A-Type Geek, All Around Family Man

Author: Sabri Page 2 of 48

Kayangan 0508: Contentment

Ada orang yang menganggap tempoh kuarantin ini satu tempoh panjang yang membosankan.

Bahkan ada yang lebih teruk, mereka membuat andaian bahawa semua orang merasakan tempoh kuarantin ini adalah tempoh panjang yang membosankan dan berusaha untuk menyumbang aktiviti untuk orang lain lakukan dalam tempoh kuarantin tersebut.

If your life is sad, not every one life is sad. Please. Some people can be contented being alone. They are equally as comfortable with themselves and when there are others around them.

Jangan salah faham.

14 hari adalah satu tempoh kuarantin yang lama.

Ia adalah satu proses yg mendera mental.

Namun ia bukanlah satu tempoh yang membosankan untuk saya. I know how to make myself busy. I have a lot of things to do. Learning, relaxing and recuperating (and if necessary working). I don’t need to fill in this 14 days with more unnecessary works just to keep me busy.

Semua orang wajar belajar untuk berasa cukup dan enjoy being in the presence of themselves. Find something to do, read good books, watch good documentaries, learn about histories, understand current issues from all available perspectives, watch good movies or sitcoms, get clarity on your thoughts, do reflections, there are so much that you can do.

Ok, berbalik kepada proses kuarantin yang mendera mental tu.

You can do all the things that I have mentioned above, but still the experience is not ideal. Sebagai contoh, you can’t choose what to eat. The laundry situation also is not convenient (baldi tak ada, kena guna sink hotel, kena sidai guna iron board, limited options to exercise etc).

Tapi penderaan mental tu tak sama dengan boring.

Ada benda dalam kawalan kita, kita boleh adapt, manage dan handle.

Ada benda yang bukan dalam kawalan kita (seperti polisi kerajaan).

Jadi pick apa yang conducive for you to work on. Dan jangan memandai make decision on behalf of others.

(is this a rant? Ha.. entahlah. Mungkin ini satu nota untuk orang yang dua kali dalam tempoh hari dua hari memberitahu saya “boringkan kuarantin”. Mula-mula saya pelik, eh dia tengah kuarantin ke? Rasa macam bukan dalam krew kitorang ataupun krew satu lagi yang tengah kuarantin). Dia tak baca pun, tapi good to take this out from my chest.

_____________________

Breakfast: Kue Tiaw Goreng and karipap

Finally, karipap! Nikmat manakah yang kamu dustakan. Selain nasi lemak dan roti canai, a good karipap adalah Malaysian food yang saya miss.

Lunch: Fish & Chip

Dinner: Nasi beriyani, ayam dan telur masak kurma

Join Me in My Quest
To live, learn & spread the love in this world.
Will share with you tips, updates & latest books recommendation.

Kayangan 0507: Ketupat

It is just half way. Seperti dijangka, 14 hari memang lama. Selama 7 hari ni, saya telah berjaya shopping luggage, siap research mengenai tayar kereta, menyiapkan satu siri surat to my younger self, lebih memahami isu geopolitik Myanmar, habis menonton satu season “Kim’s Conveniences”, beberapa filem, menghadiri beberapa mesyuarat, menyelesaikan beberapa issue berbangkit di tempat kerja dan macam-macam lagi.

Dan saya ada 7 hari lagi. Honestly saya harap the next 7 days are not as packed. Especially dengan benda-benda yang berkaitan kerja.

Hari ini saya akan break sekejap dengan catatan yang serius (jika ada). Just beberapa nota mengenai kuarantin ini.

Pertama, hari ini hari Grab, jadi saya telah membuat tempahan set raya dari sebuah restoran daging yang popular. Set tersebut mengandungi “Ketupat Nasi, Ketupat Daun Palas, Rendang Tok dan Sambal Kelapa”. (btw, Sambal Tok dan daging yang digunakan sangat sedap. Lembut! Cuma Ketupat Daun Palas, walaupun ketupat betul, tak dapat di makan. Keras. Macam digoreng kemudian di microwavekan.)

Mula-mula ketika penghantaran makanan, saya agak terkejut apabila mendapati yang saya terima adalah Ketupat Nasi, Lemang (segera), Rendang Ayam & Rendang Daging (bukan Rendang Tok).

Dalam hati, saya sedikit kecewa sebab saya memang looking forward kepada Rendang Tok tu. Dan saya terkejut restoran yang ternama boleh buat misleading marketing seperti itu.

Tiba-tiba loceng berbunyi sekali lagi. Bila dibuka, ada satu lagi penghantaran makanan yang diterima. Kali ini betul, inilah sebenarnya makanan yang saya tempah!

Rupa-rupanya, set yang pertama tu dihadiahkan oleh rakan saya untuk semua krew kami. Cepat-cepat saya padam komplen di IG kepada restoran terbabit. haha..

