Banyak anekdot mengenai Hari Raya Aidiladha di sini yang boleh saya tulis atau kongsikan. Maklumlah, Hari Raya Korban ini adalah Eid Mubarak untuk orang Iraq (berbeza dengan kita di mana hari raya puasa lebih meriah) Tetapi bukanlah tujuan saya menulis ini sebagai travelog. Lebih kepada catatan peribadi saya untuk revision kemudian.

Lagipun satu catatan panjang lebar berbentuk anekdot telah saya kongsikan di FB, cukuplah.

Apa yang ingin saya rekodkan, ini kali pertama saya menyambut Hari Raya di perantauan, jauh dari keluarga. Memang ini yang saya tunggu sebenarnya. Lebih dua puluh tahun. Saya tak boleh skip Hari Raya tanpa sebab, memang emak saya tak bagilah. Pergi bercuti lepas raya pun emak saya tak berapa bagi. Tetapi kali ini terpaksa berjauhan sebab tugas, itu tidak mengapa. hehe..

Sedih ke? Entahlah, tidak juga. Cuma saya rasa bagus juga. Ia buat saya lebih menghargai hari raya. Dengan berada jauh kali ini, definitely 100% saya akan lebih menghargai hari raya yang akan datang apabila berpeluang merayakannya bersama keluarga.

Secara peribadi pula, saya turut berpeluang fine tune takbir raya saya (secara video-con dengan emak saya), memang rare. Sebab sebelum ni memang tak ada sebab untuk saya buat macam tu kalau di depan mata.

Alhamdulillah, pengalaman-pengalaman ini membuatkan saya menjadi manusia yang lebih baik. Insya-Allah.