Pertama kali saya mendengar mengenai Ustaz Don adalah ketika seorang rakan saya menyebut mengenai jenis-jenis ustaz yang disukainya. (Saya lambat menerima siaran TV Al-Hijrah). Saya agak pelik, tambahan pula rakan saya itu tidak menambahkan keyakinan saya (kerana beliau hanya suka satu jenis ustaz).

Beberapa hari kemudian saya bertanyakan adik saya. Dia tahukah siapa Ustaz Don? Kenapa nama dia Don?

Adik saya pun minat juga dengan Ustaz Don rupanya. Dan nama dia Don bukan sebab nama glamour, tetapi memang dalam surat beranak, Don. Saya pun mencarilah video-video Ustaz Don di Internet. Okay, saya faham kenapa ramai orang suka. Saya pun suka juga.

Tetapi dalam agama ni kita kena berhati-hati. Kita tak boleh terlalu taksub kepada seorang manusia, lagi-lagi taksub yang berlandaskan nafsu (walaupun mulut kita mungkin cakap gurau sahaja, tetapi kita yang lebih tahu hati kita. Dan nafsu bukan satu jenis sahaja. Suka tengok orang yang comel-comel sahaja pun nafsu juga). Sebab manusia cuma makhluk. Lagi-lagi jika sebab seseorang itu sudahlah macho, masih bujang dan ustaz pula tu. Sebab tipu daya syaitan tu tak mengenal siapa, baik ustaz mahupun orang biasa.

Saya kagum dengan Ustaz Don. Budi bahasa dan perkataannya luhur dan jujur. Terutamanya bila bercerita mengenai hubungan ibu-bapa dan anak-anak.

Saya ingin share video ini di sini dan fahami apa yang beliau ingin sampaikan. Semoga kita mendapat manfaatnya.

 


 

Saya respect ustaz!:)

 

Sabri