Sabri.me, Inside Out

A-Type Geek, All Around Family Man

Month: December 2014

Lift Off 2015: Annual Audit

Lift Off adalah siri muhasabah tahunan yang saya lakukan di blog ini. Anda boleh melihat Lift Off 2014Lift Off 2013 (tak lengkap) , Lift Off 2012 , 2011 dan 2010 yang saya pernah saya catatkan di blog ini.

2014 Under Review

2014 secara keseluruhannya dari segi “numbers” adalah tahun yang sangat cemerlang untuk saya. Tahun di mana banyak stretch target yang saya letakkan berjaya dipenuhi. Saya sangat bersyukur atas kejayaan ini.

Namun, mengharungi 2014 bukanlah sesuatu yang mudah. Saya tidak rasakan “aura kejayaan” tersebut ketika mengharungi 2014. It’s a struggle. Biasanya (at least pada saya), bila saya buat sesuatu tu, saya dah dapat rasakan hasilnya. Jika apa yang saya kerjakan itu akan berjaya, biasanya saya rasa macam berjalan di atas air. I feel happy and I am crushing it. Tetapi, 2014 ia berbeza.

Apabila saya review kembali tahun ini dan hasilnya, saya sendiri terkejut. Pleasantly surprised of course. Mungkin ini satu cara Tuhan memberi ganjaran dan kegembiraan setelah setahun berhempas pulas.

Tema 2014 adalah “Transformasi Sistematik”.

Transformasi berlaku sedikit, tetapi tidak mencapai the “ultimate goal” yang saya letakkan. Sebenarnya pada tahun lepas, target saya adalah untuk bertukar kareer pada tahun 2014. It doesn’t happen. Saya cuma dapat hadiah saguhati, saya akan bertukar “tempat kerja” instead. More on that later. 🙂

Let see what I have achieved in 2014!

1. Saya telah berjaya membaca 35 buah buku!
(trend peningkatan, melebihi tahun 2013 dan 2012)

2. Saya telah berjaya menamatkan pengajian MBA saya dengan cemerlang!

Screen Shot 2014-12-25 at 9.07.35 PM

3. Saya sekali lagi telah diberi penghargaan atas prestasi cemerlang di tempat kerja
(kali ke empat berturut-turut)

4. Saya telah berjaya membawa isteri saya bercuti ke empat destinasi (Kota Kinabalu, Myanmar, Krabi, Miri)
(*Trip ke Jepun pada 31 December-11 January akan di claim pada audit tahun hadapan.
**Pencapaian 4 kali di mana 3 daripadanya tidak pernah beliau pergi ini lebih dari target, iaitu 3 kali dengan 2 daripadanya tempat yang belum pernah beliau lawati. )

5. Saya telah berjaya menjual hartanah pertama saya dan mengembangkan hasilnya supaya mencecah RM 100,000
(melebihi target 2014)

6. Saya telah berjaya membesarkan kek saham saya kepada RM 50,000
(melebihi target 2014)

7. Realised profit dari pelaburan saham saya pada 2014 adalah sebanyak RM 3,947. Satu jumlah yang sepatutnya lebih besar, namun dengan kejatuhan pasaran saham bermula October lepas, saya tetap bersyukur dengan apa yang dicapai.

8. I enjoyed the best vacation I have ever had in Krabi, this year. Syawal tahun ini, saya, wife, Kak Ana & Ummar (kebetulan dia on summer holiday) pergi ke Krabi and we had a blast! We had almost the entire resort to ourselves. 🙂

Apa yang saya gagal lakukan pada tahun 2014?

Saya gagal bertukar kerjaya!

Saya gagal maintain work-life-balance yang sihat.

Saya katakan pada audit tahunan yang tahun 2014 adalah tahun untuk saya menyusun kembali prioriti hidup saya, namun saya gagal. Tahun 2014 adalah tahun di mana prioriti dalam kehidupan saya jadi bersimpang siur. Kerjaya menjadi raksasa yang memakan lebih banyak masa dan ruang fikiran yang sepatutnya. Mujur juga pengajian saya tamat pada bulan Julai lepas. Jadi pada hujung minggu saya ada lebih masa untuk diluangkan bersama isteri dan keluarga. But, I am not satisfied and it’s not good enough. I need to do better in 2015.

