Sabri.me, Inside Out

A-Type Geek, All Around Family Man

Solo Adventure to Vietnam – Ho Chi Min City

Hari Pertama

Sebelum bertolak saya teringin nak buat sesuatu yang dah lama saya nak cuba tapi tak berkesempatan sebab asyik sampai airpot cukup-cukup masa saja. Hari ini saya try masuk ke Premium Lounge di LCCT-KLIA. Well, okay. Saya sebenarnya nak tengok facility showernya. Sebab nanti bila plan for travel in the future, the knowledge will come handy. Sebab kebanyak travel blog yang saya baca banyak menggunakan fungsi premium lounge untuk memudah dan membantu mereka travel dengan lebih efisien. Saya ingat mereka akan sediakan towel seperti hotel, tapi rupanya tidak. Apapun, a worthwhile experience.

Saya akan berkongsi sahaja catatan nota-nota saya dan perbezaan yang dapat saya lihat di antara suasana di Ho Chi Min City (Saigon) dan juga di Kuala Lumpur:

  1. Dari pesawat, Bandar Ho Chi Minh ni besar juga rupanya. Boleh kata KL tanpa Twin Tower lah. Cuma bangunan tingginya tidak sebanyak seperti di Guangzhou ataupun Singapura. Saya kira bangunannya secara purata tinggi dalam 7-10 tingkat kebanyakannya.
  2. Pemandu teksi (setakat ini yang saya jumpa), jenis yang tak pulangkan baki. Tambang 12500 VND, berikan 20000 VND, baki tak nak bagi. Perlu di minta. Jadi hint, sediakan duit kecil. Isy3x. Saya Google di internet, sah memang tabiat diorang.
  3. Malam ini saya tidur dalam keadaan kelaparan. Ketika makan malam tadi saya memesan “Crispy rice with shrimp”, saya ingatkan nak try makanan tradisional (mee-mee Vietnam ada dijual di KL, jadi saya try nasinya). Rupanya, ia adalah bepang tanpa gula makan dengan sambal udang. Isy3x. Saya paksalah diri makan juga. Tapi tak dapat habiskan. Macam makan biskut cecah sambal sahaja rasanya. 🙂
  4. Saya tiba bila hari dah gelap. (pukul 7 di sini seperti pukul 8 di Malaysia), jadi agak sedikit resah. Sebab agak lost juga. Tak sempat explore untuk dapatkan orientasi kedudukan ketika waktu siang, dan tulisan papan tanda pula dalam bahasa Vietnam tak dapat difahami, orang biasa pula tak faham Bahasa Inggeris, haru.
  5. Orang di sini rajin. Tengah malam masih ada orang berjualan dan kedai-kedai kecil buka. Saya diberitahu kedai-kedai di sini akan dibuka pada pukul 5 pagi. Hebat.
  6. Esok belum pasti lagi ke mana. Tetapi saya tak jangkakan akan menjelajah besar-besaran.
  7. Plug di sini menggunakan plug US. Rugi pula rasanya tak bawa universal plug di rumah. Tadi dah terfikir nak bawa. Tapi entah kenapa tidak di bawa sekali.

