It’s time.

Personally saya suka dan prefer cara bekerja dalam rotation begini. Masa yang berkualiti untuk bekerja dan masa yang berkualiti untuk keluarga.

Ada perkara yang perlu di fine tune sudah tentunya, tetapi untuk kesihatan mental, ia sangat baik (saya tidak berani kata terbaik lagi kerana perlu melalui beberapa cycle sebelum boleh membuat konklusi demikian).

Saya akan bertolak sebentar lagi ke lembah Sungai Furat. Antara tempat yang bertuah (ataupun tidak bertuah) yang namanya telah disebut sejak ratusan tahun dahulu.

Perjalanan hari ini sudah tentunya berbeza dari perjalanan kali pertama tempoh hari. Kali ini saya lebih bersedia, dan saya sudah nampak secara kasar apa yang akan dialami. Dan lebih yakin.

Juga lebih jelas apa yang penting, seronok dan menyeronokkan (KFC & Pappa Rich lebih best dari lounge Emirates).

Tempoh R&R ini selain dipenuhi dengan masa bersama keluarga, turut saya gunakan untuk catch up dengan rakan-rakan lama.

Saya harap dan saya doakan mereka bertabah dan berjaya mengharungi hari-hari mendatang dengan cemerlang dan menguruskan isu-isu yang timbul sebaiknya, ibarat menarik rambut di dalam tepung, rambut tak putus dan tepung tidak berserakan.

Untuk saya pula, saya berdoa supaya dipermudahkan urusan, tidak dibebani dengan isu-isu berat yang merunsingkan fikiran dan dapat menyelesaikan tugasan-tugasan yang ada dengan tuntas dan pantas. Cemerlang dari mata manusia dan cemerlang juga dari pandangan Ya Rabbi.

Semoga keluarga saya juga dilindungi Allah sentiasa, semasa saya ada di sisi dan semasa saya di perantauan.

Alhamdulillah atas nikmat ketenangan fikiran, kecukupan masa dan keberkatan rezeki ini Ya Allah. Aku doakan supaya saudara-saudari ku yang lain juga dapat menikmati nikmat ini.