2015, What a Year It Will Be?

Tema untuk 2015 adalah “Tahun Pembinaan”

In 2014 KL, I am a spent force. I am tired. I am exhausted. I have nothing else to offer or add value to the city and its people. There are too much negativity around me in this city.

Kepenatan inilah punca saya ingin bertukar kerjaya atau sekurang-kurangnya bertukar persekitaran. Dan saya bersyukur permintaan saya untuk bertukar ke Kerteh di terima. Saya tidak dapat bayangkan menghadapi tahun depan di KL. Sekurang-kurangnya dengan suasana baru di Kerteh, it will be a welcome break.

Dan dengan tempat baru, saya ingin memulakan kembali proses “pembinaan”. To get to know new people, establish new relationships, learn new things, establish new routines, etc. One thing that I would like to work on in 2015 is definitely my work-life balance.

Career

1. Now that I have completed my MBA, I must write at least one book in 2015. MUST. This is my big rock for the year.

Personal Development

1. Getting a Ph.D is always on my mind. It is not a question of whether or not I will do it, but more of “when”? So in 2015, I am making it a year to prepare and get ready to embark on my Ph.D adventure. What does it mean? It means that by end 2015, I should have a firm topic and preferably a Ph.D proposal in hand. Come 2016, with external funding or not, I will start my Ph.D.

Travel

1. I enjoy travelling very much. And I like to bring my wife to see new places, to see new sights, to experience new foods, etc. It broadens the mind. Namun, selepas berjaya menamatkan perjalanan melawat kesemua 10 buah negara ASEAN tahun ini, all the low hanging fruits are gone. Jadi untuk tahun 2015, target saya adalah untuk membawa isteri saya bercuti sekurang-kurangnya dua kali. Sekali ke tempat yang beliau belum pergi, dan sekali ke tempat yang beliau sudah pernah pergi.

Health

1. Health as an item, is back on the table. Next year I will be thirty. It’s scary. And it’s no denying that 30-ish will different from 20-ish health wise. Your body is less agile, and basically I can’t continue living and eating like I did when I am 20-ish when I am 30-ish.

This year, I manage to go at least 3 months with very minimum intake of sweet drinks. Tahun 2015, target saya adalah jika minum air manis, maksimum sekali sehari. Dan kurangkan garam. Especially nachos, Lays and Ruffles.

Kesimpulan

Saya ingin jadikan tahun 2015 sebagai tahun untuk saya menyusun kembali kehidupan, membina tapak-tapak kehidupan baru di Kerteh, mengulangi tahun-tahun awal kehidupan saya di Kuala Lumpur dahulu. Tapak yang kukuh yang dibina pada ketika itu telah membolehkan saya hidup dan kerja macam orang gila setahun dua tahun ini tanpa breakdown.

I don’t wish to repeat 2014 again, but I reckoned the preparation and the formative years will be useful for the future. A rocket need a launch pad, so am I. So help me God. 🙂

Banjir Melanda Pantai Timur (Lagi!)

Tahun ini (2014) banjir yang melanda Kuantan, spesifiknya rumah saya di Permatang Badak tidak seteruk tahun 2013. Alhamdulillah.
Namun, di sesetengah tempat seperti Kuala Krai- Kelantan, banjir tahun ini yang paling dasyat. Pernah mengalami dan melalui pengalaman begitu, saya amat bersimpati dengan apa yang terjadi. Sesungguhnya, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Apa yang dilihat oleh pemerhati luar, dan apa yang dialami oleh mangsa banjir, tidak sama. Saya masih teringat perasaan pada tahun lepas ketika mencari emak dan ayah saya di pusat pemindahan banjir yang terputus hubungan darat (selepas mengharung air di paras pinggang), traumanya tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Membumikan.
Post-post di social media, ada yang betul dan ada yang tidak betul. Yang pasti, mangsa-mangsa banjir di sana memang memerlukan bantuan kita. Bantuan dalam pelbagai bentuk, terutamanya tenaga.
Saya embedkan bersama post saya pada tahun lepas (2013), yang masih relevan saya kira setengahnya untuk perhatian kita.

