Ketika ini saya sedang berada di dalam shinkansen (bullet train) dari Tokyo menuju ke Kyoto. Kami telah berada di Jepun kira-kira 7 hari, 4 hari lagi sebelum pulang ke Malaysia.

Alhamdulillah, semua tempat yang kami plan untuk lawati di Tokyo telah berjaya dilawati. Semua aktiviti yang dirancang telah ter-realisasi. We have experienced our first snow, telah melawat ski resort, telah mencuba sushi yang paling fresh, naik shinkansen, telah melawat Disneyland dan Disneysea, serta macam-macam lagi.

Hiking beb, pemandangan macam naik Gunung Kinabalu.

Hiking beb, pemandangan macam naik Gunung Kinabalu.

Malah saya juga berpeluang untuk melihat banjaran gunung bersalji. Saya tak sangka dan tak terfikir pula mengenai pemandangan seperti itu. Cantik. Bayangkan gunung-ganang hijau di Malaysia, kemudian tukar kehijauan tu jadi putih kapas. Wow.

Cuma mungkin satu sahaja yang belum dapat saya langsaikan. Saya teringin nak makan takoyaki Jepun. Saya bukanlah peminat takoyaki walau di Malaysia, tetapi apabila sudah berada di Jepun, sudah tentulah kita kena merasai macam mana rasa takoyaki yang original kan?

Saya ada berjumpa beberapa kedai yang menjual takoyaki, namun tidak memenuhi threshold meyakinkan untuk dianggap halal. Harap-harap di Kyoto atau Osaka nanti akan jumpa.

Jepun sebuah negara yang lain dari yang biasa kita lihat. Not bad. Semua benda yang ditulis mengenai Jepun tu

Wife sayang memang cute dan comel. Bila beli tiket train, orang jepun pun ingat child. Ketika on the way ke ski resort.

Wife saya memang cute dan comel. Bila beli tiket train, orang jepun pun ingat child. Ketika on the way ke ski resort.

betul lah. Keretapinya on time. Rakyatnya berdisiplin. Jauh berbeza dari apa yang saya bayangkan. Mungkin kerana terpengaruh dengan cerita perang Jepun dan juga jeritan-jeritan bahasa Jepun ketika pergi ke 7-Eleven, saya ingat nada orang Jepun ni nyaring dan keras (seperti jika di China). Rupa-rupanya bahasa dan nada mereka amat lembut. Betullah mereka amat bersopan.

Train pula, memang jangan buat seperti di Malaysia. Dalam lingkungan plus minus limat minit tu okay. Train mereka memang sangat menepati waktu. Kalau 10.03 minit tu, 10.03 minit lah train tu akan bergerak. Bukan 10.03 train sampai.

Kami sampai ke stesen shinkansen tadi dalam 9.57. Ada masa 6 minit saya kira agak selesa lah. Tetapi tidak juga. Terkejar-kejar seperti nak pecah jantung. Maklumlah tren ni ada lebih kurang 18 gerabak! Gerabak kami nombor 13. Ngam-ngam sahaja dapat masuk.

Cuma satu sahaja yang saya baca mengenai Jepun macam tak betul sikit. Boleh melintas jalan tanpa toleh kiri kanan. Mungkin boleh. Tapi, saya still tak berani buat lah. Sebab saya lihat kereta still juga akan jalan walaupun traffic light merah.

Shibuya crossing, exactly as advertised. Beramai-ramai melintas jalan memang sudah jadi satu tourist attraction di sana. 🙂

Saya bersyukur dapat melawat Jepun ni. Dapat buat isteri happy. Lagipun sebagai satu bentuk exposure juga untuk beliau. Jauh berjalan, luas pemandangan. Banyak pengalaman. Dapat melihat perbezaan budaya dan cara hidup.

Signing off...

Signing off…