Ok, tujuan saya menulis mengenai hal ini adalah untuk highlightkan pattern manusia. Bila saya memesan set raya tu, saya bertindak sendirian, tidak diinfluencekan oleh kawan-kawan dan tidak ada sebarang perbincangan mengenai apa yang kami hendak makan ataupun tempah pun.

Tapi kami berkongsi latar yang sama. Baru habis tour of duty, sedang dalam tempoh kuarantin yang sama, sama-sama tidak dapat berhari raya di Malaysia.

Dan kami mengidam benda yang sama. Lagi-lagi memandangkan esok hari terakhir dalam bulan Syawal.

Saya percaya ramai dari krew kami sebenarnya pleasantly surprised bila mendapat hadiah set rendang tadi (saya kurang sikit sebab saya dah order sendiri berasingan!).

Jadi kepada mereka yang terpaksa bertugas di hari raya di perantauan, pelajar, expatriate, perajurit di perbatasan, kiriman juadah hari raya anda baik biskut mahupun juadah raya sangat bermakna kepada mereka.

Kedua, bila dah semakin berusia ni, saya slowly belajar satu perkara dan saya rasa dah start perlu buat benda yang saya jarang buat waktu muda. Iaitu, tidak menghabiskan makanan.

Waktu muda-muda, saya sentiasa diajar untuk menghabiskan makanan dan saya akan sentiasa cuba untuk menghabiskan makanan yang terhidang (kecuali kalau tak sedap sangat).

Tapi macam hari ni, tiba-tiba ada 2 set Raya, saya tidak dapat menghabiskan kesemuanya. Well, saya boleh kalau saya cuba, tapi saya rasa itu bukanlah perkara yang sihat.

Sebenarnya ini dah start dari sesi kuarantin yang lepas lagi, di mana saya hanya akan makan separuh portion nasi yang diberi. Sukar juga untuk melakukannya sebab dari kecil diajar membazir tu amalan syaitan. Tetapi saya terpaksa counter programming tersebut dengan “kita dilarang membahayakan diri sendiri”.

Well saya bukanlah kurus sangat nak bajet-bajet tak habiskan makanan ataupun diet. But we must start somewhere. Plus, kalau saya tak buat macam ni, I will be in much worse position. Ini pun dah control makan tau.

______________

Breakfast: Omelette dan sausage

Lunch: Sandwich Tuna dan potato salad

Dinner: Nasi putih, Udang Chinese style, Stir fried vegetables

Kayangan 0506: Surat Untuk Sabri 36 Tahun

Salam Tuan,

Satu perkara yang konsisten dan saya rasa dipersetujui ramai yang pernah berinteraksi dengan tuan, tuan adalah seorang yang positif. Beberapa kali saya pernah mendengar yang tuan dianggap a good motivator and generally a positive person to be around. Ada orang menganggapnya sebagai kelemahan, kuat sugarcoat jika orang itu negatif dan ada yang menganggapnya sebagai satu kekuatan. Pleasant to be around.

Tuan tidak kisah. Kita memang lagi suka positivity all around.

Saya baru menonton satu episod Garasi TV baru-baru ini, moderator menyatakan sesuatu yang saya rasa ada benarnya. Untuk orang yang positif ni, kita ada satu kelemahan. Satu issue.

Kita mudah, cenderung mengalami masalah anxiety. Banyak sebab diberikan, tapi saya rasa tuan sedia maklum dan tuan sendiri tahu mengenai situasi kita.

Anxiety yang sedikit tidak ada masalah, tetapi anxiety yang tidak dikawal akan menyebabkan masalah kesihatan yang lebih besar.

Satu perkara yang konsisten, dari dulu sampai sekarang sentiasa akan ada isu yang menganggu fikiran kita. Walaupun saya rasa tuan setuju yang masalah ketika remaja rasanya lebih besar ketika itu dari masalah yang kita hadapi waktu tua ini (walaupun in the grand scheme of thing, masalah ketika itu sebenarnya kecil).

Pada pandangan saya, persekitaran kita mempengaruhi tekanan dan kerisauan yang kita alami. Saya nampak jika kita berada di persekitaran yang kondusif, tekanan dan kerisauan itu lebih kurang.

Saya cadangkan, going forward kita pastikan yang persekitaran kita positif. Saya tahu, ini agak sukar untuk dilakukan sebab ada perkara di luar kawalan kita, tapi hopefully tuan dapat cuba apa-apa yang tuan dapat influence untuk memastikan persekitaran yang positif.

Satu perkara lagi, semakin dewasa ini saya dapati keperluan untuk kita comform kepada expectation society itu semakin berkurang. Ia sesuatu yang bagus when you have nothing to prove to anyone anymore.

Saya harap tuan boleh keep this spirit up dan dapat teruskan. Explore more on this untuk memastikan kita tidak terjerumus kembali ke dalam benda-benda yang cuma menyumbangkan kepada keserabutan otak.

