Kerajaan Malaysia dalam beberapa tahun kebelakangan ini banyak dikritik sebab tak berapa cakna dengan masalah rakyat. Ini tidak termasuk lagi kelemahan pengurusan sumber yang buat rakyat lagi marah. Saya pun bukanlah penyokong kerajaan, tetapi dalam suasana Hari Raya ni dan menyedari betapa pentingnya kita bersyukur dengan nikmat yang ada (bersyukur kepada Tuhan, bukan kepada kerajaan), saya ingin berkongsi dua benda yang Kerajaan Malaysia buat dengan betul.

1) Keputusan untuk membangunkan Terminal Bersepadu Selatan (TBS) dan menghimpunkan kesemua operasi bas ekspres di TBS.

Saya masih ingat ketika terbaca mengenai KL Sentral ketika Tingkatan 4 dari surat khabar. KL Sentral dikatakan sebagai hub transportasi KL, segala-galanya ada di situ.

Saya ketika itu bersekolah di Sek. Men. Sains Hulu Selangor (SEMASHUR). Hulu sangat. Tak ada pengangkutan awam (bas mahupun teksi) yang lalu di situ. Ketika cuti semester, sekolah akan aturkan bas untuk bawa pelajar yang akan menaiki bas ekspres ke stesen komuter Rawang (ataupun kena aturkan pengangkutan sendiri, tumpang pelajar-pelajar lain yang balik ke KL).

Anda perlu faham. Saya berasal dari Pantai Timur. Walaupun sekolah di Hulu Selangor, tetapi tetap Selangor. Hulu-hulu Selangor tetap tidak sama dengan Hulu di Pahang. Bila terbaca mengenai KL Sentral, saya pun nak try lah. (imagine keadaan jakunnya saya time tu. KLCC pun saya first time tengok dua tiga bulan sebelum tu, walaupun dah beberapa tahun wujud).

Dengan penuh keyakinan, saya naik Komuter dari Rawang menuju ke KL Sentral. Sebab konon-kononnya KL Sentral adalah pusat pengangkutan ibu kota. Semuanya ada di situ. (alternatif sebelum itu adalah naik komuter, di PWTC tukar kepada STAR). Sampai di KL Sentral, saya kagumlah. Not bad. Keluar stesen komuter tanya orang dekat kaunter, kat mana kaunter tiket bas ekspres? Sekali dia cakap, “Mana ada bas ekspres kat sini dik. Adik kena naik dekat Puduraya.”

What the heck? Pusat pengangkutan apa takde bas? Ada stesen keretapi dengan ERL pergi airport pusat pengangkutan apanya. STAR pun tak lalu.

Saya kecewa. Dalam paper sikit punya gah tulis. Siap ada sisipan sendiri. STAR tak lalu, bas ekspres tak ada.

Stesen Puduraya lagi best kalau macam tu. Ada bas ke mana-mana dan ada STAR.

Akhirnya 15 tahun kemudian, apa yang saya imaginekan selama ini menjadi kenyataan dengan kewujudan TBS. Memang memudahkan. Contohnya, saya kini bermaustautin di Terengganu jika saya perlu ke luar negara, saya hanya perlu menaiki bas ke TBS, dari situ ambil KLIA Transit ke KLIA atau KLIA2.

Tak perlu dah kalau macam dulu naik bas sampai Pekeliling, lepas tu naik teksi pula ke KL Sentral atau Puduraya untuk ke KLIA.

tbs1

2) UTC

Dulu, nak buat IC atau passport memakan masa seminggu. Kalau setakat nak buat IC tu, memang kena cuti sehari. Punyalah ramai orang dan karenah birokrasinya memang menjemukan.

Namun sejak ada UTC ni, proses nak buat passport dan IC ambil masa tak sampai satu hari. Kadang-kadang sejam dua jam. Ini satu delivery efficiency yang wajar dipuji. Sesuatu yang hampir semua rakyat Malaysia dapat nikmati.

For these two things, thank you and keep it up.