Beli Saham dan Beli Tali Pinggang

Hujung minggu lepas, saya ke Melaka sekejap untuk urusan logistik peribadi. Saya ambil kesempatan tersebut untuk bermalam di Swiss Garden @ The Shore. Sebuah hotel baru yang dari luarnya nampak gah.

Sebagai sebuah hotel yang baru, peralatannya not bad. Cuma selepas tinggal di Imperial @ MIri selama 2 minggu, banyak lagi yang perlu mereka lakukan. Anyway, petang Sabtu saya berjalanlah di The Shore, pusat membeli-belah di bawah hotel tersebut.

Ada beberapa kedai yang baru di buka dan mengadakan jualan sempena Krismas. Saya pun ambil kesempatanlah untuk membelek beberapa barangan. Antaranya tali pinggang.

Tali pinggang yang okay pada harga yang turut okay, susah untuk dicari (atau saya malas nak mencari). Setiap kali saya survey di Jusco Alpha Angle, walaupun selalu sale harganya ketika sale ataupun tidak sale mesti di antara RM49.90 sehingga RM 79.90 (yang saya belilah. Yang lebih mahal pun ada).

Dan pengalaman saya membeli tali pinggang, kebanyakkan tali pinggang dalam range harga tersebut, jangka hayatnya cuma dalam 6 bulan macam tu. Selepas itu ia akan mula menunjukkan simptom wear and tear. Kecuali satu tali pinggang yang saya beli di Miri, beberapa bulan lepas. Masih belum menunjukkan tanda-tanda akan rosak.

Di sini saya lihat, tali pinggang dari jenis yang saya beli di Miri dulu ada diskaun. Harganya cuma RM 41 selepas diskaun. Terus saya beli satu. Kemudian di sebelahnya saya lihat ada lagi beberapa jenis tali pinggang yang selepas ditolak diskaun cuma RM 30 satu. Kualiti buatannya kurang sedikit dari tali pinggang RM 41 tadi, tetapi jika dibandingkan dengan harga di KL yang saya selalu beli untuk kualiti yang sama, RM 30 boleh dikira murahlah. Terus saya beli dua.

Jadi secara totalnya, saya beli 3 tali pinggang, securing the supply of tali pinggang untuk at least setahun setengah (ayat memang ayat SCM practitioner).

Apa kaitan beli tali pinggang ini dengan beli saham?

Dalam pembelian saham, ada satu strategi yang dipanggil value investing. Value investing ini adalah strategi yang tidak glamour, tetapi inilah cara yang paling ampuh dan digunakan oleh pelabur long-term.

Setiap syarikat atau perniagaan tersebut ada nilai dan harganya yang tersendiri. Pelabur tidak perlu terpengaruh dengan insider tips dan market swing. Apabila harga saham sesebuah syarikat yang berpotensi jatuh dibawah harga yang pelabur tersebut rasakan sepatutnya, terus beli dan kumpul.

Satu hari nanti, harga saham tersebut pasti akan menyamai harga yang sepatutnya, walaubagaimanapun keadaan pasaran sekarang. Dan perbezaan antara harga beli dan harga yang sepatutnya itulah, yang akan menjadi keuntungan pelabur (dan dividen lain, dianggap bonus).

Begitulah adanya.

I Have Finally Conquered ASEAN!

I love to travel.

Ever since I first started my travelling journey in 2009, it’s my target to at least, finish all ASEAN countries, plus UK, France and Saudi Arabia, at least.

It took me slightly more than 5 years, but I can cross two of the major items on the list. Now, I can claim that I have been to all 10 ASEAN countries bar none.

