Saya enjoy bekerja di sini. Dalam sebuah organisasi besar dan berlapis-lapis birokrasinya, bekerja di “frontier” seperti ini rasa seperti dalam sebuah startup. Lebih agile.

Bekerja dengan pelbagai budaya pun memberi perspektif berbeza. Cabaran? Ada, tapi di mana-mana pun ada cabaran. Worth it dan tidak worth it sahaja. Cabaran di Malaysia, worth it. Tapi cabaran di sini sangat worth it. So, tak boleh complain.

Ini minggu pertama saya bertugas solo. So far masih steady.

On personal side, saya kena mula jaga makan, cari masa untuk exercise dan have a plan untuk kembali kepada fitness level awal tahun, jika tidak lebih baik.

Satu lagi perkara yang saya rasa perlu direkodkan, bulan pada waktu malam di sini adalah bulan yang paling cantik saya pernah tengok (walaupun cuma bulan sabit). Terang, jelas dan kuning yang betul bersinar.