Beberapa bulan lepas ketika saya mula menulis untuk mendapatkan clarity, mengenai bagaimanakah rupanya kehidupan saya selepas Kerteh. Saya telah memberi empat senario.

Alhamdulillah, pagi ini saya telah mendapat satu glimpse yang konkrit. Alhamdulillah, mimpi boleh jadi realiti.

Rupa-rupanya, dari empat senario tersebut ada satu lagi senario tambahan ke lima yang lebih baik dan mengujakan. Overseas with P. 

Ini memanglah satu senario yang legit, tetapi ketika itu walaupun terlintas di fikiran saya, tetapi saya tidak consider langsung sebab chancesnya agak nipis. Terlalu banyak perkara di luar kawalan saya yang kalau nak letakkan sebagai cita-cita pun terlalu kecil. Namun akhirnya, itulah takdir Allah untuk saya. Alhamdulillah.

Tahun depan, insyaallah saya akan menulis dari Iraq.