Sabri.me, Inside Out

A-Type Geek, All Around Family Man

For The First Time Reader

Welcome & Selamat Datang!

I hope you enjoy what you read so far.

Where are the Best Articles? The Recommended Reading?

Check the sidebar, under “My Best Articles”. All them are highly recommended.

Something You Need to Know About My Writing Style

Kenapa saya tulis apa yang saya tulis?

Kenapa apa yang saya tulis berbeza? Unconventional sedikit jika dibandingkan dengan nasihat-nasihat yang selalu orang berikan?

Kenapa saya suka tulis mengenai perkara yang “soft-soft” (berkaitan emosi)? Bukankah banyak perkara lain yang lebih penting yang boleh diulas?

Pada suatu hari, saya tertanya-tanya diri sendiri. Apakah legasi aku setelah aku tiada di dunia ini? Jika disebut Sabri, apakah yang orang akan ingat?

Saya bukanlah seorang pemimpin besar yang mahu diingati dengan sumbangannya kepada negara ataupun dunia yang tiada tolok bandingnya (walaupun niat ke arah itu sentiasa ada, Insya-Allah). Sumbangan saya kecil sahaja.

Cukuplah orang yang pernah mengenali saya tahu saya sentiasa menggalakkan mereka untuk tidak putus asa dan mereka berasa lebih positif selepas bertemu saya. Bukan kerana jangan putus asa sebab mahu memotivasikan mereka, tetapi kerana mereka memang hebat. Amat sayang dan rugi dengan kebolehan mereka jika mereka cepat putus asa. I genuinely believe that inside, you have what it takes to get what you dream for.

Kenapa pendapat saya berbeza? Kadang-kadang cara saya ulas berbeza.

Sebab saya menulis untuk orang yang macam saya. Tidak ramai orang yang macam saya. Orang macam saya sukar untuk menerima nasihat cliche yang kadangkala kelihatan tidak rasional. Sebagai contoh, “Time heals all wound”.

Saya tidak mahu berdebat panjang soal ini. Memang ada sesetengah cliche yang betul.

Tetapi, jika kita hendak bercakap dengan orang yang sedang kecewa, dengan orang yang sedang bersedih, dengan orang yang memerlukan nasihat spesifik, mereka tidak boleh terima cliche ini. Mereka mahukan satu kepastian, bukan wishful thinking. Saya menulis untuk mereka.

Bukan untuk mereka yang berpuas hati dengan cliche. Untuk orang seperti ini, ada banyak lagi website di luar sana untuk mereka layari.

Biarlah dari seribu pembaca, hanya seorang yang dapat menghargainya. Itu sudah berbaloi bagi saya.

Tetapi itu tidak bermaksud saya betul.

Saya menulis dari pengalaman. Saya tidak menulis kajian yang tidak diuji dengan pengalaman saya sendiri. I am both book-smart and street smart.

Kadang-kadang saya menulis dari sudut pandangan saya “sedang” mengalami sesuatu. Kadang-kadang saya menulis dari sudut pandangan “selepas” saya mengalami sesuatu (hindsight). Apa yang saya tulis sekadar dari pengalaman, pemerhatian dan pembacaan saya. Ia mungkin jadi benar, ia mungkin jadi salah. Ia cuma pengalaman saya. Tetapi saya percaya pembaca saya cukup bijak untuk membuat keputusan yang terbaik untuk diri mereka sendiri.

Semoga saya dapat tinggalkan legasi yang bermanfaat untuk dikongsi.

My Wish For You

Jika ada mana-mana artikel yang anda suka, sebarkan di Facebook atau tinggalkan komen. Jika anda juga ada blog, I wanna know, atau anda rasa cara kita berfikir serupa, do contact me and let be friends. 🙂

If there’s anything else I can help you with, feel free to let me know. You can email me direct or use the contact form.

Adios and have a good time! 🙂

Sabri

4 Comments

  1. assalamualaikum, nice blog.. btw, name kte sama.. 😀

  2. Waalaikumsalam Sabri,

    Dulu PRS jugak ya? haha… Banyak similarity tu.

    Do share your thoughts as well! 🙂

    Best Regards

    Sabri

  3. Nur

    Trima kasih en Sabri…SAmpaikan ILmu yg sngt2 bermanfaat… I like it 🙂

  4. zanariah

    the cliche “time heals all wound” – caught my eyes and kept me on yr page. Sememangnya pengalaman yg dilalui menafikannya. Time never heal wounds..as time goes by, you learn how to handle the wounds better. Harap dapat berkongsi pengalaman…

Leave a Reply

Powered by WordPress & Theme by Anders Norén