Sabri.me, Inside Out

A-Type Geek, All Around Family Man

Permintaan Saya Pada Thomas Edison Jr

Thomas Edison dikatakan sebagai antara inventor paling prolifik di dunia. Antara kredit yang beliau terima untuk ciptaannya yang paling popular, adalah mentol. Namun, iika kita ingin bersoal jawab mengenai pencapaian beliau, banyak boleh diperkatakan. Ada pendapat yang mengatakan beliau bukanlah inventor sebenar sebaliknya hanya meniru idea-idea inventor original. Apapun, tak kisahlah. Saya hanya mahu masalah saya selesai. Jadi kepada sesiapa yang berbakat mereka cipta tu, silalah cipta mesin-mesin yang seperti berikut ya:

1) Mesin Seterika Baju

Saya suka mencuci baju (dengan mesin). Baju-baju saya melalui proses pemeringkatan dua kali. Pertama kali di cuci dengan serbuk pencuci dan kali kedua dengan Softlan. Cuma, saya dapati baju yang dicuci sendiri dan yang di hantar ke kedai dobi berbeza dari tahap kekedutannya.

Baju yang dicuci sendiri perlu digosok supaya pemakainya kelihatan lebih tegap.

Saya dah lupa bila kali terakhir saya gosok baju. Mungkin 8 tahun yang lepas (just kidding!). Dulu waktu zaman remaja, memanglah saya particular dengan baju. Tak mahu emak gosokkan sebab emak gosok tak straight. Saya mahu gosok sendiri, lebih berkualiti. 🙂

Ketika di universiti mungkin keyakinan diri tu lebih tinggi. Baju gosok ke, baju tak gosok ke, orang hensem tetap hensem. Jadi saya amat jarang menggosok baju. Kecuali jika ada acara formal sahaja. Lagipun biasanya pakai T-Shirt sahaja.

Di KL, baju walaupun T-Shirt perlu digosok juga sedikit at least, supaya tidak kelihatan serabai sangat. Lagi-lagi pula status “bujang”, manalah tahu terserempak dengan bakal-bakal mak mertua di mana-mana. Jadi penampilan kenalah jaga kan? Sebelum ini makcik dobi menjadi penggosok baju, namun disebabkan oleh masalah peribadi makcik dobi tersebut telah menutup bisnesnya.

Dan kami pun terpaksa membeli mesin basuh dan mencuci baju sendiri. Hence, keperluan mesin menggosok baju.

Idea: Saya tak dapat menggambarkan bagaimana rupa mesin gosok baju tersebut, ada conveyor belt ke tidak, macam mana mekanisma gosok dan sebagainya. Tetapi saya ada satu idea supaya mana-mana Thomas Edison Jr di luar sana boleh mula projek ini somewhere.

Instead of guna seterika seperti biasa, why not guna bahan kimia untuk straightkan baju?

Kita campur chemical solution tersebut dalam mesin basuh macam kita masukkan Softlan dan kemudian apabila kita sidaikan baju diampaian, baju-baju tersebut akan jadi lurus seperti di ampaian.

Kalau rambut pun boleh diluruskan, takkan baju tak boleh. Brilliant kan? hehe… 🙂

2) Mesin Memasak

Saya terfikir idea ini semalam. Sewaktu pergi ke gerai membeli lauk sebelum balik ke rumah memasak nasi. Taklah sukar sangat, tetapi 30 minit terbuang macam tu je.

Idea: Jika anda perhatikan dalam proses memasak, bahan mentah biasanya sama. Daging, ayam, bawang, garam, kunyit, gula dan sebagainya. Kalau mamak yang masak mee di kedai tu, beliau tak payah fikir-fikir pun, tangannya dah jadi macam robot. Ceduk dari bekas ini sikit, ceduk dari bekas ini sikit, ceduk dari bekas itu sikit, tumis, masukkan mee dan siap.

Kenapa tak ada satu mesin yang ada compartment-compartment untuk diletakkan bahan-bahan ini. Di samping itu ia juga ada tangki minyak dan ruangan penyimpan daging. Ia juga mestilah dilengkapi dengan microprocessor dan memori supaya kita boleh menyimpan resipi dan cara-cara memasak. Cara-cara memasak ini kita boleh simpan seperti kita menyimpan macro dalam Microsoft Excel (mula-mula ambil dari sini, gerakkan ke sini, ambil itu, campurkan, etc).

Mungkin kali pertama kita menggunakan mesin itu, kita kena programkan dulu resipi tersebut dan beritahu mesin tersebut di mana bawang, kunyit, garam , berapa kuantiti yang diperlukan dan cara masakan (grill, goreng atau rebus). Tetapi selepas itu mesin tersebut boleh ikut program yang telah disetkan kali pertama.

Sebagai pelengkap yang wajib, mesin tersebut juga mestilah boleh mencuci diri sendiri (kuali atau periuk yang digunakan).

Cara menumis? Alah, ini mudah. Kita gunakanlah style mesin basuh, pusing aje. Ketika menumis apa yang penting adalah haba dapat sampai ke setiap pelusuk bahan yang ditumis kan?

Untuk lebih clear, bayangkan mesin basuh, microwave, mixer dalam satu.

Ketika saya kecil dahulu ada iklan untuk susu Sustagen. Dalam iklan tersebut seorang budak kecil bangun pagi apabila jam locengnya berbunyi. Sambil beliau mandi dan pakai baju, jam loceng tersebut telah memulakan satu proses membancuh susu Sustagen yang siap dihantar (dengan keretapi mainan) ke depan pintu sebelum kanak-kanak tersebut pergi ke sekolah. Sejak saya melihat iklan tersebut, hari-hari saya berfantasi mengenai kewujudan mesin seperti itu.

Bayangkan, balik rumah je, klik dua-tiga butang, bila siap mandi, makanan dah siap. Bila bangun tidur je, klik dua tiga butang lagi, mandi-mandi, sarapan dah siap. Best tak?

Oh, manalah sustageniuses-sustageniuses ni. Takkan semua orang minum Dumex kot.

Jika ada sesiapa yang telah mencipta mana-mana mesin di atas, sila hubungi saya ya. Saya nak beli. 🙂

Have an Awesome Weekend!

Sabri

Tambahan kemudian: p/s: Ada pembaca menghubungi saya setelah membaca artikel di atas. Beliau kata, beliau tahu bagaimana saya boleh mendapatkan kedua-dua mesin di atas. Beliau kata, deposit atau down paymentnya memang mahal, tetapi maintenance bulan-bulan murah aje. Bil elektrik pun tak payah bayar. Mesra alam.

Saya pun reply. Saya berminat. Macam mana? Kat mana nak dapat?

Beliau kata, senang je. Cari isteri, kahwin! Kuang, kuang, kuang.

Rasanya macam nak ketuk je orang buat lawak time orang serius-serius ni. Apapun, betul juga. Kahwin, food for thought. hak3x. 🙂

Previous

Pembahas Menangis

Next

You Did Not Become a Loser When You Lose But When You Lose Trust on Yourself (and People You Love~d)

1 Comment

  1. nur

    i would like to say “typical bujang pemalas” but u come out with a rather creative tool that me myself are glad if there are one out there..:) so the women don’t really have to do the typical housework and concentrate more on the family and career.:P

Leave a Reply

Powered by WordPress & Theme by Anders Norén