Blog ini lahir pada December 2008.

Saya masih ingat kerana 2008 adalah satu tahun yang cukup bersejarah dalam hidup saya. December 2008 adalah momen di mana saya melangkah keluar dari kampus ke alam dewasa. Detik saya memulakan kehidupan sebagai seorang dewasa di kotaraya Kuala Lumpur.

Pada mulanya blog ini hanya sekadar catatan yang cukup peribadi (masih lagi begitu), di mana saya letakkan “Reading List” saya. Ketika itu saya masih mempunyai blog lain (namely Saifulsham.com) sebagai blog utama. Blog tersebut di baca oleh lebih kurang 5,000 pembaca sehari.

Namun, evolusi dalam kedewasaan dan bisnes menjadikan akhirnya blog peribadi ini sebagai blog utama saya. Ia dalam genre berbeza untuk tujuan berbeza.

Kalau Boleh Dikatakan “Bucket List”

Di sini saya ingin senaraikan beberapa impian saya, ia tidak mudah tetapi saya perlu letakkan ia di satu tempat supaya tidak lupa.

Dan saya juga telah keluarkan beberapa item yang telah di capai (as of Aug 2017) ataupun akan dicapai tidak lama lagi seperti euro-trip dan sebagainya. This is not a bucket list per se, but it’s definitely something that I want to experience doing or to be in the future.

  1. Bawa parents saya mengerjakan umrah dan tinggal di hotel berdekatan dengan Masjidil Haram (boleh lihat Kaabah dari bilik)
  2. Tinggal selama beberapa bulan di Madinah (atau Makkah/Jordan) untuk belajar Bahasa Arab dan immerse dalam komuniti di sana.
  3. Mengerjakan haji dengan pakej VIP bersama isteri
  4. Tinggal di negara Eropah selama sebulan dalam setahun sekadar untuk suka-suka dan menikmati kehidupan di tempat baru seperti local.

Ya Allah, permudahkan dan perkenankanlah.