In the spirit of being grateful, especially waktu-waktu yang kita sedar, we are living the life that many people want to live, hidup yang menjadi impian kita pada satu ketika dulu. Ketika living a version of your dream life.

Dalam post ini saya ingin recall satu detik yang saya rasakan paling dramatik dalam hidup saya. There are many win, but there is only one win like this.

Momen itu saya masih dapat recall dengan agak jelas. Ketika momen itu terjadi terasa segalanya dalam slow motion. Saya masih menikmatinya setiap kali saya recall momen tersebut.

Detik itu adalah ketika pertandingan Bahas Piala Pusingan Splash. Johan daerah Hulu Selangor bertemu dengan johan daerah Kuala Selangor di tempat lawan.

Sedikit background, ketika itu saya di Tingkatan 4. Sebenarnya saya tidak pernah sangka saya boleh menjadi seorang pembahas. Ketika di Tingkatan 3 dan sebelumnya, saya adalah seorang yang pendiam dan pemalu. Di dalam report card saya, cikgu kelas tulis saya seorang yang “pasif”.

Namun ketika menjejakkan kaki ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), satu cita-cita saya sejak kecil, saya telah berazam kepada diri sendiri ketika itu yang saya mahu menjadi “lain”. Ketika kereta yang membawa emak dan ayah saya pulang, ketika itu saya realise yang saya berseorangan di sekolah itu. Saya cuma kenal dua orang dari sekolah lama saya, itupun kami tidak rapat kerana berbeza kelas. Dan yang pasti saya adalah unknown entity kepada semua orang di sekolah tersebut.

Saya berazam yang saya akan cuba untuk tengok sejauh mana saya boleh pergi. Ayat yang saya gunakan kepada diri sendiri ketika itu, “Kita tak tahu setinggi mana langit tu, selagi kita tak sampai ke hujungnya.” So I said yes to many opportunity.

Sebenarnya saya menyertai bahas secara tidak sengaja. Ada pembentangan ketika kelas agama. Saya ketika itu macam boleh cakap sedikit. Sebenarnya sebab ketika Tingkatan 3 saya dan rakan-rakan selalu berbual dengan ustazah ketika kelas agama setelah ustazah habis mengajar (saya banyak mendengar sahaja sebenarnya, rakan saya Emirin lebih banyak bersoal jawab dengan ustazah).

Melalui pembentangan itu saya mendapat cukup kepercayaan di kalangan rakan-rakan untuk menjadi Pengerusi Persatuan Bahasa Melayu (ketika itu tidak banyak persatuan, ada tiga atau empat kalau tak salah saya. BM, BI, Sains dan Matematik-tak pasti Science dan Math gabung atau tidak). Jadi banyak rakan sekelas saya dalam Persatuan Bahasa Melayu. Sebab tu saya menang undian ketika itu.

Sebagai Pengerusi Persatuan Bahasa Melayu, kami kena menganjurkan Minggu Bijak Bahasa. Salah satu acara ketika minggu bijak bahasa tersebut adalah bahas. Dan bukan senang untuk mencari peserta bahas untuk homeroom. Jadi sebab saya yang organize pertandingan bahas tersebut, kawan-kawan sehomeroom suruh saya yang masuk. Dan sudah tentulah saya kena masuk kalau tak cukup orang. Sebab siapa suruh saya organize pertandingan tu.

Jadi saya pun masuk. First time saya bercakap depan lebih dari 40+ orang. Nervous jangan cakap. And I am not even the best debater. Dalam team saya ada seorang pembahas yang memang berbahas dari sekolah lama. Saya tumpang saja. Beliau bawa team kami menang.

Sebab memang talent bahas tak banyak, saya turut sama terpilih mewakili sekolah.

Dari situ saya mula berlatih dan polish skill berbahas. Sebab saya Pengerusi Persatuan Bahasa Melayu, saya jadi kapten pasukan. Sebenarnya antara impian saya adalah untuk menjadi kapten pasukan. Macam cool bunyinya. Cuma saya ingat kapten pasukan sukan lah. Tapi jadi kapten bahas pun oklah.

