Sepanjang minggu ini, masa saya terisi dengan penuh. Setiap hari banyak perkara perlu diselesaikan dan banyak juga berjaya disudahkan. Kalau ada kelapangan sedikit pun, mungkin hari ini sahaja, mood kerja masing-masing agak terganggu apabila internet connection terputus seketika.

On Life

Suasana di luar sana berdasarkan berita agak merunsingkan. Di dalam kem, uncertainty is in the air. Untuk orang yang macam saya, outbound lagi 3 minggu, tension tu tak obvious sangat. Tapi untuk orang yang sepatutnya outbound esok, mungkin perasaan tu macam roller coaster menantikan kepastian sama ada akan ada trip outbound ataupun tidak.

Aktiviti seharian berjalan seperti biasa. Persediaan yang patut telahpun dibuat, insya-Allah semuanya akan selamat.

Disebabkan oleh rusuhan dan konflik yang berlaku, kerajaan Iraq telah menghadkan capaian internet di hampir seluruh Iraq. Ada sesetengah lokasi, tiada internet terus. Ada sesetengah lokasi pula capaian kepada media sosial seperti WhatsApp, Instagram, Twitter dan Facebook yang di block.

Di kem ini, internet masih ada untuk satu jangka masa yang tidak pasti, tetapi capaian kepada media sosial di block. Tetapi laman-laman yang di block ini masih boleh diakses menggunakan VPN. Bersyukur saya subscribe kepada VPN dua bulan lepas.

Saya telah diberitahu yang tidak ada siapa yang boleh beri jaminan internet ini boleh ada sampai bila. Sebab diluar memang dah tak ada connection. Saya pun dah pesan kepada keluarga supaya jangan risau kalau saya tidak call (biasa saya akan call setiap hari). Mental preparation tu ada.

Tetapi benarlah, perancangan dan bila kita mengalaminya tidak sama. Pagi tadi dalam sejam lebih Internet betul-betul terputus. Ada orang telah disconnected dari jam 12 malam semalam. Bila saya mengalaminya sendiri, barulah teringat macam-macam belum sempat dipesan kepada keluarga. Waktu tu baru terasa yang macam belum bersedia untuk total blackout. Period tidak ada internet itu memberi clarity dalam fikiran dan tindakan.

Alhamdulillah selepas sejam lebih, internet kembali pulih. Saya terus call keluarga untuk inform semuanya okay dan bagitahu mengenai apa perlu dibuat jika emergency. Sebelum ini saya sudah tinggalkan pesanan, tapi lebih kepada short emergency sementara menanti saya pulang. Bagaimana kalau saya prolonged tidak dapat pulang dan dihubungi. Jadi setelah menyampaikan pesanan tersebut, lega sedikit rasa.

On Death

Sebenarnya, seperti yang saya katakan kepada isteri saya. Saya tak berapa takut sangat mati sekarang ini. Jika ditakdirkan ajal saya di bahagian bumi belah sini, alhamdulillah. Insyaallah ok. Bukanlah over confidence preparation tu dah cukup. Selagi kita tak ada jaminan syurga, memang lah rasa ada room for improvement, tapi oklah. Kita rasa Allah tu Maha Adil dan sentiasa mendengar. Manusia di dunia? Belum tentu. haha.. Cuma janganlah menderita, melarat dan menyusahkan orang.

Masalah banyak di dunia ni banyak disebabkan oleh manusia. Semua tempat ada cabaran, tetapi setakat ini cabaran di sini normal. Cabaran dan masalah yang ditinggalkan di Malaysia yang lebih buat serabut fikiran. Mujur di rotation kedua ni tak banyak sangat dihubungi oleh office di Malaysia lagi. Own-it terlebih pun payah juga. Saya harap, it stays that way.

Di sini setiap akhir rotation, akan ada hand-over kepada back to back kita. Proses tersebut memberi banyak clarity. Tidak ada istilah orang ini lebih tahu dari orang itu, vice-versa. Apabila back to back kita outbound off rotation, kita tahu atau tidak tahu, kita kena uruskan dan selesaikan.

Good thing is, kalau kita dah tiada di dunia ini, tiada siapa boleh call kita lagi. Dan hubungan kita dengan dunia pun sudah terputus. Dan kalau kita percaya kita dah hidup sebagai mukmin yang baik, ok lah.

Sebab itulah saya katakan, at this point of time, kematian tidak berapa menakutkan, bila dunia selalu contribute kepada kerisauan. Cuma tak bolehlah bunuh diri atau letakkan diri dalam bahaya dengan sengaja kan. Tapi kalau dah ajal, harap-harap semuanya ok.

Berada di sini, susah nak dikatakan dari segi spiritualnya di mana yang lebih baik, di Malaysia atau di sini. Dua-dua tempat ada kelebihan masing-masing. Cuma di sini, distraction kurang, masa untuk self-reflection lebih banyak. Harap-harap bekalan yang di bawa mencukupi.

Saya pernah ditanya, jika kita akan mati sekejap lagi dan boleh memberi pesanan terakhir, apakah pesan itu. Maka inilah pesan saya kepada semua;

“Saya mohon maaf jika ada salah, silap dan dosa kepada semua, halalkan makan minum dan hutang-hutang saya. Saya telah menjalankan semua tanggungjawab dan amanah sebagai manusia muslim, khalifah di dunia sebaik yang saya boleh, redhailah pemergian saya, janganlah tuntut apa-apa dari saya di akhirat nanti. Doakan saya mendapat husnul khotimah, dibebaskan dari seksa kubur dan ditempatkan di syurga tanpa hisab.Assalamualaikum”

Salam Akhirku