Membaca surat-surat tuan to your younger self, dan juga berdasarkan pemerhatian saya sepanjang bersama tuan saya dapat simpulkan satu perkara, tuan seorang yang bertuah.

Setiap kesukaran dan cabaran yang terjadi, akan membuka jalan untuk pintu yang lebih baik. Saya percaya, dan tuan juga sudah tentu lebih tahu, ini tidak akan terjadi tanpa rahmat dan belas ihsan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang yang melimpahkan rahmatnya dan melindungi tuan sentiasa.

Ia tidak mudah, ia sukar dan saya amat risau jika kita terleka.

Jadi saya ingin mengingatkan tuan, agar sentiasa bersyukur, tidak lalai, tidak melupakanNya dan sentiasa menjaga hubungan denganNya. Semoga kita semua dapat sentiasa hidup dalam belas ihsan dan rahmatNya.

Semoga kita semua sentiasa berada dalam panduanNya.

Sabri
Yourself

_____________

Breakfast: Croissant, Scrambled Egg, Baked Beans

Lunch: Nasi Goreng, Ayam Goreng dan Tauhu Sumbat

Dinner: Aglio Olio, Fish fillet, sourdough bread

Kayangan 0505: Surat Untuk Sabri 23 Tahun

Salam Saudara,

Tahniah. It is a difficult year and a difficult period in our life. Namun pengalaman UPSR & di asrama menyediakan saudara secukupnya untuk menghadapi cabaran dari segi akademik. You pick your battle, yang mana perlu drop, harness your strength dan graduate respectably. You also did well in both of your interview, dapat join Mindvalley for the startup experience and miraculously manage to defer your report duty date for P, to be able to join P 2 years later.

Tapi dalam surat ini saya ingin menulis mengenai satu lagi challenge yang saudara sedang hadapi dalam tempoh ini. Cabaran yang saudara tidak pernah hadapi dan tidak bersedia untuk melaluinya. Challenge that gave you many sleepless nights. Walaupun lukanya telah sembuh, perit parutnya masih ada dan mungkin di bawa mati.

Ramai orang bercakap mengenai sukarnya melupakan cinta pertama. Saudara mungkin tidak tahu mengenai perkara ini lagi ketika ini, tetapi saudara akan mengambil masa lebih 3 tahun untuk heal yourself and move on.

Saya tidak ada ubat ataupun cadangan yang saya boleh tawarkan kepada saudara untuk membuat kesakitan yang saudara rasai, kurang sedikit. Sebab cinta ni bukanlah satu bidang yang saya expert pun (sebab itu I wish Sabri yang dekat form 2 tu lebih player sikit, at least Sabri yang 20-an ni tak suffer and hurt so much). Tapi biarkan saya recap everything for you, sebab mungkin ada sesuatu yang kita sama-sama boleh belajar dari episod ini.

Pertamanya, semuanya bermula bila saudara dah penat jadi “nice guy” dan sekadar berada dalam friend zone. Bila saudara perhatikan, banyak betul kaki-kaki provoke (bad boys la konon) time sekolah dulu, yang bajet alim/anti perempuan tapi cari girlfriend dari golongan sama yang mereka kutuk dulu di sekolah. Saudara menyedari yang, tak boleh salahkan kawan-kawan perempuan saudara juga, sebab you didn’t put yourself out there, you didn’t give them option to accept you in their life, nice guys usya dari jauh je, malu nak cakap, kemudian the girls have no choice, kena accept siapa je lah yang berani confess, kalau bad boys pun bad boys lah.

Jadi saudara buat keputusan, sama macam keputusan saudara untuk jadi Sabri yang baru waktu di sekolah baru, untuk put yourself out there jugak. Lagipun, saudara memang dah lama dah mencari cinta ni. Tapi siapa?

Seperti biasa bila mencuba benda-benda baru ni, saudara kadang-kadang idealis sedikit. Saudara meletakkan beberapa rules kepada diri sendiri:

  1. Jika ditakdirkan jatuh cinta kelak, mesti tak ada penyesalan. Maksudnya takde, “I wish”, “if only” etc. Jika saudara tahu saudara tak akan gagal, siapakah yang saudara akan approach? Ya, you like to think big dan selalu benda ni mengundang masalah kepada kita dikemudian hari saudara. Waktu nak mula, saudara memang ambitious. Dalam macam-macam hal.
  2. Dan dalam execute plan ni, dan juga ter-melankolik entah macam mana, saya masih ingat saudara punya plan “Berani Gagal” time tu. It is better to have love and lost, than never to have loved at all. Saudara bagi tahu diri saudara sendiri time tu, untuk memberanikan diri. Entah hantu Shakespeare mana yang merasuk saudara ketika itu. To be honest saudara, sehingga hari ini pun saya tak pasti sama ada ayat tu ada kebenaran atau tak. Betul cinta itu manis, tapi perpisahan itu sangat pahit. Jika diberi peluang untuk repeat, saya tak pasti I will take that chance again ataupun tidak. Seriously.

