Sabri.me, Inside Out

A-Type Geek, All Around Family Man

Month: May 2012

Ustaz Don Daniyal

Pertama kali saya mendengar mengenai Ustaz Don adalah ketika seorang rakan saya menyebut mengenai jenis-jenis ustaz yang disukainya. (Saya lambat menerima siaran TV Al-Hijrah). Saya agak pelik, tambahan pula rakan saya itu tidak menambahkan keyakinan saya (kerana beliau hanya suka satu jenis ustaz).

Beberapa hari kemudian saya bertanyakan adik saya. Dia tahukah siapa Ustaz Don? Kenapa nama dia Don?

Adik saya pun minat juga dengan Ustaz Don rupanya. Dan nama dia Don bukan sebab nama glamour, tetapi memang dalam surat beranak, Don. Saya pun mencarilah video-video Ustaz Don di Internet. Okay, saya faham kenapa ramai orang suka. Saya pun suka juga.

Tetapi dalam agama ni kita kena berhati-hati. Kita tak boleh terlalu taksub kepada seorang manusia, lagi-lagi taksub yang berlandaskan nafsu (walaupun mulut kita mungkin cakap gurau sahaja, tetapi kita yang lebih tahu hati kita. Dan nafsu bukan satu jenis sahaja. Suka tengok orang yang comel-comel sahaja pun nafsu juga). Sebab manusia cuma makhluk. Lagi-lagi jika sebab seseorang itu sudahlah macho, masih bujang dan ustaz pula tu. Sebab tipu daya syaitan tu tak mengenal siapa, baik ustaz mahupun orang biasa.

Saya kagum dengan Ustaz Don. Budi bahasa dan perkataannya luhur dan jujur. Terutamanya bila bercerita mengenai hubungan ibu-bapa dan anak-anak.

Saya ingin share video ini di sini dan fahami apa yang beliau ingin sampaikan. Semoga kita mendapat manfaatnya.

 


 

Saya respect ustaz!:)

 

Sabri

 

Mid Year Self Audit

Sedar tak sedar, hampir setengah dari tahun 2012 telah berlalu. Sebentar tadi ketika mahu mengemaskini ruangan Reading List saya, saya dapati yang rupa-rupanya saya baru membaca 11 buah buku tahun ini! Ini sesuatu yang amat teruk sekali. Kadar purata yang jauh tersasar dari kebiasaan saya.

Saya semak kembali Lift Off Tahun 2012 untuk melihat pencapaian saya tahun ini dibandingkan dengan azam saya.

Kritikal!

Kesibukan amat menghambat saya. Permulaan yang baik dengan mengemaskini blog ini 2 kali seminggu juga gagal saya pertahankan. Banyak perkara yang perlu diuruskan, terutama dalam masa sebulan dua ini.

Namun ia bukan alasan. Ada sinar di hujung jalan.

Buat masa sekarang, saya perlu kurangkan berkata-kata, fokus dan execute! Berikan saya masa 2 bulan, insya Allah saya ada rancangan untuk merebut kembali nikmat masa lapang yang semakin hilang! 🙂

 

Sabri

Powered by WordPress & Theme by Anders Norén