Rakyat Malaysia, bangsa Melayu terutamanya memerlukan Jebat. Bukan Jebat seperti dalam sejarah, tetapi Jebat Yang Menang.

Berbanding dengan budaya barat yang power distance indexnya tidak tinggi, feedback mudah diberi dan diterima di dalam budaya mereka. Tetapi dalam budaya kita, lain sedikit.

Bila seseorang itu berada di dalam position of power, tidak semestinya PM, kadang-kadang ketua cabuk pun ada ego. Perasaan hendak betul sentiasa, tidak boleh kalah dan macam-macam sifat mazmumah yang lain menjadikan hidup sebagai orang biasa ini renyah dan sedikit terseksa.

Dan budaya kita, orang macam ini susah hendak ditegur. Boleh ditegur tapi tak ada bekas. Sebab yang menegur tu di bawah dari yang ditegur. Kalau dipaksa-paksa, nanti makan diri. Jadi sebelum makan diri, lebih baik dibiarkan makan hati.

Orang kita pula ramai macam Hang Tuah. Baik ke, buruk ke, ketua adalah ketua. Ketua mesti sentiasa betul. Walaupun memang dalam hati tahu ketua salah, di mulut ketua tetap betul.

Bukan nak kata orang, saya pun Hang Tuah juga. Hang Tuah nombor satu punya. Hang Tuah yang tahu apa yang dia buat ni tak berapa betul juga, tetapi tetap berpesan kepada sahabat-sahabat dan juniornya, agar menjadi Hang Tuah yang berjaya.

Yalah, dalam dunia Melayu ni bukan tak ada Jebat. Adalah a few. Masalahnya, semua Jebat yang kalah. Tak ada Jebat yang menang. Kalau ada satu dua Jebat yang menang pula, tak sedar diri. Terus nak jadi Sultan Melaka. Lupa terus asal-usul berjuang sebagai Jebat.

Kita perlu banyak Jebat yang Menang dalam masyarakat kita. Sebagai motivasi untuk rakyat jelata yang dunia itu adil. Dan sebagai amaran dan pengajaran kepada ketua supaya bertindak adil dan saksama.

Saya memanglah Hang Tuah. Saya tidaklah mahu lihat ketua dibunuh Jebat. Saya sudah tentu akan defendkan ketua, walaupun ketua tak layak didefendkan. Buat syarat lepas tanggungjawab. Saya akan halang Jebat kalau Jebat over sebab natijahnya tak berbaloi. Tapi saya tetap akan bagi chance untuk Jebat bagi sedas dua das sebelum dihalang. Cukup sekadar untuk dilanyak-lanyak dan dihenyak-henyak. Cuma, jangan sampai mati. Sekadar buat ubat untuk penyakit lupa diri yang semakin menyengat. Kalau tak bagi ubat nanti melarat.

jebat_poster2

Sabri
Tuah