Berbalik kepada cerita kita tadi. Berdasarkan rules yang saudara set tadi, kita telah identify calon pertama dalam pencarian cinta kita. Dan to your suprise as well, saudara berjaya!

Wow. Mula-mula tu memang saudara sendiri tak percaya, you have hit jackpot! Bila saudara tanya diri sendiri, siapa yang saudara akan approach kalau saudara tahu yang saudara tidak akan gagal, maksudnya memang definitely not a safe choice lah. You go for the girl of your dream at that time. Waktu tu bukan macam sekarang. Line telefon kena duduk dekat parking lot, jalan pusing-pusing hostel tengah malam nak cari tempat reception bagus. Dan despite all that hurdles, you manage to score.

Cuma time tu saya masih ingat yang saudara memang berani. You are willing to walk away, “Jadi macam mana, yes or no? Saya tak nak awak terima saya sebab kesian. Saya boleh terima mana-mana jawapan, don’t worry.”

Dan the rest is history. Saudara rasa yang saudaralah lelaki paling bertuah di dunia ketika itu. Dan selepas itu pun. You punch above your weight. You know that.

Betul lah orang cakap yang cinta pertama tu amat sukar dilupakan. Lagi-lagi bila perpisahan tu bukan pilihan kita. Cuma perspektif selepas lebih 13 tahun ni lebih mematangkan.

Truth be told, saudara pun turut menyumbang kepada gagalnya hubungan tersebut. It’s partly your fault.

Bila dah tiga tahun, you are not trying to be your best self. Cuma saudara naif. Saudara complacent. Saudara tak tefikir. You sort of take things for granted.

Of course kalau masa diundurkan semula, dan jalan ini dilalui semula, kita akan buat lebih baik.

Cuma, saya sendiri tak pasti. Jika kita buat lebih baik sama ada, the ending will be different ataupun we are just delaying the inevitable.

Lebih kurang 6 bulan, saya tidak dapat menerima kenyataan. Dan lebih 3 tahun sebelum saya dapat sedikit kekuatan untuk move on.

Secara jujurnya, saya cuma dapat closure yang tuntas setelah Euro Trip pada 2018, 10 tahun kemudian dan berjaya membawa wife saya ke Paris sebelum kami kerepot. Itu janji saya pada diri saya sendiri. Saya rasa terbebas dari belenggu lama setelah berjaya mencapai milestone ini. I have nothing to prove anymore.

Berjaya membawa wife ke Paris sebelum kerepot

Cinta pertama memang manis, dan pahit dan perit ketika ia tamat. Tetapi kegagalan cinta pertama itu penting, sebab ia akan membuatkan kita lebih menghargai cinta kedua, ketiga dan seterusnya.

Seperti yang saya katakan mula-mula tadi, sehingga hari ini, knowing what I know today, saya tidak tahu sama ada saya mahu melalui jalan ini semula atau tidak.

Orang cakap, bila kita dah tua nanti, biasanya kita akan menyesal dengan benda yang kita tidak buat, vs menyesal buat sesuatu benda. Itu juga antara kata-kata yang push saya untuk bertindak (selain dari kata-kata Shakespeare kat atas tu). Tapi, entahlah.

Cinta tu memang manis. Truth be told, cinta zaman muda and cinta waktu dah dewasa ni memang lain.

Saya akan jadi lebih baik, dan cuba buat lebih baik jika sejarah berulang, itu sudah pasti. Tetapi saya tidak pasti, mahu ataupun sanggup jika sejarah berulang.

Cuma all said and done, saya bersyukur ditemukan dengan wife saya hari ini. Ada benarnya setiap kali perpisahan itu terjadi, kita akan ditakdirkan untuk bertemu dengan orang yang lebih baik. Berpisah lagi, lebih baik lagi dan seterusnya.

Hari ini saya sangat bertuah. Jalan yang saya lalui hari ini mungkin tidak akan saya lalui jika kegagalan lama tidak berlaku. Segala kenikmatan hari ini adalah dari kepahitan di masa lampau. I have a great family, yang supportive dan saya ada support system yang robust dan strong. I don’t have to keep looking over my shoulder dengan perasaan inadequate ataupun ada feeling insecure anymore.

I can reach for the stars.

Untuk saudara, saya tidak ada apa-apa kata-kata yang boleh menenangkan hati saudara ketika ini. Ketika ini, saudara sangat benci dengan kata-kata cliche. Time heals all wound la. Kita akan bertemu orang yang salah sebab nak jumpa orang yang lebih baik lah. Saudara tak dapat terima semua kata-kata ini. Walaupun saya ingin beritahu saudara, ada benarnya itu semua.

