Ketika saya di sekolah dahulu, kami sering diberitahu agar membaca surat khabar dan menonton berita jika boleh setiap hari. Dan disebabkan oleh ayah membeli akhbar setiap hari, saya juga membacanya setiap hari. Buletin Utama pula adalah siaran berita yang saya tidak pernah miss. Lagipun kami hanya dibenarkan menonton berita di televisyen ketika hari sekolah. Jadi sudah tentu kami tidak lepaskan peluang tersebut bukan. 🙂

Noted juga dua perkara penting yang telah surat khabar dan siaran berita sumbangkan dalam hidup saya:

  1. Membantu penguasaan Bahasa Inggeris saya (Akhbar Star)
  2. Menjadikan saya agak well read dengan info serta maklumat yang pelbagai.

Ketika di MindValley, saya mendengar satu presentation mengenai betapa media hari ini merosakkan minda masyarakat. Betapa berita negatif disensasikan, dan berita-berita tanpa ilmu disajikan kepada pembaca dan penonton. Saya mengenali beberapa orang tokoh yang purposely tidak menonton televisyen atau membaca akhbar. Mereka ada televisyen (cuma dipasang kepada DVD) dan bergantung kepada internet untuk keperluan berita mereka. Dan tidak ada kekurangan kepada pengetahuan am mereka. Mereka bukan sahaja boleh berbual mengenai kegawatan ekonomi, tetapi mereka boleh menjelaskan kenapa kegawatan ekonomi terjadi.

Walaupun ketika kecil kita sering diberitahu bahawa kita perlu menonton berita dan membaca surat khabar supaya kita tahu perkembangan semasa (boleh menulis dengan baik, boleh score dalam temuduga dsbnya), saya rasa mungkin kenyataan tersebut sudah tidak relevan lagi pada masa sekarang.

Sejak tingkatan empat saya amat jarang menonton televisyen dan berita (tapi saya tetap menonton DVD). Dan sejak setahun lepas saya jarang membaca surat khabar dengan details kecuali sekali sekala di hari Sabtu saya membeli The Star ataupun The Edge. Dan saya purposely membeli akhbar The Star pada hari Sabtu kerana ia lebih tebal (ada section Biz Week) dan ada artikel-artikel yang seminggu pun saya tak habis baca.

Jika pada bila-bila masa saya curious mengenai sesuatu kejadian, saya akan mendapatkan maklumatnya dari internet. Hampir semua akhbar menyiarkan keratan artikel mereka online sekarang ini.

Tetapi dengan tidak membaca akhbar, saya tidaklah terdedah dengan berita kemalangan, toyol, rogol, culik, rasuah, harga naik, konspirasi, artis kahwin, artis cerai dan sebagainya setiap hari berulang-ulang. Cara saya berfikir juga lebih objektif dan tidak dipengaruhi sangat oleh penulisan akhbar tersebut.

Memang saya tidaklah tahu segala-galanya, saya tidak tahu di mana kejadian rogol yang terbaru terjadi. Saya tidak tahu siapa yang bersumpah, siapa yang mati dan di mana kemalangan melibatkan berbelas-belas kereta terjadi sebaik sahaja ia terjadi.

Tetapi saya tetap in the loop jika ada berita-berita penting dan yang lebih utama, saya faham secara objektif isu tersebut:

  1. Saya tahu cukai kerajaan akan dikenakan kepada pembelian topup telefon. Saya tahu apa hujah kerajaan dan saya faham kenapa pengguna marah.
  2. Saya tahu penyimbah asid/jenayah sedang berleluasa ketika ini. Kita perlu berhati-hati dalam kehidupan seharian.
  3. Saya tahu sekarang kecoh mengenai interpretasi sejarah Malaysia. Siapa pejuang kemerdekaan sebenar?

Background information yang membentuk pendapat saya datang dari buku-buku yang saya baca. Namun isu-isu besar seperti di atas yang diperkatakan secara berulang-ulang akhirnya akan datang kepada saya. Tetapi saya tidak terdedah kepada hype atau kesensasian berita tersebut kerana ketika saya aware tentang sesuatu itu biasanya ia sudah anti klimaks dan tone down. Tidak ada lagi kenyataan-kenyataan sensasi dari sesiapa untuk merumitkan suasana. Biasanya kedua-dua pihak telah menyuarakan pendapat masing-masing. Lebih tenang untuk saya membuat konklusi sendiri.

Setelah bertahun-tahun tanpa menonton berita secara tetap dan setahun tidak membaca akhbar secara tetap, saya tidak rasakan ada kekurangan dalam ilmu pengetahuan am saya. Saya rasa saya tetap boleh berbual mengenai apa sahaja dengan sesiapa sahaja. My friends can testify to that.

Jadi masih relevankah akhbar dan siaran berita?

 

Sabri

p/s: Sedikit anekdot personal. Mungkin ini kelihatan seperti over-dramatik tetapi ini pengalaman benar saya.

Jika saya membeli surat khabar, saya akan beli The Star sahaja. Jika tidak ada sangat-sangat baru saya beli NST. Utusan Malaysia dan Berita Harian memang minta maaf saya tak akan beli. Kalau bagi free pun (waktu naik flight) saya tak ambil. Biar tiada surat khabar dari baca Utusan dan Berita Harian.

Awal tahun ini saya cuba baca kembali. Housemate saya tabiatnya membeli Utusan setiap Ahad. Beliau kata dulu ayahnya buat begitu jadi bila dia dah tua ini, habit baca Utusan hari Ahad tu dah melekat. Saya cuba membacanya. Sungguh saya katakan, saya baru baca satu muka tetapi saya sudah rasa jadi bodoh. Terasa pening kepala, berita tersebut tidak dapat diterima oleh akal fikiran saya. Kenapa?

Entahlah, saya tidak tahu. Mungkin gaya penulisan? Mungkin sudut pandangan berita tersebut? I don’t know.

Saya juga kadang-kadang ada menonton berita sekejap-sekejap. Saya notice sekarang berita sekarang telah jadi seperti Majalah 3 zaman ketika saya kecil-kecil dahulu. Saya notice ada segmen ala-ala Kampus Niaga yang menceritakan mengenai Hari Keusahawanan di sebuah IPTA? Hello…

Saya rasa mahasiswa IPT sepatutnya menyumbangkan sesuatu seperti Facebook (entiti business yang dimulakan oleh Pelajar Harvard) ataupun sekurang-kurangnya seperti di sini

Perniagaan di Pesta Konvokesyen atau di Minggu Keusahawanan Kampus saya rasa kurang layak untuk ditunjukkan dalam Buletin Utama melainkan ia ada nilai berita.

Tak rugi kot jika rakyat Malaysia tidak diberitahu mengenai aktiviti-aktiviti kampus yang saya rasa sebenarnya adalah setaraf Hari Kantin sekolah, tetapi cuma dalam skala lebih besar dan grand.

Rakyat negara lain, khususnya golongan muda mereka sedang dipersiapkan untuk menjadi pemimpin industri, pemimpin dunia, apakah persiapan kita untuk golongan muda hari ini? Benar di negara lain ada banyak golongan muda yang lalai juga, tetapi golongan yang berpotensi turut diketengahkan sama. Bagaimana nasib Malaysia 30 tahun akan datang?

Personally, I’m scared.