Sambutan hari guru baru sahaja berlalu untuk tahun ini. Kebetulan saya ter-tonton Majalah 3 beberapa hari lepas mengenai betapa berdedikasinya sekumpulan guru di Sabah, saya ingin menyambung kembali post saya yang tertangguh sudah hampir 3 tahun. Ini post asal mengenai cikgu-cikgu sekolah rendah saya. Saya akan menyambung dengan cikgu-cikgu sekolah menengah saya. Ini adalah satu penghormatan saya kepada guru-guru yang membentuk dan menjadikan saya seperti saya yang hari ini.

Tingkatan 1

Cikgu Agnes

Cikgu Matematik saya. Setiap hari, confirm 40 soalan matematik dari buku teks diberikan. Jika kita tidak cukup masa untuk jawab soalan periksa, bermaksud kita kurang latihan. Jadi kena buat lebih banyak latihan. Itu mantra beliau. Beliau memastikan saya tidak tercicir dalam matematik. Walaupun saya tidak berapa terror dalam matematik, tetapi dengan latihan demi latihan yang beliau berikan, saya tidak tertinggal. Saya sentiasa dapat B, tetapi tidak pernah C atau D dengan beliau.

Tingkatan 2

Cikgu Rumaini

Cikgu BM saya. Ketika itu saya suka buat karangan berbaur politik. Sekali beliau tanda. Kali kedua beliau tak tanda. Bila kenang-kenang balik, apalah aku time tu. Tapi tak apa lah. Orang muda, darah memang panas tak bertempat. Terima kasih cikgu sebab bersabar dengan saya. Waktu ni saya secara tidak langsung sering didedahkan dengan cara mencari isi karangan dan mengulas isu semasa. Satu kelebihan yang saya bawa ketika menyertai pasukan debat di tingkatan menengah atas.

Tingkatan 3

Cikgu Lim

Jika ada cikgu yang paling saya terhutang budi, pasti ia adalah Cikgu Lim. “Mrs Lim” adalah nama yang kami panggil, tetapi itu adalah surname suaminya. Saya terlupa maiden name beliau, kalau tak salah saya bermula dengan “How”. Beliau mengajar saya matematik. Cikgu Agnes mengajar saya di tingkatan 1 dan 2, dan saya akui beliau cikgu yang bagus. Ramai pelajar lain meningkat di bawah tunjuk ajar beliau. Saya sendiri dapat rasakan yang asas matematik saya ada, tetapi memang tidak cukup bagus untuk dapat A. Matematik saya ketika itu adalah matematik hafalan semata-mata. Saya tak boleh selesaikan soalan dengan kemahiran berfikir.

Cikgu Lim mengubah segala-galanya. Saya tak tahu bagaimana beliau buat. Tetapi dengan Cikgu Lim saya tidak pernah tidak dapat A. Saya paling ingat ketika beliau mengajar kami isipadu. Beliau bawa sebuah kon dan silinder. Beliau isi air dalam silinder tersebut dan tunjukkan kepada kami, air di dalam silinder tersebut dapat memenuhi kon dengan tiga kali isian.

Itu adalah detik “wow” untuk saya. Itu kali pertama saya nampak dan faham sebenar-benarnya konsep isipadu dan formula-formula matematik lain yang selama ini saya hafal sahaja. Dan saya yakin jika dia tak buat macam tu, sampai bila-bila saya akan buta matematik (sebab saya tak dapat “feel” formula-formula tersebut. Jika saya tak lihat sendiri air dalam silinder itu boleh memenuhi kon sebanyak tiga kali, saya tak akan dapat terima formula matematik yang mengatakan segitiga kon adalah satu pertiga isipadu silinder. Saya memang tak boleh terima, sebab saya tak dapat imagine)

Cikgu Mahdi

Cikgu Mahdi cikgu sejarah merangkap cikgu kelas saya. Cara beliau mengajar adalah dengan bercerita. Cerita-cerita beliau mengenai sejarah banyak menimbulkan minat saya terhadap sejarah.

