Bercerita mengenai perkahwinan, pasti semua kita mempunyai niat untuk berkahwin. Namun, tidak ramai yang benar-benar merancang perkahwinan walaupun ia adalah salah satu faktor amelancarkan majlis perkahwinan dan urusan berkahwin itu sendiri.

Untuk memudahkan proses merealitikan majlis impian bakal pengantin, mulai hari ini untuk selama sebulan saya akan berkongsi sedikit sebanyak apa yang saya tahu dan bagaimana anda dapat menjadikan hari bahagia anda satu memori indah untuk seumur hidup pada harga bajet.

Bahagian 1: Merancang Belanjawan Perkahwinan

Wang yang cukup akan membantu melancarkan perjalanan perkahwinan. Hari ini semuanya memerlukan wang.Sebenarnya untuk berkahwin tidak ada bajet minimum yang diperlukan.Dengan bajet berapa-berapa sekalipun anda boleh berkahwin. Cuma, amat penting untuk pengantin berkadar dan ukur baju di badan sendiri. Jika bajet anda sedikit, rancanglah perkahwinan yang sederhana tetapi tetap meriah. Jika bajet anda lebih besar, buatlah seperti mana yang anda inginkan. Yang penting saiz dan persediaan majlis sepadan dengan bajet, barulah ia lancar.

tunang-kahwin

Merancang majlis dengan menyediakan bajet yang secukupnya dalam perkahwinan bakal memudahkan kerja anda. Jadi, ini mesti dibuat.

Merancang belanjawan perkahwinan amat penting agar anda dan pasangan tidak menghadapi masalah duit atau dikejar hutang selepas berkahwin. Jangan terlalu terikut-terikut dengan trend semasa dan tertekan untuk menganjurkan majlis kahwin besar-besaran.

Perkara asas yang perlu anda lakukan adalah:

Letakkan sasaran perbelanjaan atau jumlah bajet yang anda boleh tanggung (mampu).

Target ini penting untuk anda maklum dan perlu diletakkan awal-awal agar bajet perkahwinan tidak melebihi sasaran atau belanja yang telah anda tetapkan berdasarkan kemampuan anda. Tanpa meletakkan target besar awal, anda akan cenderung untuk berbelanja melebihi kemampuan. Ini disebabkan selain dari perbelanjaan besar seperti mas kahwin, hantaran, katering dan sebagainya, ada banyak perbelanjaan kecil-kecil yang jika tidak di kawal akan menyebabkan anda menanggung jumlah belanja kahwin yang besar sehingga menyebabkan aliran wang tunai anda tercekik.

Esok dalam bahagian 2, saya akan berkongsi mengenai beberapa tips lagi yang anda boleh amalkan dalam mengawal perbelanjaan perkahwinan.

Manakala lusa dalam bahagian 3, saya akan berkongsi sedikit anggaran perbelanjaan majlis kahwin dan jenis-jenis majlis yang anda boleh adakan berdasarkan bajet anda.

Terima kasih

Sabri

p/s:┬áSementara itu, anda boleh download sebuah ebook PERCUMAmengenai “7 Kesilapan Yang Biasa Dilakukan Bakal Pengantin Dalam Merancang Bajet Perkahwinan“. Ebook tersebut boleh dimuat-turun secara percuma di sini dengan klik link ini (Klik Di Sini Untuk Download)