Di rotation ini saya berpeluang menjejakkan kaki ke bandar di sekitar. Bandar Al Rifai dan juga Bandar Qalaat Sukkar untuk lawatan tapak projek. Kedua-dua bandar ini sebelum ini sukar saya gambarkan, baik dari segi lokasi, suasananya, bahkan dari segi kewujudannya.

Apabila menerangkan mengenai kedua-dua bandar ini kepada keluarga di Malaysia, saya sering memberi analogi perbandingan Kerteh, Kemasik dan Kemaman. Tapi, mungkin saya akan menceritakan mengenai kedua-dua bandar ini kemudian.

Sekarang saya ada jadual penuh tugasan yang terlalu padat yang perlu diutamakan. Secebis tulisan ini cuma escapism setelah buntu idea untuk menyiapkan kertas kerja.

Saya sudah lama tidak pening kepala atau stress, terutamanya di sini. Tetapi kini ia datang semula. Berat. Harapnya cuma sementara. Sekarang baru saya faham kenapa apabila seseorang itu semakin lama di sini, mereka semakin menyampah dengan kebobrokannya.

Join Me in My Quest
To live, learn & spread the love in this world.
Will share with you tips, updates & latest books recommendation.