Tahun ini (2014) banjir yang melanda Kuantan, spesifiknya rumah saya di Permatang Badak tidak seteruk tahun 2013. Alhamdulillah.
Namun, di sesetengah tempat seperti Kuala Krai- Kelantan, banjir tahun ini yang paling dasyat. Pernah mengalami dan melalui pengalaman begitu, saya amat bersimpati dengan apa yang terjadi. Sesungguhnya, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Apa yang dilihat oleh pemerhati luar, dan apa yang dialami oleh mangsa banjir, tidak sama. Saya masih teringat perasaan pada tahun lepas ketika mencari emak dan ayah saya di pusat pemindahan banjir yang terputus hubungan darat (selepas mengharung air di paras pinggang), traumanya tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Membumikan.
Post-post di social media, ada yang betul dan ada yang tidak betul. Yang pasti, mangsa-mangsa banjir di sana memang memerlukan bantuan kita. Bantuan dalam pelbagai bentuk, terutamanya tenaga.
Saya embedkan bersama post saya pada tahun lepas (2013), yang masih relevan saya kira setengahnya untuk perhatian kita.