Salah satu aktiviti yang saya teringin sangat nak cuba tapi tiada kesempatan adalah mencandat sotong. Dari zaman bujang sehinggalah sekarang, baru semalam ter-realisasi. Berbeza dengan aktiviti-aktiviti lain seperti travel dan sebagainya, mencandat sotong ni mahal kalau bilangan pesertanya sedikit.

Akhirnya, semalam trip mencandat sotong yang sudah lama menjadi impian saya tercapai. Kami bertolak dari Jeti LKIM Chendering, khabarnya lubuk sotong yang menjadi destinasi kami berhampiran Pulau Kapas.

Alhamdulillah, saya tiada masalah mabuk laut (makan ubat) walaupun laut bergelora dengan hujan lebat ketika di lubuk terbabit.

Sotong pertama berjaya saya naikkan, (seri dengan Qayyum).

224deca8-1e73-4e2c-a2a7-3e54987e8935

Waktu tengah seronok mencandat (diterkam dengan rakus oleh beberapa gerombolan sotong), postpone ambil gambar solo. Nanti lah sebab takkan nak posing ambik gambar waktu sotong tengah rancak naik kan, letak aje sotong makan, letak aje, sotong makan, takkan nak posing kan. Lame gila. hehe..)

Sedar-sedar, tiba-tiba hujan dan laut mula bergelora. Sotong pun lari, nak ambik gambar bot bergoyang, photographer pun dah mabuk laut. Jadi tak adalah gambar solo jadinya.

But it’s okay, it’s the memory that count.

Now, kalau pergi sekali lagi trip mencandat sotong I will be better prepared on what to bring and what is really important.

Benda yang paling penting adalah, kerusi kecik atau stool sebab bot yang dinaiki untuk mencandat biasanya adalah bot nelayan. Bilangan kerusi atau pangkin proper agak limited.

Benda yang paling over-rated adalah memasak sotong yang ditangkap terus di dalam bot. Kebanyakan dapur di dalam bot diuruskan oleh nelayan profesional bukan chef. Jadi sotong segar tadi akan dimasak sekadarnya asal boleh makan. Pada saya pula, alang-alang sudah ada bahan segar, biarlah dimasak sempurna. Kalau setakat sotong bakar ataupun sotong rebus memang tak terbuka selera saya. Tak kisah lah fresh macam mana sekali pun.

Jadi trip kali ini kami dah readykan bahan-bahan untuk buat goreng sotong celup tepung. Tapi sama macam ambil gambar tadi lah. Time sotong tengah rancak naik, tak denya nak masak. Kemudian bila dah hujan dapur dah crowded dan tak berapa kondusif untuk memasak. Plus, semua orang pun macam tak selera.

So, pesanan untuk mereka yang nak memasak dekat atas bot, prepare sekadarnya sudah. Sebenarnya kalau dapat tekong yang friendly dan memahami, itu yang terbaik. Sebab mereka boleh tolong masakkan. Mereka nelayan professional dan experienced memasak atas dapur yang teroleng-oleng. Kalau tukang masak amatur nak goreng sotong celup tepung atas bot, kira hebat kalau minyak panas tak kena muka. Kalau dapat ketupat sotong, itu memang tahap boleh bagi 3 Michelin Stars dah tu.

Hasil mencandat lebih kurang 2 jam (campur perjalanan + waktu teroleng-oleng tunggu ribut reda semua sekali dalam 6-7 jam)

Hasil mencandat lebih kurang 2 jam (campur perjalanan + waktu teroleng-oleng tunggu ribut reda semua sekali dalam 6-7 jam)

Kesimpulannya, menarik. I will do it again. But I will be willing to pay more for better boat and guides. Kepada sesiapa yang nak once in a lifetime experience, boleh try. Kepada sesiapa yang 50-50, beli sotong dekat pasar lagi murah dan mudah actually. Mencandat sotong untuk amatur ni lebih kepada thrill macam orang memancing. Kalau nak balik modal tu susah.