Minggu depan saya telah berjanji dengan Sabriza untuk mengendalikan sesi kerjaya di sekolah tempat beliau bertugas secara percuma (percuma pun tak tepat, saya pula kena bayar tiket kapal terbang sendiri). Tetapi tak apalah sebab saya katakan kepada beliau, dari bayaran yang tak setimpal, lebih baiklah saya cakap percuma. Sekurang-kurangnya saya boleh bercakap dengan bebas apa yang saya nak sampaikan dan tak tertakluk kepada protokol atau guidelines sekolah.

Dan memang saya ada banyak bendak hendak dikongsikan dengan pelajar. Banyak benda mengenai kehidupan yang saya nak sampai dan kongsikan.

Tetapi saya sedar yang benda-benda ini tidak boleh dipaksa. Saya tak boleh “download” kan semua benda dalam otak saya ini kepada pelajar-pelajar itu nanti sebab nanti information overload. Sesi tersebut tidak akan efektif. Untuk sesi tersebut efektif, saya perlu sampaikan dengan ringkas tetapi penuh impak.

Jadi saya pun mula berfikir dan muhasabah diri semula. Apa 3 point penting yang saya nak kongsi dengan pelajar (sesi 5 jam).

3 point, 5 jam. Lebih dari cukup masa tu sebenarnya.

Tapi itulah target saya. Saya tidak mahu sekadar kuantiti, tetapi kualiti yang penting. Saya mengeluarkan duit saya sendiri untuk bersama mereka, saya semestinya mahu melihat pelaburan saya memberi hasil yang membanggakan.

Dan walaupun saya selalu bercakap di hadapan ramai, tetapi saya sudah lama tidak bercakap dengan pelajar sekolah rupanya. Saya pun mulalah mencari bahan kawan-kawan penulis saya untuk saya jadikan sebagai contoh dan rujukan.

Dan biasalah terbabaslah kepada video-video motivasi. Terjumpa dengan sebuah lagu bertajuk, “Anugerah Dari Kegagalan” nyanyian Dato’ Shake.

Anugerah Dari Kegagalan

Tapi di sebalik
Semua kepahitan
Tersembunyi
Oh keinsafan
Dan pengertian
Yang amat dalam

Terbukti kegagalan
Bukanlah kehancuran
Dengan anugerah
Nikmat dan hikmat
Kehidupan

Aku pelajari
Mengenali diri
Dan siapa kita
Yang sebenarnya
Di bumi Tuhan.

Saya terkesima. WoW.

Saya bersyukur, sedikit sebanyak diri saya hari ini lebih baik sedikit dari diri saya beberapa tahun lepas. Saya harap ia dapat berterusan.

Walaupun Anugerah dari Kegagalan ini perjalanannya lebih mencabar sedikit, tetapi anugerahnya tetap manis. Jangan terlalu menangisi dan berputus asa dengan perjalanan yang payah sehingga kita lupa meraikan anugerahnya.

Ya Allah, kurniakanlah aku Anugerah Dari Kejayaan pula dengan sebanyak-banyaknya.

 

Sabri