My world is much simpler before. People I met are nicer. Straightforward yet polite, considerate and helpful. Tapi sejak beberapa tahun lepas, saya start jumpa satu golongan manusia yang dalam bahasa mudahnya, “tak reti bahasa” atau kalau dalam bahasa Inggeris mungkin kita boleh cakap “no manners” la. Atau kalau lebih berlapik, “tak gentleman”.

Tak tahulah kenapa, tapi pengaruh rancangan TV mungkin juga, pengaruh budaya barat pun mungkin juga. Perangai macam yang biasa kita tengok dalam “The Apprentice” tu (termasuklah Apprentice Asia). Rasanya dulu, benda-benda macam ni is not part of our culture.

Ada orang akan cuba justify, baguslah macam tu. Kita nak jadikan masyarakat kita lebih open dan tak takut menyuarakan pendapat. Tapi kadang-kadang statement macam ni disalahgunakan orang untuk jadi biadap atau kurang ajar.

Oh, mentang-mentang dia lantang, berani bersuara, semua orang dia nak ikut cakap dia. Kadang-kadang rasa bila berjumpa dengan ramai sangat orang macam ni, rasa macam duduk dekat dunia yang takde civilization. Ya la, kalau siapa paling lantang dianggap betul, sama lah kita dengan kehidupan binatang dalam hutan. Survival of the fittest.

Contoh ya. Kita faham lah kan, kalau orang yang reti bahasa, ada satu benda namanya win-win. Atau orang Melayu cakap, bertolak ansur. Untuk keluar dari jalan buntu, satu pihak akan mengalah sikit, dan satu pihak lagi pun akan mengalah sikit.

Tapi bila dapat dengan orang yang tak gentleman ni, dia boleh pula cakap, “Eh, awak mengalah tu maksudnya awak terima lah kan saya betul. Jadi awak drop je lah semua sekali. Bukan kurangkan sikit.”

Hello, orang mengalah bukan bermaksud kalah. Orang mengalah sebab kita “bagi muka” lah sikit dekat awak. Apa yang pihak yang satu lagi patut buat adalah, “bagi muka” juga kepada pihak yang satu lagi dan mengalahlah sedikit. Bukan makin naik kepala.

Sebab honestly, kalau dua-dua nak menegakkan konon-kononnya dia lebih betul, sampai bila?

Itu baru menceritakan mengenai situasi yang saya hadapi dengan satu pihak.

Ada dengan satu pihak lagi, lagi lama saya dah pendam. Saya dah sampai satu tahap, saya malas nak cakap apa dah. Sebab, tak ada benda yang jika disebutkan boleh diterima dengan aman dan boleh mengubah keadaan. Orang yang kalau sentiasa nak menang ni, perlu sedar satu hari nanti orang akan menyampah. Bila orang menyampah, malas nak cakap.

Bila orang malas nak cakap, itu lagi teruk dari tahap bergaduh.

Itu dah masuk tahap, I just don’t care.

Kalau saya ada satu super-power, saya akan wish yang saya boleh buat warga korporat di Malaysia ni especially (satu dunia kalau power tu kuat), lebih considerate.

Please, grow up and be considerate.

Kadang-kadang, orang miss the point.

To qualify as considerate, you need to be genuine. It’s not about you!

Considerate is by actually listening to people and do what is necessary. Considerate does not mean, acting like you are listening and extending the deadline by 5 hours, from 12PM to 5 PM (just an example, tidak ada kaitan dengan perkara sebenar).