Namun saudara, ini sahaja pesanan saya. Kesat airmatamu.

Saya bangga kerana saudara berani. Saya bangga kerana saudara tabah. Saya bangga kerana saudara sentiasa berfikiran logik dan praktikal ketika mencari cinta pertama, dan juga ketika memilih calon isteri.

Dengan sikap ini, saudara akan buat keputusan yang betul dan bijak and you will have a great marriage and family life in the future.

Hang in there saudara. Smile and the world smiles with you. Saudara mungkin tak nampak dan tak terfikir mengenainya sekarang, tetapi cerita drama cinta hidup saudara ni, akan ada happy ending.

Percayalah saudara.

Sabri
Your 36 year old self

_________________

Breakfast: Bubur, Pau kacang merah, char siew chicken

Lunch: Bee hoon goreng, five spice fried chicken, sayur goreng air

Dinner: Nasi putih, Saba fish goreng, takoyaki

Kayangan 0504: Surat Untuk Sabri 16 Tahun

Salam Bro,

Tahniah untuk tahun 2000 yang gemilang. Tapi seperti yang bro sendiri tahu, glory is temporary. Apa impact sesuatu event tu kepada kita, itu yang kita akan carry sampai bila-bila.

Bro lebih cakna, mentally aware dan baru experience culture shock. Pertama, tahniah dan terima kasih atas keputusan untuk mulakan buku baru, menjadi “Sabri” yang baru di sini. Berani keluar dari zon selesa dan betul-betul menguji kemampuan diri. Your mantra, “kita tak akan tahu setakat mana maksimum kita boleh pergi, selagi kita tak sampai tahap maksimum tu”.

And boy, that’s quite a distance that you have scaled.

Memang dari dulu bro ada cita-cita untuk jadi wakil sekolah, bertanding peringkat daerah, bertanding peringkat negeri, pergi peringkat kebangsaan, jadi pembahas, ini semua sesuatu Sabri yang dulu cuma dapat mimpi sahaja. Kerana Sabri yang dulu terlalu pasif dan pemalu amat sangat.

Di samping jadi PRS, ketua kelas, presiden persatuan, itu mungkin Sabri yang dulu akan achieve juga, cuma take time. But you have did all these and more.

Walaupun begitu, it is nice that you recognize that Sabri yang baru ini bukanlah Sabri yang totally baru. It is still the same Sabri inside, cuma the other side of the coin. Tanpa Sabri yang kantoi UPSR, tanpa Sabri yang grow dalam diam di SABS, tidak akan ada Sabri yang tiba-tiba petah ni. Semuanya dari realisation yang, all the hardship and hell that you have gone through up to that point, adalah supaya dapat keluar dari rumah dan masuk asrama penuh. So there is no turning back. Walau tension, stress dan tough sekali pun suasana di sekolah, you know that you have to face it.

Tapi tak sampai setahun, you realise that semua teori yang Bro baca, power dan padu. Cuma dah habis dalam tempoh tak sampai 6 bulan. There’s so much positivity that you can do and bring kalau environment around you is not that conducive. You have to struggle on two fronts, academic and social.

Jom kita discuss pasal akademik dulu. Dari ranking nombor lebih kurang 30+ jadi 40+ sebelum berakhir dengan 50+ dalam a pool of 140+, you are actually not doing that bad. Means you are on the upper half, tetapi you keep comparing yourself dengan others yang lebih cemerlang. Plus, kawan-kawan nampak macam makin improving, tapi bro makin lama makin merosot (nasib baik at slower pace).

I want to tell you, hang on. Untuk add math tu, buat 2 soalan satu hari je and you will be fine. Treat it different dari math sebelum ni yang setiap soalan kena ada jawapan, sedangkan add math ni, adakalahnya dia suruh permudahkan sahaja. Permudahkan tak bermaksud X kena ada jawapan! Jadi sebab tu lah bro berimaginasi dengan jalan kerja yang salah.

Tapi bro tau, actually it’s a good thing. One of the reason you suffer tapi overall on paper, it seems you are not doing that bad adalah, bro mula realize mungkin sains and maths bukanlah bidang bro. Tanda-tanda tu ada dari SABS dah, bila subjek lain semua A kecuali math dan sains waktu Form 1, 2. Tapi kita ignore. Bila di sekolah sains ni, gap tu lebih glaring. Subjek teras semua cemerlang, tapi subjek elektif semua out kecuali biologi.

Overall I will say, hang in there. It will all ends okay. You are not doing that good academically, but you have done well enough to earn a scholarship. High tide raise all boats.

Ok now, socially you have been prudent. Bro rasa bro dah hit the max dan bro tak nak pergi lagi jauh anymore. Bro rasa bro dah tau kat mana maksimum kemampuan bro. Next year will be your senior year dan you have decided to clam up, put a smiley face on, let go semua position yang bro tak enjoy dan tak mahu pun. You just want to keep being class monitor dan kapten pasukan bahas.

