1. For some reason or another, its very hard to get an authoritative information about Manila prior to my visit. I was confused on whether Manila and Metro Manila is the same and whether Makati is in Manila or Manila is in Makati.

2. I know that Manila is big, bigger than Kuala Lumpur, but no information are easily available that allow me to arrive in Manila with confidence on where to go and what to do.

3. Makati is one of the big cities that make up Metro Manila or Manila (its the same). Supaya mudah faham, anda bolehlah imagine Ampang as Makati dan Kuala Lumpur as Manila. Cuma, dari segi saiznya Makati tu seperti 5 kali saiz Ampang. Jadi tak hairanlah memang susah nak cari maklumat yang tepat dan boleh dipakai.

4. However that does not deter me from going through with the plan to explore Manila last weekend. On arrival at Clarke Field, there are a few mode of transporation I could choose to go to Makati or Manila. There are buses, jeepneys (local version of tuk-tuk) and taxis.

5. Dari maklumat terhad yang saya ada, saya tahu yang ada bas yang pergi ke Makati dari lapangan terbang tersebut. Jadi saya membuat keputusan untuk menaiki bas lah (nasib baik). Dan hendak dijadikan cerita, ada 3 syarikat bas yang boleh dipilih. Semuanya mengatakan mereka akan ke Manila.

Tetapi dalam tiga syarikat tersebut, hanya ada satu yang menulis di papan tanda mereka pergi ke Makati. Even, syarikat bas yang mengaku “bas Air Asia” pun tidak pergi ke Makati.

Saya serba salah tidak tahu hendak percaya yang mana. Saya hampir pasti “bas Air Asia” tersebut cuma gimik sahaja dan bukan bas Air Asia (memang bukan pun).

Lebih menimbulkan perasaan was-was, saya tidak tahu di mana stesen bas-bas ini akan berhenti! Dalam kepala saya, saya sedar yang saiz Manila ni mungkin sebesar Jakarta. Jadi walaupun mereka pergi ke bandar tersebut, mungkin hotel kami di hujung lain bandar tersebut. Mati kami disembelih oleh teksi nanti jika jauh.

6. Memandangkan kami telah membuat booking hotel lebih awal di Makati, maka kami pun menaiki syarikat bas yang pergi ke Makati tadi.

7. Overall orang Filipina baik, mesra dan sangat membantu. Walaupun mereka tidaklah sehebat tahap orang Thailand. English mereka memang sangat cemerlang walaupun cuma bekerja sebagai seorang driver.

8. Di Filipina, jurang ekonomi di antara orang miskin dan orang kayanya sangat jauh. Orang kaya, kaya raya manakala orang miskin papa kedana. Bayangkan di celah-celah bangunan cantik dan kawasan perumahan elit wujud penempatan yang lebih daif dari setinggan.

9. Di kawasan bandar juga terdapat ramai “homeless” yang bertebaran dengan aktiviti masing-masing.

10. Kebetulan kawasan hotel yang kami duduki mempunyai banyak restoran Arab. Jadi berbuka puasa dan mencari makanan halal tiada masalah. Kami berbuka setiap hari dengan air zam zam lagi! 🙂  Cuma, untuk bersahur kami terpaksa bungkus dan makan di bilik. Lagipun di bilik kami memang ada microwave.

11. Pada hari kedua, saya mengikuti Manila City “tour” yang saya rasakan sangat berbaloi. Tour yang turut disertai oleh beberapa orang pelancong lain itu memberi saya banyak informasi authoritatif mengenai Manila yang saya cari-cari.

12. Saya berkesempatan untuk melawat Intramurous, kota tertua di Filipina. (ala-ala A. Famosa di Melaka). Namun apa yang berbezanya adalah ia bukan 100% tourist attraction. Orang masih hidup seperti biasa di dalam kota tersebut. Ada banyak sekolah, kedai dan pejabat. Kereta juga masih boleh masuk.

Saya juga buat pertama kalinya memasuki beberapa gereja besar dan tua di dalam kota ini. Gereja-gereja ini juga masih digunakan. Salah sebuah dari gereja ini turut telah digazetkan sebagai World Heritage Site.

13. Di samping itu kami juga melawat Fort Santiago dan makam Jose Rizal. Jose Rizal adalah seorang pejuang rakyat Filipina berbangsa Melayu. Beliau diibaratkan sebagai Gandhi untuk negaranya. Saya masih ingat pertama kali membaca mengenai Jose Rizal ketika darjah 4 dahulu dalam buku Bahasa Melayu. Entah kenapa pertama kali membacanya saya rasa ada sesuatu yang membuatkan saya tertarik kepada perjuangan beliau. Saya cuba mencari material atau buku mengenai beliau untuk saya bawa balik dan baca, tetapi kecewa. Tak banyak yang ada. Saya rasa maklumat di Wikipedia lebih definitif.

14. Fort Santiago pula adalah sebuah kota yang asalnya adalah kota kayu Raja Sulaiman di tepi sungai sebelum ditakluk Sepanyol. Sepanyol juga telah menukarkan kota tersebut kepada kota batu. Ia kemudiannya diserahkan kepada Amerika sebelum ditakluk oleh Japan dan dijadikan pusat pemerintahannya.

Kesan-kesan peluru dan letupan bom masih boleh dilihat di tembok kubu ini.

15. Saya juga berpeluang ke memorial perang dunia kedua. Dengan kata lainnya, ia sebenarnya adalah tanah perkuburan tentera yang terkorban ketika perang tersebut. Kerana ia dibiayai oleh Amerika Syarikat, sejarah yang tercatat di dinding-dinding memorial tersebut bias kepada Amerika. Dan ia adalah satu dari beberapa memorial perang di seluruh dunia yang dibiayai oleh Amerika.

Oleh sebab ia dibiayai oleh Amerika, rupa setiap memorial ini adalah sama. Sama seperti yang sering anda lihat di dalam filem-filem Amerika. Tour guide kami memberitahu, even rumputnya di bawa dari Amerika (rumput karpet).

Jadi memang ada ketikanya rasa macam di Amerika lah ketika di memorial tersebut. hehe… 🙂

16. All in all, it is quite an enjoyable trip. Kalau ada 2-3 hari lagi mungkin saya mahu spend masa melawat Gunung Pinatubo dan pergi ke puncaknya (ada tour) dan mendalami lebih lanjut sejarah World War 2.

Pictures as usual di bahagian About Me > Photos  ! 🙂

Sabri