Ketika di SABS untuk tingkatan 1-3, tidak banyak memori yang saya simpan. Semuanya gara-gara kegagalan saya mendapat 5A dalam UPSR. Ketika di sekolah rendah, saya dan kawan-kawan semuanya bercita-cita untuk ke asrama penuh. Tetapi bukan sahaja saya tidak dapat ke asrama penuh, 5A pun tak dapat. Zaman di SABS adalah zaman struggle. Zaman saya sukarela belajar rajin-rajin dan betul-betul belajar.

Ketika di Tingkatan 4 dan 5, itu adalah masa saya menyerlahkan diri saya. Saya menjadi seorang “Sabri” yang lain. Jika ketika di menengah rendah saya tidak dikenali dan jika dikenali pun cuma dikenali sebagai seorang yang sangat pendiam, di SEMASHUR saya jadi sangat berbeza.

SABS adalah bekas sekolah aliran Inggeris satu ketika dulu. Jadi pelajarnya pelbagai kaum. Dalam kelas saya sendiri di Tingkatan 2 dan 3, hanya ada kurang dari 14 orang pelajar Melayu. jumlah pelajar 40). Berbeza di SEMASHUR di mana majoriti pelajar 99% adalah Melayu.

Cuma ketika itu saya mesti noted yang SABS sebenarnya memberikan saya asas yang kuat yang membenarkan saya capai apa yang saya capai ketika di SEMASHUR. Kalau tak kerana asas dan keyakinan diri yang terbina di SABS, pasti saya tidak survive di SEMASHUR. Ketika di SABS, saya diajar dan ditunjukkan mengenai apa yang baik untuk hidup ini. Di SEMASHUR, saya diuji sepenuhnya. In that respect, thank you SABS.

Di SEMASHUR, saya bermula dengan bagitahu diri saya sendiri tidak ada siapa yang kenal saya di sini. Ibaratnya saya baru lepas tekan butang reset dalam hidup. Saya buat keputusan yang saya nak jadi lain.

Tingkatan Empat

Sir Sophian

Cikgu pertama yang memberi saya peluang dan kepercayaan dengan tanggungjawab. Dan sehingga hari ini saya rasa, saya telah gagal membalas kepercayaan beliau. Cuma dari kesilapan itu saya belajar. Beliau melantik saya menjadi ketua editor majalah sekolah yang pertama. Di SABS, majalah tahun ini dapat tahun depan. Manalah saya tahu yang di KL dan Selangor ketika itu, majalah tahun ini dapat tahun ini juga. Nak dijadikan cerita, semua fail untuk majalah sekolah yang disimpan di makmal komputer telah terpadam kerana komputer di format. Jadi macam mana?

Ending dia tak teruk sangat, walaupun saya still malu dengan diri saya sendiri. Akhirnya majalah sekolah siap juga. Saya sentiasa anggap yang ini adalah satu-satunya kegagalan yang menghantui saya untuk beberapa tahun. Ini juga menjadi sebab kenapa saya nak jadi penulis buku. Sebab saya perlu membuktikan diri saya dan keluar dari kegagalan tersebut. Alhamdulillah, hari ini jika saya kena jadi editor majalah sekali lagi, saya tahu apa yang perlu dilakukan.

I learned a lot from Sir Sophian. Karismanya memang menyerlah. Pertama kali saya jumpa orang handsome, tough dan penyabar. Sebelum tu anggapan saya semua orang handsome ni kerek.

Beliau mengajar saya yang, you don’t have to be perfect in order to be useful to others. Dan kehidupan beliau sendiri adalah testimoni kepada mantra tersebut. Walau apa pun yang orang kata kepada beliau, saya tetap respect beliau.

Cikgu Zahid

Pengetua SEMASHUR yang pertama. Beliau tidak kenal saya, tetapi beliau juga meninggalkan legasi dalam hidup saya.

Pertama, beliau jurulatih bola tampar yang bagus. Saya memang bukan jenis orang yang pandai bersukan. Tetapi ketika itu sebab pengetua yang ajar main bola tampar, ramai lah yang bermain bola tampar petang-petang di asrama. Termasuklah saya. Kerana beliau, sampai sekarang saya boleh serve bola tampar dengan bergaya dan bolehlah cari makan dengan serve jika bermain bola tampar dengan kawan pejabat.

