Hujung minggu lepas salah satu cita-cita saya sejak sekian lama telah tertunai. Saya telah berpindah ke “bachelor pad” (rumah bujang) mengikut spesifikasi saya sendiri. Jadi sepanjang 3 hari cuti hujung minggu saya dibantu Ummar berpindah dan menyusun bachelor pad ini.

Lokasi:

Berdekatan dengan LRT, Jusco dan juga masjid (5 minit jika berjalan perlahan).

Kemudahan:

2 unit penghawa dingin, microwave oven dan mesin basuh. Divan dan tilam gred hotel. Di lengkapi dengan kabinet dinding. Jadi saya ada satu almari untuk seluar sahaja, satu almari untuk baju berjalan-jalan sahaja dan satu almari untuk baju kemeja office sahaja. Rasa macam dalam movie! :p Saya tak sangka saya ada banyak baju sebab selama ini selalu rotate baju yang sama sahaja. Bila dah asingkan baru saya tahu. 🙂

Berlantai marmar putih, mengingatkan saya pada Masjidil Haram.

Saya juga mempunya bilik bacaan sendiri sekarang. Satu rak buku non-fiction BM, satu rak buku non-fiction BI, satu rak buku non-fiction BI-marketing, satu rak buku “Malaysia” +fiction BI dan satu rak modul-modul kursus+fiksyen BM.

Conclusion:

Alhamdulillah! This is my dream comes true! 🙂