Lift Off adalah siri muhasabah tahunan yang saya lakukan di blog ini. Berbeza dengan artikel-artikel “a year in review” yang lain saya juga akan berkongsi perancangan saya pada tahun hadapan berdasarkan apa yang telah dicapai tahun ini. Lift Off akan mengandungi banyak siri. Sesungguhnya terlalu banyak aspek yang ingin saya kupas, ulas dan kongsi. Oleh sebab itu saya membahagikannya kepada beberapa siri.

Anda boleh merujuk kepada Lift Off 2011 di sini: Bahagian 1, Bahagian 2.

Seperti yang saya selalu ulangi, setahun adalah amat panjang sebenarnya. Jika di UK, ada 4 musim yang sangat berbeza silih berganti dalam setahun. Begitu juga hidup manusia. One change, changes everything.

Tetapi tahun 2011 saya sudah mentally prepared untuk menghadapi perubahan-perubahan tersebut. Tahun ini ada satu perubahan yang sangat signifikan berlaku.

Saya bukan lagi cuma sekadar setahun lebih matang, dewasa dan berpengalaman berbanding ketika ini tahun lepas. Tetapi saya dapat katakan yang saya adalah seorang manusia yang berbeza. Dari segi tabiat dan pemikiran. Enough of pre-amble, let discuss what a year 2011 has been:

  1. Saya berjaya membaca 59 buah buku + beberapa buah buku lagi yang saya akan habiskan pada bulan December
  2. Saya telah melawat 3 buah negara baru
  3. Transaksi pembelian rumah saya telah selesai, saya kini telah menjadi tuan rumah dan mempunyai penyewa! 🙂
  4. Saya berpeluang untuk mengerjakan Umrah pada bulan Mac 2011
  5. Saya berjaya mengubah sebahagian tabiat dalam diri saya ke arah yang lebih baik dengan signifikan
  6. Saya mendapat kesemua Wish List saya, dan saya telah update Wish List baru. 🙂

Apa yang saya gagal capai tahun ini:

  1. Saya tidak berjogging sekurang-kurangnya 24 kali
  2. Saya tidak berjaya menulis sebuah buku pun
  3. Tahun 2011 adalah tahun untuk saya fokus kepada spiritual dan health, tetapi akhirnya cuma berjaya fokus kepada spiritual sahaja. Walaupun good enough, tetapi saya sedar yang saya perlu memperbaiki cara hidup ke arah yang lebih sihat sementara masih muda ini.
Untuk tahun 2012, saya bercadang untuk membina atas asas yang telah diletakkan pada tahun ini.

Self Development

Saya mahu maintain segala yang baik yang terjadi tahun ini, dan meningkatkan momentum dalam hidup ini. Saya menyedari yang banyak masalah di dunia ini sebenarnya boleh diatasi dengan mudah jika kita kembali kepadaNya.
Untuk tahun 2012, saya mahu hidup sebagai seorang mukmin profesional sebenar. Berjaya di dunia dan tinggi darjat taqwa di sisi Allah. Saya berazam untuk menjadi contoh bahawa Islam tidak menghalang gaya hidup berprestasi tinggi, sebaliknya membantu sebagai “enabler” dan sebagai support system yang kuat kepada seorang profesional.
Untuk mencapai tahap tersebut, sebagai inisiatif tambahan saya akan:
  1.  Menambah 2 orang mentor yang dapat saya ikuti buah fikirannya (dengan cara bertemu muka/ menghadiri seminar, mengikuti & membaca blog/membaca buku-bukunya) dan dapat saya jadikan contoh dalam menjalani kehidupan sebagai seorang mukmin profesional.
  2. Walaupun tahun ini saya jangka saya dapat menghabiskan sekitar 60 buah buku, tetapi saya tidak mahu membaca sekadar untuk kuantiti. Apa yang lebih penting adalah ilmu yang saya “retain” dari pembacaan tersebut. Jadi untuk tahun 2012, target saya adalah untuk membaca 52 buah buku. Semoga banyak buku-buku menarik dan bermanfaat yang senang dan seronok untuk di baca diterbitkan pada tahun hadapan.
  3. Memulakan pengajian peringkat Sarjana secara part time. Maintain CGPA tidak kurang dari 3.00.