Tetapi malangnya, beliau bertukar dalam bulan April/May macam tu. Program latihan belum sempat sampai macam mana nak ambil bola. Baru belajar serve. Sebab itulah saya cuma pandai serve tapi tak pandai angkat bola dalam volleyball. Atas sebab signifikan sungguh jasa Cikgu Zahid, mengajar saya satu teknik sukan kepada orang yang langsung tak ada bakat sukan, saya ingat sampai sekarang jasa beliau.

Cikgu Nik

Cikgu Nik adalah cikgu kelas saya. Saya ketua kelas. Saya dari latar belakang persekolahan pelbagai bangsa ketika di SABS. Saya rasa cikgu Nik pun macam tu juga. Di SEMASHUR, saya culture shock. Saya sesungguhnya tak pernah tahu dan alami ada sekolah di tempat lain yang lelaki duduk di depan dan perempuan duduk di belakang. (Di SABS kami duduk berselang-selang dan ada juga sebelah-menyebelah, tanpa ada benda pelik-pelik terjadi pun. Malah ada kalanya “budak nakal” di suruh duduk sebelah perempuan sebagai hukuman)

Dan ketika itu ada di kalangan rakan sekelas saya yang agak vokal ala-ala Isma sekarang. Pernah cikgu Nik menangis kerana tidak tahan dengan kedegilan dan keringanan mulut rakan sekelas saya. Sebahagian pelajar lelaki mahu semua lelaki duduk di barisan depan dan perempuan di belakang. Pelajar perempuan pula berkata mereka mahu duduk di depan juga. Mereka tak mahu rombak kedudukan. Adalah sebulan dua kami berada di dalam “stalemate”. Jika tidak salah saya, kelas kami adalah kelas terakhir dalam kedudukan macam tu. Semua kelas lain dan dirombak seperti yang diingini pelajar lelaki.

Akhirnya, kedudukan kelas kami dirombak. Tetapi saya berjaya mencapai win-win. Kelas ada 3 baris meja (macam dalam wide body aircraft). Barisan tepi, pelajar perempuan. Barisan tengah pelajar lelaki. Ada pelajar lelaki yang masih tidak bersetuju, tetapi saya enforcekan juga.

Saya dikatakan ketika itu kena “queen control” oleh pelajar perempuan. Tetapi sebenarnya saya memang tidak bersetuju dengan cadangan pelajar lelaki ketika itu. Tetapi untuk mengelakkan suasana tidak harmoni dan supaya tidak dipulaukan di asrama, saya selalu menggunakan alasan yang saya tak dapat buat apa-apa. Pelajar perempuan cakap benda yang betul. Saya tak boleh paksa mereka. Hence, the impression yang saya ikut telunjuk perempuan.

Itu adalah kali pertama saya terjebak dalam permainan politik.

Kali terakhir saya jumpa Cikgu Nik di Alpha Angle Wangsa Maju tahun 2013. Memang berbeza beliau di tahun pertama beliau mengajar dengan sekarang. Ketika itu, anak beliau hilang ketika shopping, mula-mula jumpa saya tegur. Lepas tu saya dan wife terus shopping. Selang dalam 20 minit, kami terserempak semula. Beliau tanya, ada nampak tak anak beliau. Saya dah cuak, saya turut sama tolong cari. Tapi beliau cool sahaja anak beliau hilang. Cikgu Nik yang saya kenali ketika tingkatan empat dulu mungkin akan mencari sambil menangis (wife saya kata, mungkin sebab ini bukan kali pertama anak beliau lari di shopping complex kot).

Cikgu Saipuddin

Cikgu BM saya. Beliau kali pertama memberikan saya peluang untuk ke Istana Budaya. Saya masih ingat saya pergi menonton Teater Tanggang. Saya terkesima dengan kecanggihan Istana Budaya. Babak kapal Tanggang dilanda ribut dan menjadi batu sangat real. Bayangkan! Beliau banyak mengajar saya supaya ada inisiatif sendiri. Jangan tunggu cikgu.