Actually I can finish ASEAN earlier, as I have only Brunei pending since 2011 but it is a conscious decision. I have no reason to hurry as Brunei is not known as a tourist destination (which is a correct decision btw), so I left it until I have the opportunity to visit it via Miri which I finally did last week.

Similarly, I have the opportunity to cross all of them by the end of this year (or early next year), as I am deciding between going to Europe or Japan. But again, it’s not about the quantity but the substance. I think it will be more enjoyable for my wife and I to experience winter in Japan (Universal Studio & Disneyland). We can always do Eurotrip later (or if we didn’t get another chance, it’s still okay I think. No regrets because from feedback that we got beside the main tourist attraction there, not much else is on offer. Considering that I am not your regular “tourist”).

Thank you Ya Rabb for this blessing. I certainly can’t do this without your permission and help. I am grateful.

Winners Take All Mentality

My world is much simpler before. People I met are nicer. Straightforward yet polite, considerate and helpful. Tapi sejak beberapa tahun lepas, saya start jumpa satu golongan manusia yang dalam bahasa mudahnya, “tak reti bahasa” atau kalau dalam bahasa Inggeris mungkin kita boleh cakap “no manners” la. Atau kalau lebih berlapik, “tak gentleman”.

Tak tahulah kenapa, tapi pengaruh rancangan TV mungkin juga, pengaruh budaya barat pun mungkin juga. Perangai macam yang biasa kita tengok dalam “The Apprentice” tu (termasuklah Apprentice Asia). Rasanya dulu, benda-benda macam ni is not part of our culture.

Ada orang akan cuba justify, baguslah macam tu. Kita nak jadikan masyarakat kita lebih open dan tak takut menyuarakan pendapat. Tapi kadang-kadang statement macam ni disalahgunakan orang untuk jadi biadap atau kurang ajar.

Oh, mentang-mentang dia lantang, berani bersuara, semua orang dia nak ikut cakap dia. Kadang-kadang rasa bila berjumpa dengan ramai sangat orang macam ni, rasa macam duduk dekat dunia yang takde civilization. Ya la, kalau siapa paling lantang dianggap betul, sama lah kita dengan kehidupan binatang dalam hutan. Survival of the fittest.

Contoh ya. Kita faham lah kan, kalau orang yang reti bahasa, ada satu benda namanya win-win. Atau orang Melayu cakap, bertolak ansur. Untuk keluar dari jalan buntu, satu pihak akan mengalah sikit, dan satu pihak lagi pun akan mengalah sikit.

Tapi bila dapat dengan orang yang tak gentleman ni, dia boleh pula cakap, “Eh, awak mengalah tu maksudnya awak terima lah kan saya betul. Jadi awak drop je lah semua sekali. Bukan kurangkan sikit.”

Hello, orang mengalah bukan bermaksud kalah. Orang mengalah sebab kita “bagi muka” lah sikit dekat awak. Apa yang pihak yang satu lagi patut buat adalah, “bagi muka” juga kepada pihak yang satu lagi dan mengalahlah sedikit. Bukan makin naik kepala.

Sebab honestly, kalau dua-dua nak menegakkan konon-kononnya dia lebih betul, sampai bila?

Itu baru menceritakan mengenai situasi yang saya hadapi dengan satu pihak.

Ada dengan satu pihak lagi, lagi lama saya dah pendam. Saya dah sampai satu tahap, saya malas nak cakap apa dah. Sebab, tak ada benda yang jika disebutkan boleh diterima dengan aman dan boleh mengubah keadaan. Orang yang kalau sentiasa nak menang ni, perlu sedar satu hari nanti orang akan menyampah. Bila orang menyampah, malas nak cakap.

Bila orang malas nak cakap, itu lagi teruk dari tahap bergaduh.

Itu dah masuk tahap, I just don’t care.

Kalau saya ada satu super-power, saya akan wish yang saya boleh buat warga korporat di Malaysia ni especially (satu dunia kalau power tu kuat), lebih considerate.

Please, grow up and be considerate.

Kadang-kadang, orang miss the point.

To qualify as considerate, you need to be genuine. It’s not about you!

