Anda tertekan di pejabat? Ada masalah? Mahu tahu cara atasi tekanan dan masalah tersebut?

malaysia-uae

Pertama sebagai seorang professional, masalah dan tekanan di tempat kerja adalah perkara biasa dan lumrah. Hampir semua orang mengalaminya. Anda harus lega, masalah tersebut tidak sebesar masalah yang dihadapi Dollah Salleh selepas Malaysia dibelasah UAE 10-0. Sudahlah dibelasah di atas padang, di media sosial pun dibelasah juga oleh jutaan rakyat Malaysia.

Kedua, kita harus tahu dan akur. Masalah dan tekanan ini tetap akan datang walaupun perkara yang betul telah dilakukan (apatah lagi jika ada elemen kesilapan dan kesalahan). Jika anda bukan “bos” ataupun tidak berada di kedudukan tertinggi dalam rantai makanan di pejabat anda, bersedia sahajalah. Tekanan dan masalah pasti timbul, walaupun anda tidak buat salah. It’s just a matter of time and it can be due to any reason.

Apa yang anda boleh lakukan untuk melegakan hati adalah untuk mengetahui yang setiap benda ada pasang surutnya. Sungai yang surut sahaja, kemungkinan besar akan kontang, dan jika pasang sahaja boleh banjir jadinya nanti.

Begitulah juga bos anda. Ada hari yang bahagia, ada hari yang sengsara dan ada hari yang derita. Kalau tiap-tiap hari bahagia, nanti bos anda akan ditukar, bos lain pula yang akan datang membawa sengsara.

Selagi anda senyum, jangan patah semangat, bersabar dan buat yang terbaik, berdoalah supaya sumbangan anda dihargai.

Cuma satu perkara yang selalu saya saksikan dan perlu kita ingat. Di kala masalah bermaharaja lela ini, keep calm dan jangan emosional ataupun patah hati. Kerana jika anda tiada situational awareness, malang bertimpa-timpa akan terjadi. Itu tak kena, ini tak kena, semua benda yang anda sentuh jadi masalah. Bila itu terjadi, masa yang di ambil untuk pulih pun lagi lama. Dan kepedihan dan reputasi yang tercalar itu pun akan jadi lagi teruk.

Satu lagi tips tambahan dari saya, kadang-kadang pedih yang kita rasa tu bertambah pedih kalau kita ada ego. Ego ni bukan tak bagus, setiap orang ada harga diri masing-masing. Ada sense of self worth. Ada orang memang egonya tinggi. Saya tidak bercakap pasal itu. Saya bercakap pasal ego yang rendah. Ego rendah, hati pedih sikit. Ego tinggi, hati pedih amat sangat, silap-silap boleh jadi tidak rasional. Jadi satu cara untuk meminimakan kepedihan hati akibat tekanan dan masalah adalah dengan meninggalkan ego di rumah. Biar takde terus.

Orang tak boleh berkasar dan lukakan hati kita dengan benda yang kita tak kisah.

Contoh kalau orang kata, “kawan pada jiran emak kau kolot”.

Kita akan cakap, “oh, ye ke?”. Sebab kita tak kisah pun mengenai kawan pada jiran emak kita yang dikatakan kolot tu. Tak berbekas di hati langsung. Berbeza kalau orang kata, kita yang kolot. Kita mula terasa hati kan? Sebab kita ada ego sikit.

Cuba tidak ada ego langsung. So, I am kolot, bodoh, lembab, etc. So what? Walaupun aku bodoh, kolot, lembab dan sebagainya, aku berjaya juga buat a, b dan c. Imagine kalau aku pandai, moden dan laju? Aku jadi bos tau. Nasib baik aku ni kolot, bodoh dan lembab.

See, dalam kerjaya orang boleh kata kita macam-macam, but satisfaction in getting the job done is truly ours. Walaupun orang tak appreciate, goal post keep changing, etc. We know what we did. Dan kita pegang sahaja apa yang kita dah ada tu. Ego, personal preference dan lain-lain, tinggal dekat rumah.

Dan jangan cari gaduh. Sebab timun lawan durian, durian akan sentiasa menang.

Ambil contoh Tan Sri Muhyiddin bekas Timbalan Perdana Menteri. Buat benda yang betul pun, bos dia tak suka jugak. Kena pecat lagi. 30 juta rakyat Malaysia tahu dia kena pecat. Dia defend diri dia, tapi ada bos dia kisah?

Itu timbalan perdana menteri. Penyokong ramai backup pun tak luak bila lawan bos.

Kita?

So, pray hard. Berdoalah. Sebab dalam alam ini, cuma ada satu bos yang paling besar sekali. Bos kepada segala bos. Dan dia Maha Adil. Bos ini sahaja yang boleh pakai. Maka, mintalah kepada Dia, supaya Dia settlekan bagi pihak kita.

Ameeen.

 

Sabri
Pendoa