Bunyi office politics ini jijik. Orang nak bekerja, buat apa nak berpolitik pula. Politik menghalang kerja sebenar di buat. 

Saya setuju 100% dengan kenyataan di atas. Tetapi office politics ini wujud. Not handling it well, will reduce our effectiveness untuk buat kerja. To believe otherwise, or you can thrive without properly handling it, is naive.

Tak ada orang nak mengaku dia terlibat dalam office politik. Tetapi kalau dia kerja di pejabat yang lebih dari 10 orang, dia terlibat sebenarnya. Cuma dia tak sedar. 

Symptoms atau tanda-tanda kita mengalami masalah di pejabat adalah apabila kita mula bermasalah dengan rakan sekerja. Boleh jadi bos, rakan-rakan mahupun staf-staf kita.

I am not an expert, tapi with 8 years experience dalam culture check and balance dan birokrasi, ada satu prinsip yang saya rasa stood the test of time dan boleh dipegang. “Prinsip Jangan Cari/Buat Musuh”.

Prinsip ini mudah. Semua orang boleh pegang dan mahu percaya. Tetapi mahu praktiknya susah. Semua orang tak nak bermusuh, terutamanya dengan orang baik. Masalahnya adalah apabila kita nak praktikkan benda ni dengan orang yang kita tak suka.

Kadang-kadang kita terlepas pandang, kita rasa kita di pihak yang benar. Jadi kita rasa musuh yang create diri sendiri sebagai musuh. Bukan kita. Ini crack pertama dalam antibodi kita. 

Kedua, ia akan diikuti dengan perasaan, aku tak perlu pun orang yang xxx (orang yang kita tak suka). Secara perlahan-lahan, kita meniti jalan gelap.

Sebab di pejabat ni, kita perlukan teamwork. Kita mungkin rasa yang, sekian-sekian bukan team kita, tak related dengan kita, so it doesn’t matter. Nope. It doesn’t work that way. Kita tak boleh kerja dengan efisien seorang diri. Kerja boleh, tapi akan ada banyak aral melintang di tengah jalan. Dan jiwa kita akan terseksa. We can’t please everyone, but we MUST be nice to everyone.

Biarlah orang balik najis pada kita, kita mesti balas dengan bunga.

Orang cakap, senang lah cakap. Saya akan cakap balik, gila apa? Ingat senang. Boleh jadi gila kot. 

Kita perlu tahu yang manusia ni bukan robot. Robot kita dah boleh set nak jadi baik atau jahat. Hidup ini pun bukan filem. Watak jahat dan watak baik dah clearly identified.

Ingat orang baik dekat dunia ni macam malaikat? Tidak. Orang baik berusaha untuk jadi baik. Orang baik pun buat salah dan tersalah cakap. Tapi dia ikhtiar, steadfast untuk jadi baik. Ada buat salah, course correct. Make 98% correct choice, correct decision. Orang baik ni bukan orang perfect, tapi orang yang sentiasa berusaha untuk jadi baik.

Okay, bila manusia ni bukan robot dan hidup bukan macam dalam filem, kita perlu tahu yang sempadan baik dan jahat ni dekat dan kadang-kadang tak jelas.

Orang yang dianggap baik hari ni, boleh jadi jahat esok. Orang jahat semalam, boleh jadi baik hari ini.

Dia akan berubah status bila dia buat keputusan-keputusan nak jadi baik atau jahat dalam hidup dia.

Contoh kita benci seseorang itu sebab dia jahat, dan kita jadi mangsa. Ok, justified lah, kita baik dan dia jahat hari ni.

Tapi esok, kalau kita benci dia lagi sebab kejahatan dia semalam, dan hari ni dia dah buat keputusan untuk jadi baik (walaupun tak permanent), kita mesti treat dia sebagai orang baik (walaupun dia akan betray kita pada masa akan datang). Sebab at that moment, dia baik. Kalau kita benci dia hari ini, kita yang jahat. 

Jadi, prinsip “Jangan Buat Musuh” tu kita kena pegang kemas-kemas. Untuk orang baik atau jahat, ia terpakai. Itulah ujian yang sebenarnya.

Ada satu sisi gelap prinsip ini. Rebel akan anggap kita macam lalang. Takde pendirian. Ada benarnya.

Sebab prinsip kita adalah, jangan create musuh. Itu je yang kita pegang. 

Kalau musuh kita hulurkan salam perdamaian, kita kena sambut. Kalau tak, kita dah create musuh dan dah berlawanan dengan prinsip kita tak nak create musuh tu.

Lalang walaupun meliuk lintuk ditiup angin, tapi akarnya mencengkam bumi. Susah nak dicabut. Walaupun lalang ni tak berguna, walaupun dia nampak lembik, tapi kalau diredah dia gatal. Dia tak mencederakan orang, tapi dia annoying kalau di lawan.

Cukup lah kot sekadar annoying. Takkan kita nak bunuh orang pasal kerja pejabat. It’s not a shame jadi lalang.

Jadi pokok yang berakar tunjang, di tiup angin sepoi-sepoi ok lah. Tapi kalau ribut taufan melanda, boleh tercabut pokok. 

Harus diingat, lalang hidup berjemaah. Tapi pokok tunjang bila dah besar, pokok lain susah nak tumpang. Sebab kawasan sekeliling dia kena bagi “space” untuk dia. Tak berapa subur kawasan dekat-dekat dia. It’s lonely.

10 years ago, it didn’t sound right to write this. Jadilah lalang. Office politics is okay. Jijik bunyinya.

Tetapi pengalaman mendewasakan. Ada benda yang kita boleh ubah, ubahlah. Ada benda yang kita tak boleh ubah, kita buat yang terbaik supaya hidup kita boleh provide the greater good.