Considerate is by actually listening to people and do what is necessary. Considerate does not mean, acting like you are listening and extending the deadline by 5 hours, from 12PM to 5 PM (just an example, tidak ada kaitan dengan perkara sebenar).

Penurunan Harga Minyak Dunia: Rakyat Malaysia Untung?

Dunia korporat hari ini sedang sibuk memperkatakan mengenai kegawatan yang dijangkakan bakal tiba pada tahun 2015-2016 nanti. Seboleh-bolehnya, saya tidak mahu ramalan itu menjadi kenyataan. Tetapi berdasarkan indikator dan petunjuk ekonomi sekarang, masa depan nampak kelam.

Saham-saham di Bursa Malaysia telah mengalami penurunan mendadak sejak beberapa bulan lepas. Saham-saham syarikat yang dianggap kukuh selama ini turut terkesan. Harga minyak dunia pula, turun sehingga sekitar US$65 per barrel. Ia situasi yang mencemaskan. Ditambah pula keengganan Arab Saudi dan Opec untuk mengurangkan pengeluaran minyak, harga minyak dijangka akan terus menurun akibat persaingan harga di antara negara-negara Opec dan US.

Kesan Harga Minyak Turun di Malaysia

Di akhbar kita diberitahu yang kerajaan menjangkakan kesan implementasi GST nanti akan dineutralkan oleh penurunan harga minyak. Maksud kerajaan, ekonomi dijangka stabil. Perkara buruk, pelaksaan GST akan diimbangi dengan perkara baik, penurunan harga minyak.

Tetapi, baikkah penurunan harga minyak untuk rakyat Malaysia?

Itu yang saya kurang faham. Sebab dari pemahaman saya, tidak.

Penurunan harga minyak akan membawa kebaikan kepada pengguna di negara yang minyaknya tiada subsidi, dan telah mengikut harga pasaran sejak sekian lama. Bagi pengguna di negara-negara seperti ini (sebagai contoh US), memang benar mereka akan menikmati faedah. Perbelanjaan dalam negara boleh dijangkakan akan meningkat kerana rakyat di negara tersebut akan mempunyai lebihan pendapatan untuk dibelanjakan disebabkan harga minyaknya berkurang.

Tetapi di Malaysia, subsidi minyak baru sahaja dihapuskan. Itupun ketika harga minyak sudah sedia murah. Biasanya, rakyat Malaysia membayar harga yang lebih rendah untuk minyak sebelum ini. Selepas harga minyak RON 95 diletakkan mengikut harga pasaran, harga minyak di Malaysia berkurang sedikit, sebanyak 4 sen.

Pokoknya, harga minyak setahun lepas lebih murah dari hari ini.

Jadi penurunan harga minyak dunia tidak dirasai sangat rakyat Malaysia.

Sedangkan, impak GST memang sudah menanti.

recession-malaysia

Dan penurunan harga minyak juga memberi impak kepada kerajaan. Dijangkakan pendapatan kerajaan dari sumber minyak melalui dividen, royalti dan cukai akan berkurang sebanyak beberapa billion ringgit.

Pengurangan pendapatan ini akan menjejaskan perbelanjaan kerajaan. Apabila perbelanjaan kerajaan terjejas, industri-industri yang bergantung kepada perbelanjaan atau stimulus kerajaan juga akan menerima kesan (contoh: industri pembinaan). Apabila industri-industri ini menerima kesan, pekerja-pekerja yang bekerja dalam industri-industri ini juga akan turut menerima kesan.

Bila pekerja-pekerja ini menerima kesan, makcik yang jual nasi lemak kepada pekerja-pekerja ini juga akan menerima kesan. Begitu juga kepada penjual ayam, sayur, dan lain-lain pembekal kepada makcik yang jual nasi lemak tersebut (pendek kata secara umumnya, rakyat Malaysia yang lain).

Berdasarkan senario ini, saya lihat rakyat Malaysia bakal menghadapi “double trouble” dan bukannya neutral.

 

Powered by WordPress & Theme by Anders Norén