Personal

Biar saya berterus-terang sahaja. Sebenarnya antara salah satu target saya, tetapi saya tidak beritahu secara jelas dalam siri Lift Off 2011 adalah saya mahu berkahwin pada tahun ini. (Bila saya maksudkan fleksibiliti dan sebagainya itu, maksud saya adalah saya sedar yang jika saya berkahwin sudah semestinya perancangan tahun 2011 itu akan berubah dan saya sanggup menghadapi perubahan tersebut. Berkahwin adalah prioriti utama).
Tetapi nampaknya sehingga Disember 2011, saya masih belum juga berkahwin. :p
Jadi tak tercapailah target ini. Fail.
Jadi untuk 2012, saya nyatakan secara terang-terang, saya bercadang untuk mendirikan rumah tangga tahun depan, 2012.
Sebenarnya, ia bukanlah perkara yang mudah. Komplikated. Banyak perkara yang perlu saya uruskan secara peribadi on top of segala-gala persiapan kahwin yang sememangnya banyak perlu diaturkan itu. This will be a challenge tetapi setahun itu panjang. Macam-macam boleh terjadi. Jadi saya berdoa dan saya optimis yang Allah akan permudahkan segala-galanya.
Keduanya, dalam aspek personal saya mahu blog ini di update sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Untuk itu saya telah memulakan jadual penulisan di mana setiap Isnin dan Khamis, blog ini akan di update dengan post-post baru. Jadi tidak akan ada period di mana blog ini senyap sahaja. Setiap Isnin dan Khamis (cuma masanya berbeza-beza), insya Allah selagi saya berupaya, post baru akan ditulis.
Ketiga, saya bercadang untuk menghasilkan sekurang-kurangnya 12 video seperti dalam post sebelum ini untuk di upload di You Tube.

Health

Malu sebenarnya untuk saya menulis bahagian ini. Tetapi saya tuliskan juga. Ada banyak benda yang boleh saya perbaiki dalam aspek ini.
  1. Saya mahu teruskan dengan tabiat, jika dihidangkan minuman tanpa gula, saya tidak akan menambah gula sendiri. Saya akan minum pahit-pahit macam itulah.
  2. Saya mahu makan sayur/buah sekurang-kurangnya satu portion setiap hari
  3. Saya mahu amalkan makan oat sekurang-kurangnya 5 kali seminggu
  4. Saya mahu kurangkan makan daging merah kepada maksimum 3 kali seminggu

Perniagaan

Saya mahu memulakan sebuah perniagaan di Kuantan dengan Sabriza. Saya telah identify apakah perniagaan tersebut dan gambaran kasarnya. Saya expect perniagaan ini akan bermula pada suku ketiga/keempat 2012 untuk memberi peluang kepada Sabriza settle down dengan tugasan harian sebagai guru dan juga peluang kepada saya untuk mengumpulkan modal.

 

Namun begitu, saya sedar juga yang dengan target saya untuk berkahwin pada 2012 dan melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana, mungkin objektif ini sukar untuk dicapai. Namun ia tetap sesuatu yang saya ingin lakukan (walaupun saya lebih ingin kahwin dari memulakan satu lagi perniagaan baru). Saya hanya mampu berdoa semoga Allah membantu saya mencapai kedua-duanya.

Travel

Secara tidak sengaja sebenarnya saya berjaya melawat 3 buah negara baru tahun ini. Pengalaman mengerjakan Umrah adalah yang terbaik. Sedikit-sebanyak saya tidak lagi begitu ghairah untuk ke tempat-tempat lain. Saya telah jatuh cinta dengan Tanah Suci dan kalau boleh saya mahu ke sana selalu. Namun saya terbaca fatwa yang tidak bagus sebenarnya mengerjakan Umrah banyak kali (sunat) sedangkan jihad ekonomi (wajib) adalah lebih perlu.

Saya tidak ada cadangan untuk ke negara-negara baru untuk tahun ini, kecuali honeymoon (jika ada). Jika saya pergi sekali pun, saya jangka adalah ke negara yang telah saya lawati sebelum ini. Cuma having said that, saya rasa amat perlu untuk ke Phuket sekali lagi untuk menempah kemeja dan seluar kerja. Baju-baju kerja saya sudah lama dan sale-sale yang diadakan di Malaysia adalah untuk kemeja-kemeja yang adik saya kata memang baju style saya (dengan kata lain boring).

Kesimpulan

Saya rasa apa yang saya outlinekan kali ini adalah paling transparent yang pernah saya lakukan. Dan benar-benar “scare me a bit, excite me a lot”. It will not be easy, but I try to have fun and enjoy the journey. Even if I accomplish half of the things I said I would, I will be a better man. But I don’t plan to settle for mere half.

 

Saya berdoa agar 2012 menjadi tahun yang jauh lebih hebat dari tahun-tahun yang telah saya lalui “combined”, dan semoga Allah memudahkan perjalanan hidup saya tahun hadapan.

 

Sabri