Ketika saya di tahun akhir pengajian sarjana muda dahulu, seorang pensyarah yang saya amat segani meminta saya (dan seisi kelas dalam 15 orang ketika itu) berjanji kepada beliau yang kami akan menyambung pengajian selepas ijazah kepada tahap setinggi yang boleh dan jangan berhenti setakat ijazah sarjana muda.

Beliau sudah beberapa kali menyentuh mengenai perkara tersebut dalam kelas sebelum ini, tetapi dalam kelas tersebut beliau mengingatkan kami sekali lagi. Bila kami tanya kenapa, beliau cakap ia akan mengubah cara kita berfikir. “Bila you dah ada master, cara you fikir akan jadi lain. Cara orang master fikir tak sama dengan orang bachelor, cara orang PhD fikir, tak sama macam orang master”, kata beliau. Beliau ketika itu sedang menyambung DBAnya secara part time.

Bila ditanya, apa yang lainnya? Beliau menjawab, “You ada kawan yang tak ambil degree?”. “Cara dia fikir dengan you fikir sama tak?”. “Haa. Macam tulah”.

Satu penerangan yang simple, tapi jelas.

Yang buat saya kagum dan meletakkan merit yang tinggi kepada nasihat beliau adalah beliau bukanlah ahli akademik “tulen”. Beliau dari industri, dan merupakan ahli korporat “branded” sebelum menyertai UTP, pernah menjadi CEO Fedex Malaysia dan antara tokoh senior dalam Sime Darby sebelum itu. Dan memang pendapatnya bernas, praktikal dan saya banyak belajar dengan beliau.

Tapi saya bukan mahu bercerita mengenai beliau. Saya nak bercakap mengenai pemimpin. Negara kita ada pemimpin. Hidup kita, kita berjumpa pemimpin. Ada macam-macam pemimpin. Ada pemimpin bagus, ada pemimpin tidak. Ada pemimpin tahap dunia, tahap regional, tahap nasional, tahap negeri, tahap kampung, tahap persatuan dan macam-macam tahap lagi.

pensyarah bisnes

Suka atau tidak, kita terpaksa mengakui Tun Dr. Mahathir pemimpin yang bagus dan boleh dikatakan tahap dunia. Beliau bukan sahaja boleh memacu kemajuan Malaysia, mengawal keadaan dalam negari dan juga pada masa yang sama membantu negara-negara dunia ketiga yang memerlukan pemimpin seperti beliau. Pemimpin tahap dunia yang berada dalam kelas visionaries. Perdana Menteri selepas beliau, agak struggle untuk menyamai atau mengatasi pencapaian beliau, walaupun tidak kurang tokoh dan karismanya, tetapi mungkin sekadar pemimpin tahap nasional sahaja.

Mereka tidak ada sesuatu yang Tun Dr Mahathir ada.

Wawasan dan idea.

Mereka kurang nampak apa yang Tun nampak.

Begitu juga kita, jika kita seorang pemimpin atau mahu jadi pemimpin.

Kita kena ada wawasan dan kita kena ada idea.

Kalau tak ada, kita kurang oomph sebagai pemimpin. Orang yang kita pimpin akan rasa seperti mereka tidak dipimpin. Lost. Mereka tidak rasa terinspirasi. Macam mana kita nak tahu kita tak ada idea?

Pertama, kalau kita memang tidak menghasilkan idea, itu jelas sekali. Kedua, jika idea kita sentiasa berkisar kepada buat sesuatu dengan lebih pantas atau lebih besar, maka itu pun tanda kita tidak ada idea dan tahap kepimpinan kita tidak tinggi mana. Buat benda sama, tetapi lebih gah.

Step away, recharge. Take one or two year out. Be a follower again kepada pemimpin kelas lebih lagi tinggi. Anda akan belajar lebih banyak. Lawati industri lain. Ambil kelas formal.

Kata bekas boss saya- Vishen, seorang lagi pemimpin kelas dunia yang pernah saya kenal; “Kita tak boleh selesaikan masalah dengan cara brainstorming cari penyelesaian untuk masalah itu. Kita kena cipta penyelesaian yang buat masalah asal kita tadi, tak relevan terus.”

Itu tuan-tuan dan puan-puan, cara menyelesaikan masalah tahap pemimpin kelas dunia.

Selesaikan masalah dengan cara buat masalah itu tidak akan jadi masalah lagi.

Address the root cause, not the symptoms.