I hate to inform you this, but bro akan kalah re-election ketua kelas. Tapi good thing is bro kalah tipis 15-13 (bro dapat semua undi pelajar perempuan kecuali seorang. Dan bro tak dapat undi seorang pun pelajar lelaki. haha.. macam mana tu). Oklah, untuk seorang yang tak berapa nak hensem, not that bad lah. Bro bukan player, bukan jual muka atau kaki jual ayat manis (belum lagi). Bro dianggap tidak tegas oleh rakan masjid. Persepsi ni wujud bila ada movement untuk semua kelas tukar tempat duduk, lelaki duduk di baris depan dan perempuan duduk di baris belakang. Pelajar perempuan banyak protes. Bro tak buy in the idea pun, tapi bro tahu yang bro cannot verbalise this. Nanti kena label lagi teruk. As you know difference between silent majority vs noisy minority, you manage to negotiate a truce. Instead of semua lelaki dkt depan dan perempuan di baris belakang, kelas akan ada 3 baris meja. Lelaki akan duduk di baris tengah, dan perempuan akan duduk di baris kiri dan kanan. Jadi dua-dua ada opportunity untuk duduk depan (konon-kononnya). Lelaki yang buat bising paling kuat, dihantar duduk baris depan. Nak sangat kan. Dan di sini label tak tegas tu mula lekat.

To be honest bro, kita memang dari dulu sampai sekarang tak kisah dengan label tak tegas tu. Actually, label tak tegas tu diberi oleh orang yang tak kenal kita, dan orang yang kita tak nak kenal sangat pun. Haha.. Sebab kita tahu, tak guna jadi tegas. At the end of the day, it is about influence. Tegas ke tak tegas ke, it doesn’t matter. Yang penting, we get what we want. Sometimes orang ingat kita tak tegas about something, but actually for us, we don’t buy in the idea, so we are not enforcing it. Haha.. Tapi ok lah bro, no worries. People give labels to things that they don’t understand. You will do well in life if you understand this.

Having said that, you don’t expect to kalah lah kan. Mathematically, kalau dua tiga kawan-kawan lelaki yang neutral undi bro pun, bro dah menang. Waktu tingkatan empat, bro tak sangka bro menang. Dan Waktu tingkatan lima, bro tak sangka bro kalah. Kalau tak salah, undi bro meningkat tapinya. haha..

Walaupun a bit hurt, tapi bro tak rasa lah bro kena back stab ke apa. At the same time bro rasa teruja jugak dapat almost semua undi perempuan considering that sebenarnya ada beberapa yang vokal against bro. Cara bro yang over positive ni manage to win you some enemies, but at the same time alienate you from some friends. Cuma, one thing you realise, how’s the alignment and the sentiment on the ground. When rubber meets the road, you know who you can count upon.

Tapi bro manage to accept it professionally and gracefully. No hard feeling expressed (ini je lah the only time, you write or talk about it). Follow your policy for the upcoming year, clam up and put a smiley face on, you get along well dengan everyone. Even outspoken critics yang tahun lepas label you tak tegas tu pun dan start warm up to you. Again, you win your critics, but nobody is counting.

On the debate front pulak. Your performance improved. Cuma ada sacrifice, for some unknown reason you will lose an important (the most talented) member of the team. You are disappointed, because jadi pembahas is your dream come true, tapi ada orang yang born with talent, quit. Tapi at the end, waktu tu social pressure on everyone sangat kuat. Understandable, everyone has their own struggle. Cuma kesian, sebab you become tough on junior who are filling in her spot (ada gap besar antara junior tu dengan senior yang left tu). Anyway, everything ada blessing in disguise. You will go on to win a lot next year. Even, the unthinkable Pembahasa Terbaik daerah Hulu Selangor. Bragging rights among your siblings.

Waktu ni, perasaan mahu disukai tu start ada. Tapi nasib baik boleh control. Macam semua benda lah, clam up. Simpan dan just tunjuk smiley face to the outside world. You know your place. Dekat sini, you consider yourself a wallpaper je and you are happy to fly below the radar. Unlike dekat SABS, you are the F1 car on exhibition, special. Dekat sini, you are just one of the many F1 car on race track. You are not special anymore.

You suffer a lot bro. But you have done a very good job at it. One thing I can tell you bro, 20 years on, kaki-kaki provok tu masih kaki provok juga, and it seems everyone has their own struggle termasuklah headboy. But you have become a better, bigger man and you don’t care anymore.

Kalau ada apa yang I can share with you bro:

  1. Jangan lurus sangat. When you are assigned with a team untuk majalah sekolah tu, don’t assume you have to work with what you are given. Reshuffle, make the team your own. Yang penting, deliver. To be clear, you always consider this as your failure lah. You learned the lesson, late.
  2. Find a workable routine. Cuba tidur awal.
  3. Be bold with options that you take in life. You don’t have to follow the same mould that have been cast for people like you.
  4. You will get out of this intact in good form. Be grateful. Alhamdulillah.