Bila jadi kapten, confident tu lebih sikit. Jadi bakat yang tak seberapa tu, dapatlah di polish kan sikit lagi. Masuk Bahas Piala Perdana Menteri. Cikgu-cikgu dan kami sendiri tak letak harapan tinggi. Tapi first round kami menang. Pasukan lawan terror, tapi kami menang. Seronok dan confident jadi tinggi. Pusingan kedua pun kami menang.

Namun pusingan ketiga lawan Sekolah Tuanku Jaafar (STJ), kami kalah. Memang kami out of depth. Kekurangan pengalaman kami memang terserlah ketika itu.

Tapi kami balik dengan pengalaman manis. Menang dua perlawanan dari target tak menang apa-apa, not bad. Saya ingatkan berakhirlah karier saya selaku pembahas.

Beberapa bulan lepas tu, saya dipanggil Cikgu Yusof (GPK HEM) ketika itu ketika prep malam. Beliau kata nanti ada pertandingan. Dia start train kami waktu malam. Cikgu Aisyah, cikgu bahas ketika itu coach kami waktu petang.

Saya tak sangka masih berpeluang berbahas. We train hard. Untuk pertandingan bahas Splash tersebut, kami jadi tuan rumah. Cikgu-cikgu yang terlibat giat memastikan pertandingan tersebut berjaya. Kami giat berlatih. Kami tidak tahu what to expect. Tapi pertandingan di sekolah sendiri, tidak boleh lah malu.

Hari pertama pertandingan, baru kami tahu tahap bahas di daerah Hulu Selangor. Nothing to worry about dalam pusingan awal. Kami menang bergaya. Tapi bagus juga sebagai pengalaman. Sebab menuju ke perlawanan akhir, lawan semakin sukar. Tapi kami tetap menang dengan bergaya.

Menang di tempat sendiri. Gembira dapat menang, tapi ia macam sudah dijangka. Cikgu Yusof terutamanya seringkali berkata, SBP lawan dekat sekolah sendiri, kalau kalah memang tak layak duduk SBP.

Saya ingat sudah selesai.

Selepas itu kami diberitahu, akan ada pertarungan akhir. Juara daerah lawan juara daerah.

Cuma kami kena lawan di daerah Kuala Selangor. Risau juga kami. Sebab truth be told, ketika pusingan daerah Hulu Selangor tersebut, banyak juga kami menang kerana faktor penonton. Yalah, kami bolehlah berbahas, tapi bukanlah berpengalaman sangat. Itu baru pertandingan kedua kami.

Namun kami sudah mula rasa sebagai pemenang. Cikgu bagi peluang kepada setiap orang untuk bawak 5 orang penyokong setiap seorang. Jadi apa lagi, mestilah yang dipilih secret admire masing2 kan. Hahaha…

Kami berlatih giat juga. Sebab kami takut, bertanding di gelanggang lawan.

Pada hari pertandingan, selepas Subuh kami bertolak. Sakit perut rasanya. Bertanding di dewan sekolah lawan. Agak sengit. I give my best but I cannot definitely say, we win.

Detik pengumuman dibuat, saya masih ingat. Kami semua duduk di dalam dewan bersama penyokong. Keputusan diumumkan dengan “ Bla bla bla … Usul pada hari ini ditolak/diterima.”

Secara slow motion kami dan penyokong-penyokong termasuk cikgu-cikgu berdiri mengangkat tangan. Euphoria. Bukan berdiri macam time perhimpunan, tapi berdiri macam kalau kita menang Olimpik tu. Berdiri dengan emosi.

(saya tak pasti kami kerajaan atau pembangkang). Tetapi saya masih ingat perasaan saya ketika itu. Sukar digambarkan.

Alhamdullilah. It’s a moment to remember.

Looking back through archive, I have written about this specific event six years ago actually. I just realised, it’s sixteen years ago now. WoW. 🙂