Jika dalam bahagian 1, saya telah berkongsi satu tips mudah tetapi mesti dilakukan untuk mengawal belanja majlis kahwin, dalam bahagian 2 ini saya akan berkongsi tiga lagi tips ringkas yang perlu dilakukan untuk memastikan anda tidak sengsara di kemudian hari.

Kita kena ingat, antara punca utama perceraian adalah masalah kewangan! Jadi jangan abaikan kepentingan merancang bajet majlis kahwin.

Sentiasa Berkomunikasi Dengan Pasangan

Anda mesti memastikan anda dan pasangan tiada masalah komunikasi.Berterus-teranglah mengenai expectation anda dan secara kasar mengenai bajet perkahwinan yang perlu dikeluarkan. Ini perlu dibuat bersama-sama agar kedua-dua pihak tahu dan menyumbang pendapat mengenai perkara yang perlu dibelanjakan untuk berkahwin. Selepas itu, pastikan bahawa kedua-dua pihak berpuas hati dan perbincangan tersebut tidak didominasi oleh sebelah pihak sahaja supaya tiada perasaan tidak puas hati dan tidak ada perkara berbangkit selepas perkahwinan.Perbincangan ini penting supaya perbelanjaan dapat dikawal dan pembaziran dapat dielakkan.

Prioritikan Perbelanjaan

Jika anda mempunyai belanjawan atau duit belanja yang terhad, seeloknya pastikan bahawa anda benar-benar memperuntukkan wang anda itu kepada benda-benda yang betul-betul mustahak sahaja seperti khemah perkahwinan, katering, peralatan majlis kahwin dan juga jemputan walimatul urus. Ini semua lebih utama jika dibandingkan dengan hiasan tambahan untuk pelamin bersanding,photographer, muzik dan sebagainya. Pilihan yang tepat mestilah dibuat agar bajet perkahwinan anda tidak melebihi daripada yang sepatutnya.

Bandingkan Harga Supplier

Sebelum anda menempah sebarang perkhidmatan atau produk untuk majlis bahagian anda, bandingkan terlebih dahulu harga yang ditawarkan daripada beberapa supplier. Pastikan terlebih dahulu kualiti perkhidmatan dan apa sebenarnya yang mereka tawarkan. Tidak mengejutkan ada supplier yang menawarkan harga murah dengan mengurangkan perkara yang diberikan. Contohnya, ada katerer yang memberikan harga murah tetapi tidak menyertakan pinggan mangkuk yang sepatutnya ada di dalam pakej.

Tanyalah kepada kawan-kawan atau keluarga yang pernah menggunakan perkhidmatan supplier tersebut untuk menentukan kualiti perkhidmatan mereka. Pastikan juga yang harga yang ditawarkan masih dalam had perbelanjaan majlis impian anda.Jika pakej atau harga yang diberikan mahal dan wang belanja yang ada tidak mencukupi, prioritikan apa yang penting terlebih dahulu supaya bajet anda masih on-track.

Simpan semua resit bayaran untuk memastikan tidak ada supplier yang dibayar melebihi apa yang telah dipersetujui (jika deposit dan lump sum di bayar pada waktu berbeza).

Diharapkan ada sesuatu yang anda dapat take away dari perkongsian ini.

Adakah anda melakukan kesilapan-kesilapan yang biasa dilakukan oleh bakal pengantin seperti dijelaskan dalam mini-ebook PERCUMA ini? Klik di sini untuk check.

Terima kasih

 

Sabri

p/s: Nantikan artikel esok (Bahagian 3), di mana saya akan berkongsi pula beberapa anggaran bajet berdasarkan senario.