat dengan Ummar, beliau adalah pemain ragbi bukan pembahas profesional. Jadi dia tak se”polished” abangnya lagi.:)

Apapun, strategi-strategi tersebut menjadi. Jadi semalam saya memberikannya strategi yang lebih advance lagi dan juga pesanan tambahan, “Pastikan tak ada debater perempuan yang menangis atau berhenti bercakap sebelum loceng berbunyi. Kalau ada yang menangis, memang sah akan kalah.”

Dan hari ini terbukti kata-kata tersebut menjadi kenyataan.

Salah seorang ahli pasukannya menangis dan kalahlah Ummar di peringkat separuh akhir.

Macam mana saya tahu akan ada debater perempuan yang menangis?

Inilah rahsia yang ingin saya kongsikan. Saya tidak tahu mengapa, cuma sekadar pemerhatian.

Pengalaman saya ketika berbahas dahulu, sehinggalah kepada membantu junior-junior saya berbahas, saya dapati pembahas wanita ada kecenderungan untuk crumble emotionally, terutama setelah dekat-dekat ataupun ketika perlawanan akhir. Ini bukan diskriminasi ya.

Mereka sebenarnya cemerlang sahaja, bahkan kadang-kadang lebih talented dari ahli pasukan lain. Dan ahli pasukan lain menaruh kepercayaan kepada mereka. Namun secara tiba-tiba, harapan dan tekanan ini memuncak. Lagi dekat dengan final, lagi tinggi tekanan yang diletakkan kepada mereka.

Perasaan self doubt tu muncul tiba-tiba. Mereka tiba-tiba merasakan pembahas simpanan lebih baik dari mereka dan mereka mahu bertukar tempat.

Saya ingat ia terjadi ketika zaman saya sahaja, tetapi selepas saya membantu junior-junior saya dan saya lihat ia berlaku di zaman-zaman mereka juga dan kini di zaman Ummar juga. 🙂

Ya jadi rahsianya, jangan ingat debater wanita yang petah berbicara itu mempunyai hati batu. Selagi namanya wanita, pasti beliau akan menangis juga. Jadi kalau nak menang bahas, pastikan ahli pasukan bahas wanita anda tidak menangis! 🙂

Sabri
Pembahas Pencen

Previous

My Private Corner

Next

Permintaan Saya Pada Thomas Edison Jr

2 Comments

  1. Nampaknya kita berkongsi minat yg sama..saya juga bekas pembahas dulu..sekolah mana dulu?

  2. SEMASHUR (Sains Hulu Selangor).

    Antara SMS yang relatively baru. Saya 1st batch SPM.
    Tak sure kita sezaman atau tak. 🙂

    Sabri

Leave a Reply

Powered by WordPress & Theme by Anders Norén