Kaizen adalah nama baru bagi siri Annual Audit di blog ini. siri muhasabah tahunan yang saya lakukan di blog ini. Anda boleh melihat Lift Off 2019Lift Off 2017Lift Off 2016Lift Off 2015Lift Off 2014Lift Off 2013 (tak lengkap) , Lift Off 2012 , 2011 dan 2010 yang saya pernah saya catatkan di blog ini.

Saya tukar nama ni sebab setelah beberapa tahun melakukan sesi annual audit ini, saya perlukan kelainan untuk maintain motivasi tu. Cuma, pada pendapat dan pengalaman saya pada tahun 2020 yang saya skip proses annual audit ini, lebih baik ada dari tidak ada. Proses annual audit tu, sangat beneficial.

Actually kaizen pun saya tak berapa excited sangat, sebab bunyi sangat cliche. Saya dah dengar dari saya sekolah rendah rasanya perkataan tu. Tapi saya tak sempat nak fikir perkataan baru betul-betul, saya nak tumpukan kepada proses annual audit itu sendiri buat masa ni. Maybe later saya boleh cari perkataan lain untuk ganti kaizen tu.

Untuk tahun ini juga saya akan buat secara “loose”. Sekadar untuk get back on track.

2020 In General

Wow. Ini adalah tahun yang dinanti-nanti. Sejak saya darjah dua lagi. Saya rasa kita semua sedia maklum, promosi Wawasan 2020 ketika tahun 90-an dahulu. Saya adalah generasi itu. Karangan lah, lukisan lah. Dan sudah semestinya, 2020 bukanlah seperti yang saya gambarkan ketika kecil dahulu.

Cuma bila ingat mengenai apa yang saya lalui, saya rasa macam teringin nak jumpa cikgu-cikgu sekolah rendah saya, terutamanya ketika darjah dua dan tiga tu.

Saya teringat sangat ketika kena lukis kehidupan zaman 2020, ketika saya tanya cikgu nak lukis apa, cikgu cakap lukis lah apa-apa yang kamu rasa tahun 2020 tu macam mana. Kamu nanti ada masa tu. Cikgu dah tua, entah-entah dah mati.

Sedar tak sedar saya telah meninggalkan bangku sekolah rendah kira-kira 23 tahun lepas. Jika secara puratanya cikgu-cikgu saya ketika itu berusia dalam 30-40 tahun, mereka sekarang sedang di usia persaraan. Terasa tua pula saya.

Walaupun 2020 tahun yang sedikit rencam, tetapi ada dari beberapa segi ia baik dan memang dari beberapa segi, ada ruang untuk diperbaiki.

Keluarga

Alhamdulillah. Saya rasa ini satu segmen yang baik untuk saya pada tahun ini. Musim PKP dari March hingga June itu adalah antara masa yang paling bermakna dan seronok yang saya spend dengan isteri saya. Masa yang sangat berkualiti.

Kebetulan pula, sejurus sebelum (4 hari) PKP bermula, kami baru pulang dari trip ke Turki di mana saya dapat menunjukkan kepada wife saya, kenapa kena pergi Cappadocia dan kena naik belon udara panas. Saya juga dapat demonstrate kepada beliau, maksud tidak mudah mengalah. Kami terpaksa adapt itinerari kami di Turki, sebab dua hari pertama kami berada di Capaddocia, cuaca tidak baik dan semua penerbangan belon udara panas dibatalkan. Jika diikutkan isteri saya, kami akan balik ke Istanbul sahaja, tetapi saya demonstrate bagaimana untuk handle circumstances dan really achieve our objective in life secara real life kepada wife saya. Kami extend stay dan berjaya juga naik belon udara panas tu. Puas hati. Alhamdulillah.

Malam sebelum PKP bermula juga, saya perlu catatkan di sini adalah malam yang saya “bertaubat” dan supaya lebih mengalah di jalan raya. Tak perlu marah-marah kepada samseng jalan raya dan tak perlu bertindak-balas walaupun kena cucuk oleh pemandu samseng.

Ceritanya malam itu saya geram sedikit, ada kereta hendak laju di jalan kampung (saya dah bawah 90-100kmj), kereta (Myvi) tu cucuk-cucuk saya. Dia lagi laju lah. Tahulah kan kereta Myvi kalau yang samseng dia tu macam mana. Saya geram sebab itu jalan kampung nak bawak laju-laju pulak. Kampung saya pulak tu. Mentang-mentang jalan kosong. Kalau terlanggar orang ke, penunggang motosikal ke, jalan kampung ni pencahayaan bukan bagus sangat dan kebanyakan penggunanya santai-santai je. Jadi saya pun buat-buat tekan brek jalan. Tekan brek jalan. Ini ubat untuk samseng yang suka cucuk kereta kita dari belakang lah.

Lepas kena bebel dengan isteri saya, saya ke tepi je lah, bagi dia yang nak cepat sangat. Bila kereta tu lintas, mungkin pemandunya tak puas hati, dia suruh saya ke tepi dengan gaya samseng. Sekali tengok ada tiga orang lelaki dalam kereta tu.

Dalam kereta saya ada isteri saya. Saya tidak sedap hati. Saya tahu, apa jadi pun tak boleh berhenti dan keluar kereta sebab provokasi dah escalate. Saya nak lintas dan teruskan perjalanan tak boleh, sebab driver kereta tersebut nampak memang macam biasa dah jadi samseng jalan raya dengan blocking maneuvernya. Saya pun buat-buat lah nak ketepi sebelum saya corner lipat masuk ke dalam satu simpang kecil yang tidak ada lampu, tetapi saya tahu kewujudan simpang tersebut.

