Alhamdulillah. Saya agak jarang menulis di blog ini kebelakangan ini sebab saya cuba hidup sebagai seorang atlit dan memastikan badan saya dalam kondisi optimum supaya boleh perform di siang hari (bermaksud, tidur awal dan kurangkan waktu depan skrin). Pada masa yang sama, waktu tidak online itu saya gunakan untuk membaca. Kebetulan bulan March ini saya terjumpa buku-buku yang menarik (biografi Pak Lah dan seorang investment banker dari Goldman Sach), jadi saya lebih banyak membaca.

Pada saya, pejabat adalah tempat untuk saya perform. Jika saya pelakon, pejabat adalah pentas. Jika saya atlit, pejabat adalah gelanggang. Jika saya Azizulhasni Awang, maka pejabat adalah velodromnya.

Penat memang penat. Tekanan dan pace tu memang semakin tinggi di pejabat. Tapi saya cuba untuk menguruskan emosi dan kondisi diri dengan lebih baik. Bulan Jan & Feb, not so bad. March, goyang but not bad. Semoga saya diberi kekuatan untuk mengharunginya dan semoga masalah tidak besar sangat untuk dihadapi.

Di pejabat kita akan bertemu pelbagai karakter. Satu lesson learnt yang saya belajar dari pengalaman adalah kepentingan untuk kita kosongkan muka dari emosi. Kita sedih ke, kita terkejut ke, kita kena maintain cool dan tenang. Saya tak suka gaduh-gaduh dan bising-bising (read: orang marah-marah di sekeliling). Kita kena maintain muka poker face walaupun dalam hati kita tengah melompat.

Cuma kita kena faham dan arif dengan situasi yang kita hadapi. Sebagai contoh, kalau sesama rakan sekerja kita yang mengada dan cuba create a scene, maintain poker face kita. Tetapi kalau dengan bos, jika bos marah kita, kita kena tahu macam mana preference bos kita. Ada bos kalau kita buat muka toya, lagi dia naik angin. Ada bos prefer kita buat muka bersalah, merah muka (walaupun sebenarnya bukan salah kita yang menyebabkan dia marah), jadi kita layankan. Show them the face.

Macam mana nak tahu? Dengar ayat bos waktu dia cakap. 2-3 ayat pertama memang kita tak boleh baca. Tapi kalau dah setengah jam membebel, kita pasti dapat hint apa preference dia. Contoh kalau ada ayat “I geram betul dengan XXX, dah XXX, lepas tu buat tak tau” (or similar phrase). Dari sini walaupun dia tengah cakap pasal orang lain, kita tahu dah dengan dia ni, kita tak boleh tunjuk muka kental dan tak bersalah.

Tetapi ada juga kawan sepejabat yang over dan mengalahkan bos. Kalau orang macam ni, preference saya dari pengalaman adalah, jangan mengalah. Tetapi jangan gaduh juga. Sebab gaduh dan bertekak ni tak menguntungkan sesiapa. Ubatnya adalah dengan ubah topik, dan tidak melayan topik yang menjadi “fuse” colleague kita itu. Jangan lari terus, tapi ubah topik, ubah topik dan beransur-ansur chow dari scene. Kalau buat-buat tak dengar pun okay, kalau situasi mengizinkan.

Lesson learnt yang saya pelajari dari pengalaman satu lagi adalah, jangan ego dan jangan nak menang sentiasa. Ada seorang rakan sekerja saya yang boasting kepada saya, kononnya beliau sudah boleh membaca saya dan trik-trik saya, kononnya. Dalam hati saya ketika itu, teringin sahaja saya menidakkannya dengan memberikan bukti-bukti bagaimana sebenarnya ketika beliau “membaca” saya dan menjangka apa yang saya buat tu, sebenarnya beliau berada di exactly tempat yang saya mahukan beliau berada. 

Tapi saya sedar, jika saya defensif dan “membuka” rahsia diri sendiri, saya telah mendedahkan trik-trik baru dan sekadar memandaikan orang lain untuk membaca apa tindakan saya yang seterusnya dan trik-trik yang saya ada.

Jadi, saya diamkan sahaja. Tak berbaloi untuk menang perdebatan, tapi kalah perperangan. Kita kena buka langkah berdasarkan lawan yang kita hadapi. Jangan dedahkan teknik lawan mahaguru waktu kita lawan macai. Nanti bila betul-betul lawan mahaguru, mahaguru tu dah boleh baca langkah kita sebab dia dah perhatikan kita time lawan macai tadi. 🙂