Hujung minggu lepas, saya ke Melaka sekejap untuk urusan logistik peribadi. Saya ambil kesempatan tersebut untuk bermalam di Swiss Garden @ The Shore. Sebuah hotel baru yang dari luarnya nampak gah.

Sebagai sebuah hotel yang baru, peralatannya not bad. Cuma selepas tinggal di Imperial @ MIri selama 2 minggu, banyak lagi yang perlu mereka lakukan. Anyway, petang Sabtu saya berjalanlah di The Shore, pusat membeli-belah di bawah hotel tersebut.

Ada beberapa kedai yang baru di buka dan mengadakan jualan sempena Krismas. Saya pun ambil kesempatanlah untuk membelek beberapa barangan. Antaranya tali pinggang.

Tali pinggang yang okay pada harga yang turut okay, susah untuk dicari (atau saya malas nak mencari). Setiap kali saya survey di Jusco Alpha Angle, walaupun selalu sale harganya ketika sale ataupun tidak sale mesti di antara RM49.90 sehingga RM 79.90 (yang saya belilah. Yang lebih mahal pun ada).

Dan pengalaman saya membeli tali pinggang, kebanyakkan tali pinggang dalam range harga tersebut, jangka hayatnya cuma dalam 6 bulan macam tu. Selepas itu ia akan mula menunjukkan simptom wear and tear. Kecuali satu tali pinggang yang saya beli di Miri, beberapa bulan lepas. Masih belum menunjukkan tanda-tanda akan rosak.

Di sini saya lihat, tali pinggang dari jenis yang saya beli di Miri dulu ada diskaun. Harganya cuma RM 41 selepas diskaun. Terus saya beli satu. Kemudian di sebelahnya saya lihat ada lagi beberapa jenis tali pinggang yang selepas ditolak diskaun cuma RM 30 satu. Kualiti buatannya kurang sedikit dari tali pinggang RM 41 tadi, tetapi jika dibandingkan dengan harga di KL yang saya selalu beli untuk kualiti yang sama, RM 30 boleh dikira murahlah. Terus saya beli dua.

Jadi secara totalnya, saya beli 3 tali pinggang, securing the supply of tali pinggang untuk at least setahun setengah (ayat memang ayat SCM practitioner).

Apa kaitan beli tali pinggang ini dengan beli saham?

Dalam pembelian saham, ada satu strategi yang dipanggil value investing. Value investing ini adalah strategi yang tidak glamour, tetapi inilah cara yang paling ampuh dan digunakan oleh pelabur long-term.

Setiap syarikat atau perniagaan tersebut ada nilai dan harganya yang tersendiri. Pelabur tidak perlu terpengaruh dengan insider tips dan market swing. Apabila harga saham sesebuah syarikat yang berpotensi jatuh dibawah harga yang pelabur tersebut rasakan sepatutnya, terus beli dan kumpul.

Satu hari nanti, harga saham tersebut pasti akan menyamai harga yang sepatutnya, walaubagaimanapun keadaan pasaran sekarang. Dan perbezaan antara harga beli dan harga yang sepatutnya itulah, yang akan menjadi keuntungan pelabur (dan dividen lain, dianggap bonus).

Begitulah adanya.