Hari ini hari guru. Saya berbelah bahagi untuk menulis post ini. Tetapi saya rasa whatever I felt towards any “teacher” at this moment, I should not let that hinder me from recording my utmost appreciation and sincere gratefulness for these awesome teachers in life. Teachers whom I will remember for all my life for their huge contribution. Saya bermula dari darjah satu sehingga tingkatan lima ya dan merakamkan perkara yang paling saya ingat mengenai cikgu tersebut.

Darjah Satu:

1) Cikgu Nurul Huda- Satu salah spelling (BI) atau congak (Math), 5 kali rotan di tangan. Bila kami dah kebal, rotan belakang tapak tangan pula.

2) Ustazah Fatimah- A family friend, pergi ke sekolah naik kereta ustazah Fatimah sehingga orang ingat saya anak ustazah.

Darjah Dua:

1) Cikgu Zalikha- First time dapat nombor satu. hehe… :p ¬†Waktu saya darjah satu, emak bawak saya jumpa Cikgu Zalikha tepi van cikgu sambil cubit sebab dapat 85 dalam English, bukan 100% (waktu tu Cikgu Zalikha tak mengajar saya lagi).

2) Miss Kok- Satu-satunya cikgu garang yang masuk dalam list cikgu yang saya paling ingat. hehe… Phrase kegemaran beliau adalah, “Stupid Boy!”. Satu hari, beliau memanggil saya “Silly Boy”. Dalam hati saya, saya sangat gembira sangat3x. Itu kali pertama beliau tidak menggunakan perkataan “Stupid Boy” apabila marah. Saya tersenyum sepanjang hari, saya ingat sebab dia tahu saya pandai sebab itu tidak panggil saya “Stupid Boy”. Saya kata kepada kawan sebelah, “nasib baik dia tidak panggil Stupid Boy”.

Ketika saya darjah empat, saya masih teringat kejadian tersebut dengan jelas. Ketika itu kali pertama saya ada kamus Inggeris-Inggeris. Jadi saya tengok balik kamus tu, apa maksud “Silly”.

Adoiii! Terasa bodohnya saya ketika itu! Silly=Stupid. :p

Mungkin memang saya deserve gelaran tersebut kot, darjah dua kena marah darjah empat baru tahu maksud apa yang cikgu cakap! :p haha… slow betul.

Darjah Tiga:

Cikgu Nooraini- Selalu puji saya baik. Selalu puji saya depan kelas. Dapat hadiah coklat Van Hauten sebab saya baik. Kali pertama saya jadi “Teacher’s Pet”. :p

Cikgu Omar- Siapa yang tidak hafal sifir kena cium dinding toilet. Kerana itu saya berjaya hafal sifir sebelum bulan 4 darjah tiga. (Ummairah belum lancar hafal sifir sehingga darjah 6). Saya rasa kalau Cikgu Omar yang ajar saya pengamiran dan pembezaan, sudah pasti saya akan jadi Pakar Matematik. Apabila cikgu Omar mengajar, kelas-kelas sebelah pun automatik akan diam. Cikgu Omar ada “aura” cikgu-cikgu zaman dulu.

Darjah Empat:

Cikgu Aida- Cikgu pertama yang introduce saya dengan kerajinan. Kalau ada perkataan Cikgu Cemerlang atau Cikgu Hebat sepanjang zaman, gambar Cikgu Aida pasti ada di sana. Beliau mengatakan kepada ibu saya yang saya pasif. Beliau menjadikan saya Pengawas Perpustakaan. Saya selalu tolong mengecop buku perpustakaan pada hari Sabtu. Menjadi antara sekumpulan pelajar elit Cikgu Aida-semuanya pengawas perpustakaan (tetapi tidak cukup comel untuk jadi Teacher’s Pet). Hanya kami yang boleh ponteng perhimpunan dengan alasan mahu mengemop perpustakaan (tetapi sebenarnya main kejar-kejar dengan mop).

Beliau terlalu banyak memberikan saya keyakinan yang saya boleh bersaing secara kompetitif.

Darjah Lima:

Cikgu Yong- Cikgu yang sangat penyabar dan berdedikasi. Beliau mengajar saya membuat ayat Bahasa Inggeris bermula dengan ayat 3 perkataan, 4 perkataan, 5 perkataan dan seterusnya. Kalau tidak kerana Cikgu Yong, memang saya akan berterusan ambil masa 2 tahun untuk tahu maksud satu-satu perkataan Inggeris.

Darjah Enam:

Cikgu Shamala-Cikgu yang bertanggungjawab meneruskan asas yang Cikgu Yong mulakan. Beliau memperkenalkan semula kepada saya Present Tense, Past Tense, beza verb dan noun dan lain-lain.

to be continued dengan Cikgu Sekolah Menengah pula (sudah tidak tenteram untuk menulis).