Cikgu Shamsuddin

Cikgu Sejarah saya. Beliau juga mengajar Sejarah dengan bercerita seperti Cikgu Mahdi. Saya suka belajar sejarah di SEMASHUR. Masa untuk saya relax. Dengar cerita sahaja.

Di SEMASHUR juga saya berpeluang untuk mengenali cikgu-cikgu saya dengan lebih dekat (sebab sekolah di asrama). Bayangkan setelah hampir 12 tahun, Cikgu Sam kini menjadi guru Ummairah dan rakan sejawat Kak Ana di SMAP Bentong (Kak Ana mengajar di sekolah yang sama Ummairah belajar).

Satu yang pelik di sekolah Ummairah ini, jika streaming kelas dilakukan secara rawak (bermaksud ada pelajar dengan nama yang bermula dari huruf A-Z dalam sesebuah kelas, di sekolah Ummairah ini streaming dilakukan mengikut huruf pertama dalam nama pelajar). Bermaksud di kelas pertama, semua pelajar yang namanya bermula dengan A ada di situ, dan tiada langsung pelajar yang nama bermula dengan Z di situ.

Susunan ini juga menjadi aturan untuk homeroom.

Bila saya dengar sahaja macam tu, terus saya kata, ini mesti idea Cikgu Sam. Itu memang finger print Cikgu Sam. Benda yang mudah, jangan disusah-susahkan. Ikut sistem, insya Allah jadilah. Itu mantra beliau.

Dan selepas saya check dengan Kak Ana, memang betul. Ia idea Cikgu Sam.

Cikgu Aisyah

Cikgu Aisyah adalah cikgu debat saya. Beliau banyak menyumbang idea dan melayan kami macam diva. (kalau menang, nak KFC, nak coklat, nak air kota, nak cikedis-saya orang susah, parents duduk jauh, takde “stok” makanan di asrama. Parents saya tak pernah membekalkan saya dengan air kotak seperti rakan-rakan saya yang lain, jadi memang dengan cikgu Aisyah lah saya “pow” makanan-makanan mewah ni)

Saya rasa yang paling penting, beliau memberikan saya kepercayaan untuk develop idea dan hujah untuk bahas. Isi-isi untuk bahas, kebanyakannya dari idea saya. Beliau jarang memperkecilkan idea saya. Yang bagusnya, beliau selalu “test” untuk lihat kami yakin atau tidak. Jika kami yakin, okaylah hujah tu. Jika kami macam tak yakin beliau akan suruh cari hujah lain. Satu skill yang sangat bermanfaat digunakan waktu zaman bekerja ni, bila keyakinan menjadi kayu ukur kebenaran. 🙂

Cikgu Zarul

Cikgu bahas saya dengan idea gila-gila. Beliau memberi peluang kami untuk mencuba sesuatu yang diluar kotak (menggunakan bahasa Tamil ketika berbahas, berlakon babak Anakku Sazali, belakar taktik psiko pasukan lawan) dengan menggunakan nama beliau. Jika ditanya kenapa buat macam tu, “Cikgu Zarul yang ajar”…

Memang sempoi.

Yang saya paling ingat quotenya, “Orang lain masuk universiti dapat satu atau paling banyak dua, saya dapat tiga. Saya dapat degree, dapat paku (beliau Palapes) dan dapat isteri”.

Quote satu lagi yang saya tak tahan dengar, minggu pertama beliau masuk universiti beliau demam. Minggu kedua, abang beliau belikan motor. Sebab demam, berjalan kaki dari asrama ke kampus. Kenapa tak naik bas? Tak macholah lelaki naik bas.

Hehe… beliau mengajar saya yang lelaki, kena jadi lelaki.

Banyak cikgu-cikgu saya di sekolah menengah ni rupa-rupanya. Setengah pun belum habis lagi. Akan bersambung… (hopefully, tidak perlu tunggu 3 tahun lagi lah)