Hari Kedua

  1. WoW. Jika di kampung kita dikejutkan dengan bunyi ayam berkokok, namun di sini anda akan dikejutkan dengan bunyi hon kereta
  2. Saya dapati penjual di sini bagus-bagus. Mereka pulangkan baki walaupun 5000 VND. Bahkan di satu kedai di Ben Thanh Market saya bila penjual tersebut minta RM 1 dari saya sebagai souvenir beliau beri saya lagi extra baki 5000 VND.
  3. Penjual di sini pula macam penjual di China. Mereka akan jual asalkan untung sikit. Jadi saya praktikkan apa yang dilakukan translator saya ketika di China. Saya keluar dari kedai dan mereka panggil balik dan berikan harga yang saya mahu.
  4. Harga di sini okaylah. Boleh dapat harga borong di KL. Dengan syarat kena pandai tawar.
  5. Suasana di sini? Hmm… Kalau saya duduk di sini boleh pening kepala. Nasib baik datang sebagai pelancong sahaja.
  6. Mahu datang lagi? Hmmm… :p
  7. Saya juga ke War Museum tadi. Tak terkata saya. Bila melihat gambar-gambar Dan pameran barang penyeksaan baru saya faham kenapa orang anti dengan Vietnam War. Mungkin lebih brutal dari penjara Abu Gharib di Iraq tu.
  8. Oh saya pun masih belum makan lagi. Sarapan roti sahaja pagi tadi. Di sini lebih sukar dari di China untuk mencari makanan yang boleh dimakan. Siem Reap pun tak susah macam ni. (punca: Saya mencari makanan Vietnam halal. Kalau sekadar mahu makan makanan Malaysia atau makanan mamak, ada tempatnya di sini. Kalau boleh saya prefer tempat yang jarang orang Malaysia pergi)
  9. Satu tips yang anda boleh apply jika bertandang ke negara asing yang tidak menggunakan bahasa Inggeris, sebelum bertanya arah atau apa sahaja kepada sesiapa test dahulu “boleh pakai” atau tidak. Saya suka gunakan restoran sebagai “benchmark”. Mula-mula pastikan kedudukan restoran paling dekat dengan anda. Kemudian tanya orang yang ingin anda tanya tu, “Do you speak English?”. Jika mereka kata, “Yes” atau apa-apa yang bunyi macam “sedikit-sedikit” tanya mereka di mana restoran terdekat. Jika mereka bagi tunjuk arah yang betul barulah anda bertanya soalan sebenar yang mahu anda tanya. Jika arah restoran tadi pun salah, larilah jauh-jauh. Tidak mungkin mereka dapat membantu anda. Bukan apa, orang Asia ni baik-baik. Kita sukar mengatakan tidak tau. Seboleh-bolehnya kita “agak-agak” juga jawapan untuk ditunjukkan. 🙂
  10. Petang tadi saya ke Ben Thanh market lagi. Saya ingin mencari kedai cermin mata. Cermin mata di sini dan di Kemboja murah berbanding di Malaysia. Hajat saya untuk membuat cermin mata hitam dengan power. Namun akibat salah komunikasi terbuat pula cermin mata biasa. Hmm.. Nak buat macam mana, terpaksa ambil sajalah. Tetapi saya ke kedai lain pula. Di kedai tersebut ada pegawai optimetri bertauliah (pandai cakap Inggeris dan test mata pun saintifik jugalah-ada ukur-ukur lagi). Saya buat lagi satu. Ambil esok. Harap-harap jadilah cermin mata hitam. Janganlah cermin mata biasa lagi.
  11. Satu lagi yang saya sedar dari dua trip saya ke Ben Tanh market ini, untuk shopping sakan lebih baik pergi pagi-pagi. Ini kerana orang Vietnam ni percaya kalau jual murah kepada pelanggan pertama (atau pelanggan pertama masuk dan beli), rezeki mereka hari itu akan murah. Jadi lebih senang tawar-menawar. Tetapi awas! Bersedia untuk membeli. Jangan masuk saja-saja. Mereka sampai tarik-tarik tangan untuk “paksa” anda beli. 🙂 Cadangan saya untuk kembali kali ketiga untuk beli beg laptop. Saya dah ada beberapa kedai saya perhatikan, walaupun harga yang diberi murah tetapi saya pasti boleh murah lagi.

Hari Ketiga

  1. Seperti yang telah dijangka, saya mendapat harga beg laptop yang saya “aim” kan dengan pergi ke kedai tersebut di waktu pagi.
  2. Saya juga berjumpa dengan seorang pengayuh beca bekas askar Vietnam. Jadi beliau boleh bercakap bahasa Inggeris dengan baik. Beliau membawa saya pusing-pusing bandar Ho Chi Minh.
  3. Pengalaman saya semalam menaiki beca sangat teruk. Pengayuh beca memberhentikan saya di tengah jalan meminta wang tambahan walaupun dipersetujui untuk tour 1 jam. Tetapi tak apa. Saya “cut loses” dan berhenti. Salah orang lah untuk dia ugut. Ingat saya takut. Selepas ditinggalkan pengayuh beca tersebut, saya menaiki motor pula.
  4. Tetapi penarik beca pada hari kedua ini berbeza. Beliau melihat beg yang saya beli dan bertanya harga (dengan English yang baik). Saya memberitahunya dan beliau berkata di ABC DEF Market (saya lupa nama pasar tersebut), boleh dapat harga lagi murah. Tempat orang tempatan membeli belah dan bukan pelancong.
  5. Saya tertarik dan saya ikut. Memandangkan English beliau okay dan kelihatan berpengetahuan saya membiarkan diri saya di bawa berpusing-pusing bandar Ho Chi Minh. Not bad. 4 jam tour. Beliau juga membawa saya pergi ke tempat tukaran wang (lebih murah dari tukar di Malaysia, hebat! Biasanya di negara destinasi nilainya tidak sebaik nilai di Malaysia). Saya bercadangan memberikan lebihan rate tersebut (55K VND ~RM 10) sebagai tips kepada pengayuh beca tersebut.
  6. Tiba-tiba setelah pulang ke hotel beliau meminta 900,000 VND (RM 180)! Saya ingat kami bersetuju 50K per hour (~200K VND). 5 minit bertekak. Saya malas nak bertekak lagi. Saya belum lunch dan penat jadi saya pun bayar sahaja. Nasib baik duit ada dalam poket.

(bersambung…)

Previous

You Did Not Become a Loser When You Lose But When You Lose Trust on Yourself (and People You Love~d)

Next

Bagaimana Untuk Membina Keyakinan Diri

1 Comment

  1. rashidi

    Sangat Informatif, Berminat nak tau lebih lanjut lagi sebagai refference untuk ke Ho chi minh hujung Jun 2010 ni….

Leave a Reply

Powered by WordPress & Theme by Anders Norén