Wow. Tempoh R&R saya di Malaysia kali ini sangat berkualiti. Walaupun tidak dapat buat semua benda yang saya plan hendak buat, tetapi apa yang saya perlu buat, dapat di buat. Tidak rushing. Contohnya, hantar adik saya balik kampus beliau. Jika sebelum ini, petang tu akan kena balik ke Kerteh terus dari Nilai, kini kami boleh bermalam di Cyberjaya secara unplanned setelah melihat highway menghala ke Kuala Lumpur jam teruk.

I wish for everyone can experience this serenity in life. Kenapa lah kita kena stress2 dalam life ni kan? (haha… siapa punca stressor ni? Ya Allah, ko berilah hidayah kepada manusia punca stress orang lain ni)

In another note, insya-Allah bulan November nanti saya akan mengerjakan umrah akhirnya. Sesuatu yang telah saya plan dari tahun lepas. Cuma dengan uncertainty mengenai halatuju saya ketika itu membuatkan rancangan tersebut ditangguhkan sementara.

Saya sebenarnya berniat kali ini mahu mengerjakan umrah secara DIY. Namun kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Saya akhirnya mendaftar untuk mengerjakan umrah dengan Al Quds Travel.

Visa untuk musim umrah kali ini agak complicated dan saya rasa cukuplah dan tidak perlulah saya runsing2 dengan ketidak pastian visa, tarikh dan urusan perancangan perjalanan. Serahkan sahaja kepada yang pakar untuk menguruskan. Saya boleh fokus kepada ibadat umrah dan apa yang saya mahu hasil dari umrah tersebut sahaja. Mungkin saya kan share lagi nanti, travelog umrah musim kedua. 🙂

Clock is ticking, countdown untuk kembali ke Iraq sudah bermula.