Lift Off adalah siri muhasabah tahunan yang saya lakukan di blog ini. Anda boleh melihat Lift Off 2015Lift Off 2014Lift Off 2013 (tak lengkap) , Lift Off 2012 , 2011 dan 2010 yang saya pernah saya catatkan di blog ini.

Retrospektif

Selepas menulis mengenai dua lessons learnt terbesar dari period 20an saya dalam Bahagian Satu Lift Off 2016, saya rasa terpanggil untuk menulis satu lesson learnt terbesar saya ketika period belasan tahun hingga mencecah 20 pula. Benar, sudah terlewat sedikit tetapi memandangkan saya belum pernah tulis di mana-mana mengenainya, dan ia penting supaya saya tidak lupa, here it goes.

Be Proactive

Ketika di usia belasan tahun (dalam usia remaja), saya ada satu kelemahan. Saya tidak proaktif. Pandangan saya ketika itu, kalau sesuatu tu ditakdirkan terjadi, ia akan terjadi sendiri. Kita bersedia, tapi tak perlu susah payah menggoyangkan pokok, nanti buah tu akan jatuh sendiri.

Dan pandangan ini acapkali menyusahkan diri sendiri.

Dari situ saya belajar untuk menjadi proaktif dan take charge. Alhamdulillah, it is a lesson well learnt.

Ada dua kejadian di mana lesson learnt ini diilustrasikan dengan sangat jelas dalam hidup saya.

Pertama, dalam kegagalan paling besar dalam hidup saya ketika period itu. Saya ada ceritakan sedikit mengenai kegagalan saya ketika menjadi editor majalah sekolah sebelum ini. Ketika itu saya takut-takut untuk rock the boat. Rasa tidak empowered, walaupun sebenarnya empowered. Satu kerja pun tak jalan. Selepas susah sangat dan much prodding dari Sir Sophian ketika itu, saya decide it’s up to me to make things right. Dan saya kena guna cara sendiri. Barulah saya proaktif untuk menyusun kembali sidang editorial ketika itu dan majalah sekolah berjaya diterbitkan. I am not proud of the result, but it’s finally on the table.

Kedua, saya belajar perkara ini dalam aspek mencari cinta. Mujur saya belajar waktu di alam remaja. Jadi ketika usia 20an, sewaktu mencari calon isteri saya sudah proaktif. Jika tidak, membujang sehingga ke tua lah saya. 🙂

Di alam remaja, naluri untuk bercinta itu pastilah ada kan. Namun orang yang pemalu dan tidak proaktif seperti saya ketika itu, jadilah wallpaper. Admire ramai orang, tapi tak ada hasil sebab orang tak tahu. Kalau tahu sekalipun, mungkin orang yang diadmire tu tak pasti. Sebab signal tak jelas.

Ketika di asrama, saya terdengar salah seorang dari orang yang saya admire tu dikutuk beramai-ramai oleh rakan sedorm. Kesian dia dalam hati saya. Tapi tak apalah, budak tu memang baik. Sebab tu saya admire dia. Rakan-rakan yang mengutuk tadi tu pulak memang tak boleh dilayan. Semua orang tak betul, semua orang tak best.

Namun, 1-2 tahun selepas tu ketika di universiti saya terdengar yang orang yang saya admire tu telah bercouple dengan orang yang mengutuknya. Aik, dari kutukan hari tu, saya rasa pengutuk tu tadi tak nak dekat budak yang saya admire tadi. Rupa-rupanya hari tu kutuk sebab tak dapat. Dalam hati suka rupanya. Dalam hati saya, kesian budak yang aku admire tadi. Kalau dia tahu apa yang pernah dikatakan mengenai dia, mesti dia tak nak dekat budak tu.

Tapi kejadian tu menimbulkan satu kesedaran pada diri saya. Saya tak boleh nak cakap apa. Saya tak layak nak cakap apa. Bahkan saya yang perlu dipersalahkan. Sebab saya tak bagi peluang pada gadis-gadis yang baik untuk pilih lelaki-lelaki yang baik (nice guys la konon). Jadi kalau tak ada nice guys, gadis-gadis yang saya admire tadi, pilihlah lelaki lain yang tak berapa nice.

Yalah, we didn’t put ourselves in the game. You missed 100% shot that you didn’t take. Dari situ timbul kesedaran untuk proaktif dan itulah titik tolak kepada cinta pertama saya dengan orang yang saya dah lama admire juga (bukan orang di atas). It last for quite some time but didn’t end on a happy note. Dah tak ada jodoh.

Tetapi mengenangkan kembali kata-kata saya pada diri sendiri ketika meyakinkan diri untuk menjadi proaktif, “It is better to have loved and lost, than never to have loved at all”. Ia betul-betul menjadi prophecy.

Apabila ia berakhir, susah untuk diterima. Tetapi benarlah, patah tumbuh hilang berganti. Dan kata orang, kita akan jumpa yang lebih baik dari yang lepas. Ia ambil masa, tetapi dengan doa dan usaha proaktif, saya berjumpa dengan yang lebih baik dan yang lebih baik dan akhirnya dengan isteri saya sekarang. Alhamdulillah.

Itu dua insiden dalam hidup saya ketika usia 17-19 tahun yang meninggalkan kesan mendalam dalam hidup saya. Be proactive.

Lessont well learned yang saya praktikkan sehingga sekarang ke dalam saya with great result both in personal life and career.

Bersambung bahagian tiga.