Saya selalu berkongsi mengenai tips-tips dan petua bagaimana menghadapi dan menyelesaikan masalah. Saya harap anda mendapat manfaat darinya dengan mengaplikasikannya dalam hidup anda. 🙂

Tetapi bagaimana pula jika anda menghadapi masalah yang tidak dapat diselesaikan? How to react when you are facing that type of situation? Publicly?

This article might be of interest to you then. Read on.

Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman saya di”tembak” di depan ramai orang. Ia jarang berlaku kepada saya. I rate myself as a pretty competent speaker dan bersilat, berbahas tepis-menepis adalah satu perkara yang tidak asing buat saya. I can do it pretty well.

Tetapi tadi sedikit berbeza. Sudah lama saya tidak ditembak bertubi-tubi tanpa berpeluang membela diri.

Bila kita bertanding, ada pengadil dan ada peraturan. Kalah dan menang berdasarkan peraturan tersebut.

Tetapi bila kita membuat pembentangan, tidak ada written rules. Acapkali siapa yang suaranya lebih lantang, siapa yang lebih garang, siapa yang lebih keras kepala, dia yang akan dilihat sebagai “menang”.

Jadi bagaimana jika anda berada di pihak yang benar tetapi tidak sekeras kepala pihak yang menembak anda?

Takkanlah anda perlu kalah. Tidak begitu?

Pertama, mari kita bersyukur mengenai apa yang telah berlaku.

  • Saya bersyukur tiada serangan peribadi.
  • Saya bersyukur penyerang tersebut memang dikenali ramai dengan perangainya yang sebegitu.
  • Saya bersyukur ditembak secara berkumpulan dan dalam kumpulan saya ada mereka yang kompeten juga.
  • Saya bersyukur beliau kelihatan seperti mempunyai dendam tak sudah terhadap kami kerana menembak dengan terlalu ganas tanpa belas kasihan. Kami bukan setakat di tembak, malah dicincang lumat juga. At least orang yang melihat akan berasa kasihan. 🙂
  • Saya bersyukur juga pembentangan itu bukan dilakukan oleh saya seorang. Jadi terkorban pun terkorban beramai-ramai.

Untuk berkongsi apa yang terjadi, kami membuat sesi penerangan mengenai satu prosedur yang baru diluluskan. Prosedur tersebut telah melalui pelbagai peringkat saringan dan review sebelum diluluskan. Sesi penerangan setelah sesuatu prosedur diluluskan adalah aktiviti biasa. Ia dilakukan untuk memastikan semua pegawai aware mengenai prosedur baru tersebut dan mengikutinya.

Saya sebenarnya sudah anticipate ABC123 (bukan nama sebenar) akan menimbulkan masalah. Tetapi saya tidak sangka beliau akan melumat-lumatkan kami secara umum. Paling-paling pun saya menjangka ABC123 akan menghantar emel yang panjang dengan soalan-soalan beliau. Saya acknowledge beliau sebagai seorang yang detail oriented, tetapi bukannya seorang yang berdendam.

Lagi-lagi pula beliau sebenarnya sebahagian dari kami dulu. Tugas beliau dahulu adalah tugas saya sekarang. Saya sangka paling tidak pun beliau akan bersikap gentleman kerana faham tidak mudah melakukan apa yang perlu kami lakukan.

Walaupun begitu saya tetap mengambil precaution. ABC123 saya slotkan dalam sesi kedua pada hari ini. Sesi pertama dilakukan Selasa lepas dengan khalayak normal. Cadangan saya, jika ada masalah ia akan timbul ketika Sesi Satu dan sempat diperbaiki sebelum sesi kedua apabila kami berhadapan dengan ABC123.

Sesi pertama berlangsung dengan sangat-sangat lancar. Semua persoalan berjaya dijawab dan penerangan mantap. Ia memberi keyakinan kepada kami untuk sesi kedua.

Kami anticipate sedikit problem, but nothing like what had just happened.

Dan tadi ABC123 bertubi-tubi bertanya. Mujur ada pengurus-pengurus di kalangan khalayak yang membantu mempertahankan kami. Sungguh sebenarnya saya tidak sangka corak serangan tersebut. Biasanya sebelum ini, ABC123 bertanya untuk kebaikan semua. Soalan beliau adalah soalan meminta penjelasan yang akan membantu memberi kefahaman kepada semua. tetapi tadi seolah-olahnya beliau memang sengaja mencari salah kami. Orang lain tidak ada peluang bertanya dan jika ada yang bertanya sekalipun kerana telah diconfusekan oleh ABC123.

Beliau bertanya satu demi satu, dan memerangkap kami dengan soalan (soalan dalam soalan yang berturut dengan soalan seterusnya).

Dalam keadaan tersebut, ini yang saya lakukan:

  • Senyum seolah-olah anda tidak terjejas oleh serangan tadi. Anggap ia perkara biasa.
  • Berjenaka. Ubah keadaan yang tension tersebut kepada keadaan yang santai (selepas beberapa ketika ia akan jadi tegang balik, tetapi santaikan semula).
  • Differentiate between the good and evil. Make sure people know you are on the good side.

Pelik saya sebenarnya. Jika seseorang yang berstatus lebih tinggi menembak anak buahnya, itu perkara lumrah yang boleh diterima. Biasalah tu. Tetapi jika seseorang yang sama taraf menembak tanpa belas ihsan sesama sendiri, pelik. Bukankah ada cara untuk kita membuat clarification, ada platform untuk memberi feedback.

Jika kita menutup aib orang, Tuhan akan menutup aib kita.

Ya Allah, jika apa yang terjadi tadi adalah balasan atas kesilapan-kesilapan aku sebelum ini. Aku redha Ya Allah. Terima kasih dan aku bersyukur kerana kau uji aku dengan sesuatu yang aku boleh tanggung. Walaupun pedih dan pahit, sekurang-kurangnya ia sesuatu yang tidak membahayakan aku. Namun jika ada lagi dosaku yang tersisa, ilhamkanlah kepadaku dengan cara yang terbaik, cara yang terlembut supaya aku dapat berubah, tidak mengulanginya lagi dan agar ia menjadi kafarah kepada dosaku sebelum ini. Janganlah kau uji aku dengan ujian seperti ini ataupun ujian yang lebih hebat darinya lagi Ya Allah.