Samseng tersebut telah terlajak dan kereta mereka telah perlahan. Jadi dia ambik masa untuk bertindak, plus dia kena pikir nak kejar ke tidak. Selepas lipat masuk corner tersebut, saya masuk beberapa corner lagi supaya samseng tersebut tidak dapat mengekori saya.

Selepas beberapa corner saya ingat saya telah berjaya dan saya menuju ke rumah. Tiba-tiba saya sedar ada kereta dengan lampu yang ditutup dibelakang saya. Saya terus membatalkan hasrat balik ke rumah sebab nanti samseng tu tahu pula saya tinggal di mana.

Waktu tu jantung tak yah cakaplah, kepala ligat berfikir. Saya rasa no choice. Kena pergi balai polis. Saya nekad. Masalahnya samseng ni cuba untuk potong dan block jalan saya. Jadi agak sukar untuk saya sampai ke balas polis tu.

Jadi saya pun applykan apa yang dia buat. Saya pun tutup lampu, drive dalam gelap. Samseng tu rapat kat belakang. Speed tak yah cakap. Nasib baik trafik tak banyak sebab malam sebelum PKP, orang banyak dekat rumah dah.

Sampai ke tapak pasar malam dia telah berjaya lintas saya dan blocking jalan. Kali ni memang nekad saya nak ke balai polis. Which saya pun tak pasti boleh sampai atau tak. Saya terpaksa guna taktik tadi sekali lagi. Pura-pura nak berhenti. Dalam tapak masar malam tu saya pun buat ala-ala reverse macam drift tu dan ikut simpang tepi tapak tersebut untuk lari dari blocking mereka dan pergi ke balai. (Nasib baik kampung saya, jadi saya familiar dengan jalan).

Cuma alhamdulillah nasib saya baik. Mereka tak ikut dari belakang, tapi mereka pergi simpang depan untuk potong saya. Jadi bila saya dapat lihat mereka confirm masuk simpang depan, saya reverse kereta selaju mungkin keluar dari simpang tadi tu, dan masuk simpang lain yang menuju ke arah berbeza.

Saya tutup lampu dan drive secepat mungkin ke kawasan rumah (dah dekat dah). Dan nasib baik juga rumah kampung. Jadi saya park kereta dalam kawasan bayang-bayang rumah (bukan di garaj macam biasa) dan masuk ke rumah dengan cepat. Lampu rumah semua tutup. Kalau orang tak biasa maybe tak nampak pun ada rumah kat situ.

Alhamdulillah berjaya terlepas. Paling saya bersyukur diorang decide untuk potong saya ikut lorong lain dan tidak ikut rapat belakang. Kalau ikut rapat memang susah nak lepas sebab hati mereka lagi kering (pecut), jadi susah saya saya nak tinggal.

Mulai dari kejadian tersebut, saya bertaubat lah. Nak cucuk ke, nak apa ke, tak guna signal ke, ikut kau lah. Saya tak nak menunjukkan apa-apa reaksi di jalan raya lagi. Baik hon, ataupun lampu ataupun apa-apa.

Saya letakkan di bawah chapter “Keluarga” kerana saya risaukan isteri saya ketika itu. Jika saya seorang, maybe saya lebih berani untuk berhenti dan setel.

Seterusnya saya juga menjadi antara yang paling banyak balik kampung di Kuantan compare dengan adik beradik saya. Mereka akan cakap saya dekat lah, PKP lah bla bla bla. But they all know yang that’s all excuses. Saya juga yang lebih banyak pergi ke rumah diorang instead of diorg datang Kerteh (which they did in February) which is a very good occassion as well. I wish they can come a lot more so that I can show them how to enjoy good quality of life (balik kampung pun duduk rumah je).

Kewangan

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah juga. PKP yang betul-betul dilift-off kan dalam bulan June macam tu. Jadi aktiviti ekonomi boleh bernafas sedikit. Dari segi kewangan saya membuat keputusan untuk hire seorang Certified Financial Planner tahun ini.

Sebelum ini saya tidak rasa ada keperluan, bahkan ketika saya membuat keputusan ini pun, saya tidak rasa ada keperluan, cuma saya mahu lihat apa nilai tambah yang boleh seorang certified financial planner ini berikan.

Secara laymannya, saya sendiri ada asas finance dan juga personal finance. Bahkan, ada aktiviti yang kami buat seperti buat personal balance sheet dan income statement, telah saya lakukan sejak 2017 lagi.

Walaupun begitu, saya tetap rasa yang ia adalah keputusan kewangan yang paling baik dan tepat pada masanya yang saya ambil. Ia memberi saya lebih clarity, a good sounding board dan juga financial advisor.

Setelah beberapa sesi, beliau memahami sepenuhnya preference dan risk tolerance saya dan dapat memberi panduan dan strategi berkesan untuk memastikan optimum risk vs return.

Saya juga nampak angle yang sebelum ini saya kabur. Dan yang lebih penting, kami telah dapat work together untuk menghasilkan satu asas yang kukuh untuk saya follow, insya-Allah.

Sebelum ini lebih banyak kepada guesswork dan juga hasil bacaan. Which has served me well, tapi bekerja dengan seorang CFP ni memberi that perbezaan di antara B+ ke A+. That extra edge.

Akan bersambung…

Join Me in My Quest
To live, learn & spread the love in this world.
Will share with you tips, updates & latest books recommendation.