1. Hari ini genap 2 bulan saya telah bergelar suami. Alhamdulillah, sudah semestinya ia kehidupan yang lebih baik dan lebih teratur dari sewaktu bujang. At least sekurang-kurangnya saya sudah boleh tidur lena tanpa masalah (Rahsia Diari Bujang: Saya sebenarnya sukar nak melelapkan mata kalau tidur seorang sahaja di rumah, sebab tu saya suka jika adik-adik saya datang ke KL. The knowledge yang ada orang lain kat dalam rumah tu buat saya rasa lega sikit untuk tutup mata. Bukan takut, cuma lebih lega dan lapang fikiran.. hehe).

2. Tetapi ya, kami masih dalam proses mengenali antara satu sama lain. Nasib baik isteri saya seorang yang dengar kata. So, boleh berbincang.

3. Insya Allah, salah satu goal saya pada awal tahun ini akan ter-realisasi September ini. News coming soon.

4. Saya risau sedikit mengenai keadaan ekonomi negara. Berita semalam mengatakan kredit rating Malaysia bakal didowngradekan jika tidak ada langkah drastik meninggikan pendapatan negara dan mengurangkan kebergantungan kepada hasil petroleum.

Dan dengan tindakan kerajaan yang berbelanja sewenang-wenangnya kebelakangan ini, saya sangat risau ekonomi negara akan menjadi tenat. Hutang negara meningkat dua kali ganda sejak 2007! Yang paling saya takut, inflasi.

Inflasi ini dalam layman term nya, semua orang ada duit (banyak). Tetapi harga barang naik lagi banyak sampai sebenarnya kuasa beli kita sama sahaja waktu duit sikit dulu. Angka duit dalam tangan bertambah, tapi kuasa beli tidak.

Kita sebenarnya telah pun mengalami situasi ini. Inflasi yang sedikit adalah bagus, tetapi dengan mendadaknya kenaikan harga barang dalam beberapa tahun kebelakangan ini, saya khuatir ia akan menjadi tidak terkawal.

Sempenan bulan Ramadhan ini, saya berdoa kepada Allah semoga Dia memberi hidayah petunjuk kepada pemimpin-pemimpin negara kita untuk memajukan Malaysia dengan selamat, atau jika ia tidak berlaku, memberi “miracle” kepada Malaysia supaya rakyat kita boleh survive tanpa banyak mudarat dalam ketidak tentuan ekonomi ini.

5. 8 orang pemain badminton (4 China, 2 South Korea dan 2 Indonesia) disingkirkan dari Sukan Olympic kerana bertanding dan tidak mahu menang. Mula-mula saya pelik, tetapi lepas saya tengok video diorang main, patut pun! Melampau amat. Serve pun lebih 10 kali tersangkut kat jaring. Team China tu paling teruk. Banyak kali lepas serve kena jaring or shuttle keluar, libas-libas raket pulak. Macam raket yang salah. Memang tak pandai berlakon betul. Macam cuba membodohkan penonton. Kok ye pun nak berlakon kalah, buat ler mulia sikit…

Nota: Ini adalah artikel neutral. Saya tidak menulis untuk menyokong mana-mana pihak. Jika masalah ekonomi melanda, satu Malaysia akan terkena tempiasnya.