Good luck!

Sabri
The 36 years old you

_____

Breakfast: Pancake with honey, sausages, scrambled egg & baked beans

Lunch: Nasi putih, ikan masak lemak, telur dadar

Dinner: Spaghetti Aglio Olio, Sliced chicken breast, broccoli

Kayangan 0503: Surat Untuk Sabri 12 Tahun

Assalamualaikum Adik,

Tahun lepas ketika darjah 5, adik rasa adik on top of the world. Kenang dan bersyukur untuk momen-momen dalam hidup seperti itu. Minggu lepas pula, adik baru menerima keputusan UPSR adik. Keputusan tersebut lebih teruk dari expectation semua orang termasuk adik sendiri. Mesti adik tertanya-tanya, kenapa cepat sangat keputusan berubah dalam tempoh setahun? Apa salah adik sedangkan adik buat benda yang sama sahaja.

Adik sedang kecewa. Adik rasa semua orang menyalahkan adik dan buat adik rasa bodoh dan tak berguna. Orang yang adik sepatutnya back-up adik pun, tambah mendera emosi adik. This is the lowest point in your life so far.

Sort of betul. Akan ada kegagalan di masa depan, tetapi dari segi tempoh berduka dan helplessness tu, ini yang paling teruk. Bersabarlah adik, sikit sahaja lagi. Perasaan down ni akan berterusan bila adik tau adik kena masuk kelas D waktu Form 1, dan bila nasihat yang diberi pada adik dan saudara yang akan ambil UPSR selepas itu, “jangan jadi macam abang ayie”.

Secepat mana kejatuhan itu terjadi, secepat itulah adik berjaya turn it around. Adik sendiri akan terkejut, ketika di Tingkatan 2 nanti adik akan kembali cemerlang. Rupanya banyak orang yang dapat 5A tu, nasib sahaja, bukan sebab mereka pandai. Macam adik, mereka pun tak tahu apa yang mereka buat sampai dapat 5A, cuma nasib adik malang sikit. Adik tak tahu apa yang adik buat, cuma dapat 3A.

Ada beberapa pesanan:

  1. Waktu tingkatan 1 nanti adalah waktu genting. Kawan-kawan yang kita pilih akan menentukan direction hidup adik. Pilih kawan yang salah, adik akan terus ke bawah dan tidak naik lagi. Pilih kawan yang betul, adik akan bangkit semula dengan pantas.
  2. Cari dan maintain kawan dengan orang yang baik. Try tackle awek cina depan meja tu, bagi confident sikit. Awek melayu cun (dan juga yang tak berapa cun) jual mahal takpe, diorang sekarang memang tak pandang budak nerd. Nanti bila diorang dah besar sikit, diorang akan mula pay attention. Don’t settle for less, just belajar cakap-cakap dengan perempuan dengan confident, tanpa jatuh cinta.
  3. Kegagalan time UPSR ni adalah blessing in disguise. Lepas ni study skills adik akan improve tremendously. Adik akan lebih self-aware dengan kekuatan dan kelemahan diri. Adik akan pandai merancang cara belajar. Adik mula membaca buku-buku self-help. Semua ini adalah bekalan untuk menghadapi zaman remaja yang lebih besar cabarannya. Tanpa kegagalan waktu UPSR ni, adik akan terus hidup secara auto-pilot, dan mungkin tak akan lalui apa yang adik telah lalui ketika ini. Percayalah, tanpa ketabahan dan kekentalan hati dalam tempoh setahun-dua ini, mungkin kegagalan lebih besar akan menimpa.
  4. I am glad you learned your lesson. Bersyukurlah atas keputusan yang biasa-biasa ketika UPSR ni. It made you, from a shy boy yang tak comel to man of steel yang tak hensem. Ok lah tu, kita dah sort the internal thing out.
  5. Bersyukur juga adik dapat masuk SABS. Bagus sangat tu. Walaupun SMART kononnya lebih bagus, tapi SMART tak best macam SABS. Tiga tahun di SABS, prepares you for a lot. SMART tak akan boleh bagi apa yang SABS bagi, that cultural diversity. Dan kalau masuk sekolah-sekolah lain yang lebih dekat dengan rumah, life may turn out significantly different. Walaupun adik sentiasa rasa yang SABS ni bukan sekolah adik, dan sekadar persinggahan sebelum ke MRSM atau SBP, sebenarnya SABS ni adalah truly sekolah adik. SABS ni adalah jiwa adik. Premier, tapi membumi dengan a lot of toleransi. Nama pun SABs.
  6. Knowing what I know now, I will not change a thing. You are on the right track. Jalan terus, keep your chin up. Bertabahlah, sikit sahaja lagi. Teruskan mendalami bidang personal development. Belajar betul-betul supaya boleh keluar dari rumah tanpa perlu lari dari rumah, berkawan dengan orang-orang yang baik.
  7. Kalau ada pun yang penambahan yang boleh dibuat ada 2 benda. Pertama, jadi lebih aktif dalam unit beruniform. Join Emirin volunteer PBSM dekat stadium dan kedua, belajar takcle awek cina, jangan desperate pandang awek Melayu. Nanti pasal awek Melayu, kita cerita dalam surat seterusnya bila adik dah besar sikit.

