Jadi lelaki ini payah.

No, I am not complaining. Just nak cerita. 🙂

Ada banyak benda yang lelaki di “expect” untuk tahu. It goes without saying. Seperti, tahu tukar tayar kereta, tahu bawa motor, tahu bawa kereta manual, tahu main futsal, boleh angkat barang, boleh baiki kereta, boleh baiki paip, boleh jadi imam, kena pandai buka durian, kena boleh hidupkan unggun api time camping (bersuara macam Ramli Sarip, badan ketul-ketul macam Malek Noor, kalau bersukan kena ada gaya, kalau pakai spek mata hitam kena nampak macam model, kalau berjogging tak boleh berjalan) the list tu virtually endless.

Yang lecehnya, tak ada kelas yang ajar lelaki untuk buat semua tu. Dan benda-benda “macho” seperti ini bukannya benda yang berlaku tiap-tiap hari sampai kita boleh practice dan dapat buat supaya nampak macam effortless. Benda ni terjadi once in a blue moon, dan ketika terjadi itu seseorang lelaki itu di expect dapat menghadapinya dengan macho.

Ada orang boleh mengelak perkara-perkara ini. Tetapi bagi seorang teruna trang-tang-tang, teruk sangatlah kalau asyik mengelak. Tak gentleman pulak kalau tinggalkan team terkapai-kapai. Lagipun yang penting sporting dan semangat tu yang penting. 🙂

Tetapi pakar-pakar motivasi di luar sana, note this. Semangat can only carry you so far. Without skills and know how, you will be found wanting. 🙂

A reminder to self: Banyak benda kena practice buat nih! 🙂