Dalam hidup ini, saya ada satu prinsip. Jika ia boleh dikatakan sebagai prinsip.

Biar mati cuma sekali.

Bila kita risau terlebih, kita mati banyak kali. Sekali ketika kita risau, dan sekali lagi ketika sesuatu yang kita risaukan itu benar-benar terjadi.

Ini bukan satu paradoks kepada sesiapa yang mengenali saya. Saya ada dua sisi. Ada orang akan mengatakan saya seorang yang cepat menggelabah, dan ada yang akan mengatakan saya sebagai seorang yang terlalu tenang / cool, taking it easy too much.

Sukar untuk saya mejelaskannya kepada sesiapa yang tekun dan komited untuk melabel saya berdasarkan sisi pandangnya. Mungkin saya juga tidak bersungguh-sungguh untuk membuktikan kepada sesiapa yang melabel saya seperti di atas, yang saya juga mempunyai sisi yang berbeza.

Biasanya, saya akan jadi opposite kepada orang yang melabel itu. Contoh mudah adalah isteri saya. Biasanya ketika saya menggelabah, ketika itu jugalah beliau take it easy too much, sehingga saya menggelabah. Tetapi ketika beliau menggelabah, ketika itulah saya dianggap beliau seperti perlahan bertindak.

Dengan bos juga begitu.

It’s tough. Sebab saya rasa itu strategi yang terbaik. Jika kapal terbang sedang menjunam jatuh, tidak perlu semua pilot menggelabah. Cukup seorang sahaja, maksimum. Seorang dari pilot tersebut mesti tenang mengemudi. Kalau semua panik, nahas nanti.