All the Best. Stay Strong. Your Time is Coming.

Sabri
Your 36 years old self.

———–

Breakfast: Mee goreng ayam

Lunch: Nasi putih, ayam goreng dan sayur kurma

Dinner: Nasi putih, ayam kam heong, sayur dengan tofu dan kek coklat.

Finally, makanan Malaysia yang berbeza dan lama tak makan. Habis nasi malam ni.

Kayangan 0502: Garasi TV

Alhamdulillah, pagi yang hampir cemerlang.

Saya suka menonton YouTube, sebab stylenya “on demand”, tiada iklan (saya subscriber YouTube Premium), menjimatkan masa dan sangat informatif.

Antara channel kegemaran saya adalah “Garasi TV”. Channel ini menawarkan “opitorial” (opinion editorial) yang berkualiti dan menjentik minda dengan lenggok bahasa yang terus menikam jiwa.

Program stream ini adalah native “Facebook”, dan kemudiannya akan diupload di YouTube. Saya menontonnya di YouTube (sebab kelajuan video boleh dipercepatkan kepada 1.5-jimat masa).

Opitorial Garasi TV ada tiga tema utama, Isu Palestin. Isu Covid dan Isu Sastera/Budaya. Isu pertama dan kedua memang saya tak miss dan sentiasa mencari dari arkib video mereka, manakala untuk isu ketiga, kadang-kadang saya dengar juga untuk topik-topik evergreen. Sekadar untuk mencambahkan minda dan menambahkan kepelbagaian ilmu.

Diketuai oleh Tn Haji Zainal Ahmad, beliau merupakan bekas wartawan kanan di beberapa media massa utama, banyak memenangi anugerah, bekas penerbit Edisi Siasat (ini yang membuat perjalanan Garasi TV ni best). Dan beliau juga merupakan seorang yang bergelut dan berjaya menguasi anxiety beliau (beliau mempunyai masalah imun badan lemah sejak kecil). Jadi setelah menonton puluhan video beliau dan tetamu, kekaguman saya dengan karisma beliau semakin berevolusi kepada kekaguman saya dengan kemanusiaan beliau. Saya dapat menyaksikan ketidaksempurnaan beliau, kadang-kadang beremosi, kadang-kadang tegas, kadang-kadang ceria.

Banyak yang saya dapat belajar, bukan sahaja mengenai isu semasa, tetapi juga dari aspek pembawaan diri. Beliau macam “ayah yang cool” lah. (Cool lah untuk orang tua macam saya, tapi maybe tak cukup cool lah untuk generasi yang lebih muda).

Menu hari ini:

Breakfast:
Pulut hitam (chinese style), pau bbq, wantan ayam, dim sum

Saya berpuasa hari ini. Wantan ayam, pau dan dimsum tu akan saya makan ketika berbuka nanti. Harap masih ok.

Lunch:
Croissant with ham, potato salad, cherry tomato dan fruits.

Hari yang boleh order grab, lunch memang semacam. Setelah setengah jam berfikir sama ada nak order KFC atau ayam korea, saya buat keputusan untuk order ayam goreng korea. Ada 14 hari, lebih kurang 6 kali hari Grab. Jadi kita test dulu, order makanan yang simple-simple untuk test pukul berapa sampai bilik. Kalau order makanan panas, ada dua risiko. Risiko pertama, dirampas JPAM dan tidak dihantar ke bilik (fastfood sahaja dibenarkan), tetapi selalunya mereka akan bagi. Risiko kedua adalah makanan tu akan jadi sejuk sebab dihantar lewat. Sebelum-sebelum ini delivery ke hotel pada jam 3-5, sebelum akan dihantar ke bilik pada jam 6 ke atas. Cuma dalam instruction kali ini mengatakan delivery ke hotel jam 12-3, manakala delivery ke bilik pada jam 3 ke atas. Sebab untuk memaksimakan “freshness” of meal tu, kami biasanya akan order dekat hujung-hujung tu. Tapi takpe, kita tengok macam mana. Dah faham rythm nanti, baru boleh order tomyam ke tosai ke pulak.. hehe.

Dinner:
Nasi minyak. ayam masak merah, sup cendawan air dan kuih nyonya.

Page 2 of 48

Powered by WordPress & Theme by Anders Norén